Sifat Yang Harus Pada Allah Ta’aIa

7.1. Mengadakan atau mentiadakan Makhluk
7.2. Dalil ’AqIi dan Naqli bagi sifat yang harus bagi Allah Ta‘ala

Adalah sifat yang harus pada hak Allah Ta’ala hanya satu jua, iaitu memperbuat segala kejadian atau tiada memperbuat akan dia, maka lawannya wajib Tuhan menjadikan ‘alam atau meninggalkan daripada menjadikan dia.

Sungguhnya Allah Ta’ala mempunyai perintahan didalam kerajaanNya. Maka boleh ia memperbuat apa kehendakNya dengan tiada boleh dilawan atau ditegah kerana tiap-tiap sesuatu yang ada di dalam ‘alam ini perbuatan Tuhan, kejadian dan ketukanganNya dan ialah Tuhan yang menjadikan baik dan hajat manfaat dan mudharat ta’at dan ingkar dan lain-lain daripada segala ahwal. Maka kesemuanya itu harus pada hak Tuhan tiada boleh dikatakan perbuatan itu tiada baik kerana Tuhan tiada sekali-kali mengambil manfa’at dengan sesuatu dan tiada memberi mudharat akan dia oleh sesuatu. Sanya perbuatanNya bcrlaku kecrana mcnurut hikmah-hikmah maslahat keadilan scbagaimana firman Tuhan.

Ertinya:  ………..dan tiada Tuhanmu itu (Ya Muhammad) menganiayakan hamha-hamhaNya. (Surah Fusshilat : Ayat 46)
Yakni; Tuhan tidak meng‘azabkan yang tiada salah.

Sifat-Sifat Yang Mustahil Pada Allah Ta’ala

SIFAT-SIFAT YANG MUSTAHIL PADA ALLAH TA’ALA

Wajib atas tiap-tiap mukallaf mcngctahui sifat-sifat yang mustahil pada Tuhan yangjadi lawan daripada dua puluh
sifat yang wajib bagiNya, dcngan dinyatakan satu pcrsatunya. Manakala telah ditetapkan satu pcrsatu sifat yang wajib bagi Allah Ta’ala dua puluh sifat, maka tetaplah mustahil lawannya yang kekurangan itu kerana yang dituntut pada‘ilmu ini menthabitkan scgala ‘aqa’id atas jalan tafsil pada segala sifat. Dari itu tcrlalu bcsar salah mercka yang tiada mengetahui hal ini lcbih daripada tiada mengctahui hukum-hukum feqah kcrana jahil akan barang yang wajib bagi Allah ‘l”a’ala dan yang mustahil atasNya dihukumkan kafir tctapi jahil akan hukum-hukum feqah hanya maksiat jua.

Maka dengan sebab itulah dinyatakan di sini sifat-sifat yang mustahil satu persatunya.

6.1. Al-‘Adam
6.2. Al-Huduth
6.3. Al- Fana’ (Thuru’ Al- ‘Adam)
6.4. Al-Mumathalah Li Al-Hawadith
6.5. Al-lftiqar (lhtiyaj Ha Al- Ghair)
6.6. Al-Ta’addud (An La Yakuna Wahidan)
6.7. Al-‘Ajzu
6.8. Al-Karahiyyah
6.9. Al-Jahlu
6.10. Al-Maut
6.11. Al-Sommu
6.12. Al-‘Umyu
6.13. Al-Bukmu
6.14. Kaunuhu’Ajizan
6.15. Kaunuhu Karihan
6.16. Kaunuhu Jahilan
6.17. Kaunuhu Mayyitan
6.18. Kaunuhu Asomma
6.19. Kaunuhu A’ma
6.20. Kaunuhu Abkama

Semua sifat-sifat ini mustahil pada Allah Ta’ala.

Ta’rif Sifat-Sifat Yang Wajib Bagi Allah Ta’ala

KENYATAAN YANG KEEMPAT  TA’RIF SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH TA’ALA

Adalah sifat yang wajib bagi Allah Ta’ala yang wajib diketahui dengan tafsil itu iaitu dua puluh sifat.

5.1. Al-Wujud
5.2. Al-Qidam
5.3. Al-Baqa’
5.4. Mukhalafatuhu Ta’ala Lil Hawadith
5.5. Qiamuhu Ta’ala Bi Nafsihi
5.6. Al-Wahdaniyyah
5.7. Al-Qudrat
5.8. Al-Iradat
5.9. Al-‘llmu
5.10. Al-Hayat
5.11. As-Sam’u
5.12. Al-Bashar
5.13. Al-Kalam
5.14. Kaunuhu Qadiran
5.15. Kaunuhu Muridan
5.16. Kaunuhu ‘Aliman
5.17. Kaunuhu Haiyan
5.18. Kaunuhu Sami’an
5.19. Kaunuhu Bashiran
5.20. Kaunuhu Mutakalliman

————————————————

 

Kenyataan Yang Ketiga : Mengenal Allah dan Mengetahui Sifat-SifatNya

4.1. Mengenal Allah dan Mengetahui Sifat-SifatNya
4.1.1. Kepercayaan yang pertama : Taqlid Jazmi
4.1.2. Kepercayaan kedua : Taqlid Yang Tiada Jazam

KENYATAAN YANG KETIGA: MENGENAL TUHAN DAN MENGETAHUI SIFAT-SIFATNYA

Mengenal Tuhan itu fardhu ‘ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namaNya dan sifatNya yang disuruh oleh syara’ Asy-Syarif dengan ajaran daripada rasul-rasul. Maka bagi Tuhan ada banyak nama-nama yang molek (Al-Asma’ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan yang Maha Tinggi. Nama Tuhan yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (lafaz Yang Maha Besar), maka yang lain daripada ini diketahui daripada Qur’an dan Hadith, semuanya itu masyhur di sisi orang Islam sebahagian daripadanya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mu’min.

Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagi:

1. Mengetahui sifat-sifat Tuhan dengan ajmali (ringkasan) iaitu bahawa beri’tiqad dan berpegang oleh seseorang dengan i’tiqad yang putus bahawasanya wajib bagi Allah Ta’ala bersifat dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasnya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.

2. Mengetahui sifat-sifat Tuhan dengan jalan tafsili (satu-persatu) iaitu bahawa beri’tiqad dan berpegang oleh seseorang dengan i’tiqad yang putus dengan dalil ‘aqli dan naqli bahawasanya wajib bagi Allah Ta’ala dua puluh sifat yang wajib dan beri’tiqad dengan i’tiqad yang putus dengan dalil ‘aqli dan naqli bahawasanya mustahil atas Allah Ta’ala bersifat segala lawan sifat yang wajib dua puluh itu.

Adalah dikehendaki dengan mengenal Tuhan itu hendaklah mengetahui tiga perkara, iaitu :

Pertama : i’tiqad yang putus (tiada syak, zhan, waham) kiranya i’tiqadnya tidak putus seperti ada i’tiqadnya syak, zhan, atau waham, maka tidak dinamakan mengenal.

Kedua : muafakat (bersetuju) i’tiqad itu dengan yang sebenar (berbetulan i’tiqad ini dengan i’tiqad ahli As-Sunnah wal-Jama’ah) maka tiada dinamakan mengenal jika i’tiqad itu tidak berbetulan dengan yang sebenar, seperti i’tiqad orang Nasrani dan Yahudi.

Ketiga ; dengan ada dalil sekalipun dengan dalil ijmali, sebaliknya jika i’tiqadnya putus serta muafakat dengan sebenar tetapi tidak dengan dalil, maka dinamakan taqlid.

Ada pun i’tiqad yang tiada putus atau tiada muafakat dengan yang sebenar maka dengan ittifaq ‘ulama’ menghukumkan kafir, dan i’tiqad orang yang bertaqlid itu bersalah-salahan ‘ulama’ padanya, maka mengikut qaul yang mu’tamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya itu putus tetapi dihukumkan dia mu’min yang menderhaka jika kuasa ia mengadakan dan mendirikan dalil dengan belajar, kiranya tidak terdaya mendirikan dalil kemudian daripada telah belajar dengan sebab bodohnya maka tiada dihukumkan derhaka.

Adalah makna taqlid itu iaitu menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahuikan dalil dan keterangan. Maka taqlid itu terbahagi kepada dua bahagian:

Kepercayaan Yang Pertamav: Taqlid Jazmi.

Ertinya:
Kepercayaan itu terlekat betul di mata hatinya dengan teguh dan kuat serta tidak akan berubah atau terbalik semula jika orang yang diikuti itu berbalik sekalipun. Maka taqlid yang seperti ini di sisi ahli As-Sunnah wal-Jama’ah
sah imannya kerana ada mempunyai jazam.

Kepercayaan Yang Kedua : Taqlid Yang Tiada Jazam:

Ertinya:
Menerima perkataan orang lain dengan tiada teguh dan tiada kuat sekiranya orang yang diikuti seperti gurunya-gurunya, ibu-bapanya atau lainnya.

Berbalik i’ti’qadnya, maka iapun mengikut berbalik jua, maka taqlid yang seperti ini dihukumkan tiada sah imannya kerana serupa imannya dengan syak, zhan atau waham (yang tiada jazam).

Tegasnya adalah iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam khathar (bahaya) dan kebimbangan dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang diikutnya dan yang dipegangnya seperti guru-gurunya, maka yang mengikutnya itu benarlah jua, tetapi jika ada sebaliknya binasalah ia bersama-sama dengan orang yang diikumya.

Dari itu hendaklah seseorang bersungguh-sungguh menuntut ‘ilmu ‘aqaid al-iman yang shahih supaya terlepas ia daripada syak dan waham di dalam iman, tidak pakai ikut-ikut sahaja, istimewa zaman sekarang masa yang telah zahir beberapa banyak ah1ibid’ah.

Maka taqlid itu mudharat kerana ialah jalan yang membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak sekali-kali dengan hal seorang manusia.

Kenyataan Yang Kedua: Perhatian Menunjukkan Allah Yang Menjadikan ‘Alam

3.1. Perhatian kepada alam seluruhnya (kauniah) menunjukkan Allah Yang Menjadikan ’Alam

Sungguhnya jika seorang berfikir dan menilik memperhatikan kejadian ‘alam ini nescaya ia dapat pertunjuk bahawa Tuhan yang menjadikan dia. Maka umbi dan puncanya ialah dari mengEsakan Allah Subhanahu wa Ta’ala bagaimana kenyataan di bawah ini:

1. Kamu lihat pada suatu benda atau kejadian, seperti; kerusi-kerusi, meja dan sebagainya, nescaya kamu dapati kerusi-kerusi dan meja itu tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan kamu percaya ada yang membuatnya. Demikian juga segala kejadian ‘alam ini tidak boleh ada melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya yang demikian dengan pandangan kamu yang pertama ini, maka dapatlah kamu beri’tiqad dan percaya ‘alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang mengadakan adanya itu.

2. Kamu siasat lebih jauh lagi tatkala kamu perhatikan perbuatan-perbuatan tukang kerusi-kerusi dan meja-meja itu bersalah-salahan, ada yang molek dan ada yang hodoh, dan ada yang sempurna dan ada yang kurang, maka yang molek dan sempurna itu sentiasa menerima bertambah-tambah molek-molek dan sempurna, sehingga kamu dapati segala ketukangan orang yang kemudian lebih molek, lebih sempurna daripada tukang yang dahulu. Nyatalah dengan sebab lebih kepandaian orang yang kemudian kerana melihat perbuatan orang yang dahulu, demikianlah sehingga sekarang tiada kesudahan bertambah-tambah molek dan sempurna. Maka dengan perhatian ini nyatalah pula sekalian manusia itu dalam kekurangan dan lemah hanyalah kadar yang dianugerahi Tuhan akan dia ‘ilmu dan kekuatan jua, kalau tidak tentu manusia itu telah membuat dengan sempurna terus.

3. Kamu pandang pula kepada kejadian manusia, bulan, matahari, binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan sama ada yang kecil atau yang besar, maka kamu dapati tiap-tiap satunya telah dijadikan cukup lengkap dengan aturan dan kejadian yang elok dan hikmah yang pelik, seperti yang ada tersusun pada manusia itu, iaitu; ber‘aqal, bertutur, mendengar dan apabila kamu tilik kepada bumi, bulan, matahari, binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan, maka adalah segala perkara-perkara itu semuanya daripada segala manfa’at maslahat dan hikmah yang melemahkan segala ‘aqal cerdik-pandai memikirkan kejadiannya itu kerana melengkapi segala keindahan yang tiada tolok banding, yang demikian nyatalah kepada kamu sungguhnya yang menjadikan perkara yang tersebut itu ialah yang mempunyai kuasa yang sempurna, ‘ilmu yang luas dan bersifat dengan segala sifat yang kesempurnaan yang Maha Suci dari serupa dengan makhluk.

Sesungguhnya telah dapat diketahui daripada qaedah syar’iyyah dan perkhabaran anbiya’ bahawa adalah yang menjadikan atau mengadakan atau membaharu-baharukan ‘alam ini ialah Allah Ta’ala, kerana scgala perbuatanNya itulah menunjukkan bekas bagi scgala sifatnya yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui hakikatnya kerana sekalian makhluk scntiasa bersifat lemah dan kekurangan.

Kenyataan Yang Pertama : Hukum ‘Aqal

2.1. Pengertian Hukum ‘Aqal
2.2. Pengertian ‘Aqal
2.3. Bahagian Hukum ‘Aqal
2.4. Bahagian Wajib ’Aqli
2.5. Bahagian MustahiI’Aqli
2.6. Bahagian Harus ‘Aqli
2.7. Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Hukum ‘Aqal

KENYATAAN YANG PERTAMA HUKUM ‘AQAL

Sesungguhnya tiap-tiap seorang yang hendak mengenal Allah Ta’ala dan mengetahui sifat-sifatNya, maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum ‘aqal dan bahagiannya, kerana ia jadi neraca bagi hendak menghukumkan sifat-sifat Tuhan yang diperintahkan mengenal itu. Sekalipun permulaan wajib atas tiap-tiap mukallaf mengenal Tuhan tetapi permulaan wajib untuk mengenal sifat-sifat Tuhan itu ialah mengetahui hukum-hukum ‘aqal.

A. PENGERTIAN HUKUM ‘AQAL

Hukum ‘aqal itu ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu (bersalahan hukum ‘adi, yakni ‘adat) dan tidak tergantung kepada suatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf (bersalahan hukum syar’i).

B. PENGERTIAN ‘AQAL

Adalah ‘aqal itu satu sifat yang dijadikan Tuhan pada manusia sehingga dengan dia terbeza manusia daripada haiwan. Maka dengan dialah boleh menerima ‘ilmu nazhariyyuh (pengetahuan yang berkehendakkan fikir) dan boleh mentadbirkan segala-gala pekerjaan dengan fikiran yang halus-halus dan yang sulit-sulit dan daripadanya tempat terbit dan terpancarnya berbagai-bagai manfa‘at dan kebahagiaan bagi manusia. Tetapi kiranya ‘aqal itu bersendirian maka tidak akan dapat ‘aqal sejahtera , ‘aqal waras dan ‘aqal sihat melainkan berpandu kepada undang-undang syara’, demikian juga undang-undang syara’ tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada ‘aqal. Walhasil antara kedua-duanya itu berlaziman dan berhajat antara satu dengan yang lain (‘aqal berhajat kepada syara’ dan syara’ berhajat kepada ‘aqal)

C. BAHAGIAN HUKUM ‘AQAL,

Adalah hukum ‘aqal itu terbahagi kepada tiga bahagi. Kerana adalah ‘aqal itu berkehendak bekerja atas sekira-kira hal pada mematutkan sesuatu bagi dihukurnkan pada ‘ilmu tauhid, tiada sunyi daripada tiga perkara iaitu menghukumkan mesti ada atau menghukumkan mesti tiada, atau menghukumkan boleh menerima ada atau tiada.

Yang Pertama : Disebut wajib ‘aqli, iaitu perkara yang tiada diterima ‘aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti menerima ada. Yang demikian apakala dikatakan wajib bagi Allah bcrsifat qidam maka maksudnya ialah mesti ada Tuhan bersifat qidam.

Yang Kcdua : Disebut mustahil ‘aqli, iaitu perkara yang tiada diterima ‘aqal akan adanya, hakikatnya mesti tiada, yang demikian apakala dikatakan mustahil Tuhan baharu maka maksudnya tiada sekali-kali Tuhan itu baharu.

Yang Ketiga : Disebut harus ‘aqli, iaitu perkara yang diterima ‘aqal adanya dan tiadanya dengan jalan berganti-ganti, maka hakikatnya boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seorang itu ada kalanya boleh ia bergerak atau diam.

D. BAHAGLAN WAJIB ‘AQLI

Adalah wajib ’aqli terbahagi dua:

1. Wajib ‘Aqli Dharuri (senang mudah): Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada berkehendak kepada bahasan dan mendirikan kenyataan-kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap separuh daripada dua.

2. Wajib ‘Aqli Nazhari : Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan wajib wujud Tuhan yang menjadikan ‘alam ini, maka tidak dengan senang menghukumkan Wajib wujud Tuhan itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendirikan dalil.

E. BAHAGIAN MUSTAHIL ‘AQLI

Adalah mustahil ‘aqli terbahagi dua:

1. Mustahil ‘Aqli Dharuri : laitu menghukumkan suatu itu tetap tiada dengan tiada berkehendak kepada bahasan dan mendirikan dalil seperti menghukumkan tiada terima ‘aqal satu itu separuh daripada tiga.

2. Mustahil ‘Aqli Nazhari : Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima ‘aqal ada yang menyengutu bagi Allah Ta’ala maka tidak dengan senang ‘aqal menghukumkan mustahil ada syarik (yang menyengutu) bagi Allah Ta’ala itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendirikan dalil.

F. BAHAGIAN HARUS ‘AQLI

Adalah harus ‘aqli itu terbahagi dua:

1. Harus ‘Aqli Dharuri : Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada secara jalan berganti-ganti dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendirikan dalil seperti menghukumkan keadaan seseorang itu ada kalanya ia bergerak atau diam.
2. Harus ‘Aqli Nazhari : laitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti memberi Tuhan orang Islam yang tiada ber‘amal itu pahala, maka tidak dengan senang ‘aqal menghukumkan hal itu harus melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil-dalil yang menunjukkan harus pada Tuhan memperlakukan seperti itu.

G. TANDA-TANDA YANG MENUNJUKKAN HUKUM ‘AQAL

Andaikata apabila kita dapati kemudian daripada “wajib” perkataan “bagi” atau “pada” maksudnya wajib ‘aqli. Apabila kita dapati kemudian daripada “mustah1’l ” perkataan “was” atau “pada” maksudnya mustahil ‘aqli dan apabila kita dapati kemudian daripada ”wajib” perkataan “atas” maksudnya wajib syar’i (barang yang diperbuat dapat pahala dan ditinggalkan dapat dosa)

Permulaan Mabadi (Seri Pembukaan) ‘llmu Tauhid

Sepuluh Mabadi ilmu tauhid

Perkataan “mabadi”’ itu bahasa ‘Arab jama’ daripada mabda’, asal maknanya: Punca mula terbit, sebab maksudnya ialah keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ‘ilmu sebelum membaca atau belajar ‘ilmu itu. Hari ini orang sebut “Seri Pembukaan” atau ‘Anggaran Dasar”

Adalah mabadi ‘ilmu tauhid itu sepuluh perkara:

1. Nama ‘ilmu ini : Iaitu dinamakan ‘Ilmu Tauhid, ‘Ilmu Kalam, ‘Ilmu Ushuluddin. ‘Ilmu Sifat, ‘Ilmu ‘Aqaid dan Al-Iman.

2. Tempat ambilannya : Iaitu diterbitkan daripada Qur’an dan Hadith.

3. Kandungannya : Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Tuhan dan kepada Rasul-rasulNya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh i’tiqad yang yakin, kepercayaan yang putus sekira-kira menaikkan perasaan bekerja dan ber‘amal menurut bagaimana kepercayaan itu.

4. Tempat bahasannya (maudhu’nya) kepada empat tempat:

Yang Pertama : Pada Dzat Allah Ta’ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, sifat-sifat yang mustahil atasNya, dan sifat yang harus padaNya.
Yang Kedua : Pada Dzat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib baginya, sifat-sifat yang mustahil atasnya dan sifat yang harus padanya.
Yang Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan ‘aradh-‘aradh sekira-kira keadaannya itu jadi pertunjukan dan dalil atas wujud yang menjadikan dia.
Yang Keempat: Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal syurga, neraka dan hal-hal hari qiamat.

5. Faedah ‘ilmu ini : Iaitu dapat mengenal Tuhan dan percayakan Rasul dan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang kekal.

6. Nisbah ‘ilmu ini dengan lain-lain ‘ilmu : Iaitu ‘ ilmu ini ialah ‘ilmu yang terbangsa kepada agama Islam yang paling utama sekali.

7. Yang menghantarkan : Iaitu yang pertama mereka yang mengaturkan titisan ‘ilmu tauhid dengan mendirikan dalilnya untuk menolak perkataan mereka yang menyalahi ialah daripada ‘ulama’-‘ulama’ yang masyhur, Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari dan Imam Abu Manshur Al-Maturidi, tetapi mereka yang pertama menerima ‘ilmu tauhid daripada Tuhan ialah Nabi Adam ‘Alaihissalam dan yang akhir sekali ialah Saiyidina Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam.

8. Hukumnya : Iaitu fardhu ‘ain atas tiap-tiap orang yang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat-sifat Tuhan dengan jalan zjmal (ringkasan atau rangkum) dan dengan jalan tafsil (huraian atau satu-persatu) berserta dengan dalil ajmal. Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah.

9. Kelebihanya : Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ‘ilmu-‘ilmu yang lain kerana menurut hadith Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam

Ertinya: Sanya Tuhan tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripada mengEsakan Tuhan dan jika ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya, nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu ada yang ruku’ selama~lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya.

Dan juga kerana ‘ilmu tauhid ini jadi asal bagi segala ‘ilmu-‘ilmu yang lain yang wajib diketahui dan lagi kerana mulia maudhu’nya iaitu Dzat Tuhan dan Rasul, dari itu jadilah ia semulia-mulia ‘ilmu.

10. Kesudahan ‘ilmu ini : laitu dapat membezakan di antara ‘aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil.

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!