Jenis-jenis Nikah

Jenis-jenis Nikah

Nikah terbahagi kepada dua iaitu nikah yang batil dan nikah sah

Nikah yang batil ialah nikah yang tidak cukup rukun atau syarat sah nikah.

Hukum nikah ini adalah haram. Tidak ada apa-apa kesan yang lahir daripada perkahwinan itu. Walaupun begitu, dalam sesetengah bentuk nikah yang batil, perempuan wajib dibayar mahar misil, contohnya, perkahwinan tanpa wali dan perempuan itu telah disetubuhi. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa kebenaran walinya, maka nikahnya adalah batal, sambil Baginda mengulanginya tiga kali. Jika berlaku persetubuhan, maka baginya mahar misil dengan sebab dia menghalalkan farajnya.’ 1

 

Nikah yang sah ialah nikah yang cukup rukun dan syarat sah perkahwinan. Perkahwinan ini melahirkan kesan-kesan dan tanggung jawab yang akan disebutkan nanti.


1 Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai tiada nikah melainkan dengan wali no.1102

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *