Hukum Mengambil Anak yang Terbuang

Hukum Mengambil Anak yang Terbuang

Sesiapa terjumpa seorang anak kecil yang tidak mempunyai penjaga di jalan, dia perlu mengambil, menjaga dan mendidiknya.
Perkara ini menjadi fardu kifayah kepada sesiapa yang menjumpainya.

Apabila dia tidak diendahkan oleh sesiapapun dan masih berada di tempat dia dijumpai, semua penduduk di negeri, daerah atau kampung itu yang mengetahui kewujudan kanak-kanak tersebut akan berdosa. .
Jika salah seorang penduduk rnengambil, menjaga dan mendidik anak tersebut, kesemua penduduk terselamat daripada dosa

Dalilnya ialah firman Allah Taala:

Bahawasanya sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana dia telah membunuh orang lain, atau melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia kesemuanya. Sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seseorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia kesemuanya.
(A1-Maidah: 32)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *