Pusaka Disyariatkan
Hukum pusaka telah disyariatkan dalam Islam. Ia telah disahkan oleh al-Quran, sunnah dan ijmak ulamak. Orang-orang yang mengingkari pensyariatan hukum pusaka adalah kafir dan keluar daripada Islam. Allah berfirman: –
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan kaum kerabat. Orang-orang perempuan juga ada bahagian dari peninggalan ibu bapa dan kaum kerabat, sama ada sedikit ataupun banyak, daripada harta yang ditinggalkan itu mengikut bahagian yang telah ditetapkan (oleh Allah).
(An-Nisa’: 7) ‘
Ayat-ayat berkenaan pusaka di dalam al-Quran jelas mengesahkan pusaka disyariatkan.
Begitu juga hadis-hadis Nabi berkenaan tajuk ini. Antaranya ialah, sabda Rasulullah s.a.w.:
Serahkanlah bahagian-bahagian pusaka yang ditetapkan itu kepada para pemiliknya. Apa jua yang masih berbaki, maka serahkanlah ia kepada waris lelaki yang terdekat.1
1 Riwayat Bukhari (6351) dalam Kitab Faraidh, Bab Perolehan Pusaka Seorang Anak. Daripada Bapa dan lbunya; Muslim (1615) dalam Kitab Faraidh, Bab Serahkanlah Harta-harta Pusaka Kepada Pemiliknya. ‘
Pelajarilah ilmu Faraidh, dan ajarkanlah ia kepada orang lain. 2
2. Riwayat al-Hakim (4/333) dalam Kitab Faraidh, Bab Pelajarilah Faraidh dan Ajarkanlah kepada Orang Lain.
Di samping itu, para ulamak bersepakat mengatakan pusaka disyariatkan dan tiada seorangpun orang Islam yang menafikannya.