Jenis-jenis Talak

Jenis-jenis Talak

Talak terbahagi kepada tiga bahagian jika dilihat daripada tiga sudut yang berbeza.

Jika dilihat daripada sudut kejelasan lafaz yang digunakan, ia terbahagi kepada sorih dan kinayah.

Jika dilihat daripada sudut keadaan isteri yang diceraikan; diceraikan dalam keadaan suci atau haid, dewasa atau kanak, ia terbahagi kepada talak bid ‘ie, talak sunni dan talak yang bukan sunni dan bukan bid ‘ie.

Jika dilihat daripada sudut adakah talak tersebut ditebus dengan harta atau tidak, ia terbahagi kepada khulu’ dan talak biasa.

Penerangan kepada ketiga-tiga pembahagian ini adalah seperti berikut :

Pembahagian Pertama: Sorih dan Kinayah

Jika kamu meneliti lafaz yang digunakan untuk talak, kamu akan mendapati lafaz tersebut mengandungi hanya satu makna sahaja iaitu talak ataupun ia mengandungi lebih daripada satu makna, iaitu boleh ditafsirkan sebagai talak atau selain talak.

Jika lafaz tersebut hanya boleh ditafsirkan sebagai talak sahaja, talak ini dipanggil talak sorih. Jika ia boleh ditafsirkan sebagai talak atau selain talak, talak seumpama ini dipanggil talak kinayah.

Kesimpulannya, talah terbahagi kepada dua iaitu talak sorih dan talak kinayah.

1 . Talak Sorih

Talak sorih ialah lafaz talak yang digunakan jelas menunjukkan kepada makna talak dan lafaz itu tidak boleh ditafsirkan dengan makna yang lain. Lafaznya ada tiga iaitu: (talak/cerai), (bebas/lepas) dan (pisah). Contohnya seperti suami bérkata kepada isterinya: “Aku ceraikan engkau” “aku bebaskan engkau,” atau “engkau berpisah daripada engkau”

Lafaz-lafaz ini dikategorikan sebagai sorih kerana lafaz-lafaz ini banyak digunakan dalam syariat Islam dan berulang kali disebut dalam al-Quran dengan makna talak. Firman Allah Taalaz

Wahai Nabi, apabila engkau (dan umatmu.) hendak mentalak isteri-isteri (kamu), maka talaklah mereka pada
masa mereka dapat memulakan edahnya.
(At-Tolaq : 1)
Dan aku bebaskan (lepaskan) kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.
(Al-Ahzab: 28)

Atau berpisahlah dengan mereka dengan cara yang sepatutnya.
(At-Tolaq: 2)

Di antara lafaz sorih ialah talak yang dilafazkan dalam bahasa selain Bahasa Arab jika penduduk setempat menggunakan lafaz tersebut hanya untuk menunjukkan makna talak sahaja.

2. Talak Kinayah

Kinayah bermaksud semua lafaz yang boleh ditafsirkan sebagai talak atau selain talak. Lafaz kinayah banyak, di antaranya ialah (kamu bebas daripadaku),   (kamu berpisah dengan aku), (kamu terputus hubungan denganku),   (kembalilah kepada keluarga kamu),   (pergilah ke mana yang kamu suka),  (jauhkan diri kamu daripadaku),  (jadilah orang asing kepadaku), ),   (aku bebaskan kamu),  (kamu haram ke atasku), dan lain-lain.

Kesemua lafaz ini dan seumpamanya dianggap sebagai kinayah. Ia boleh ditafsirkan sebagai talak dan boleh ditafsirkan sebagai selain daripada talak.

Dalil Penggunaan Lafaz Kinayah dalam Talak

Dalil wujud penggunaan lafaz kinayah dalam talak adalah berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.ha.

Tatkala (Umaimah binti an-Nu’man) binti al-Jaun‘ dimasukkan kepada Rasulullah s.a.w. dan Baginda pun
menghampirinya, dia berkata: “Aku berlindung dengan Allah daripada kamu.” Baginda s.a.w. bersabda: “Demi Allah, kamu telah berlindung dengan Tuhan Yang Maha Besar. Oleh itu, baliklah kepada keluargamu.”’

1 Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab talak, bab sesiapa yang menceraikan isterinya dan bolehkah lelaki menujukan talak kepada isterinya, no. 4955.

Hukum Talak Sorih dan Kinayah

Setelah memahami perkara-perkara yang disebutkan di aatas ketahuilah seseorang suami yang melafazkan talak sorih, jatuhlah talak itu sama ada dia berniat talak atau pun tidak. Ini kerana lafaz yang sorih tidak perlu kepada niat ketikal diucapkan.

Bagi talak kinayah pula, walaupun orang ramai sering menggunakannya sebagai lafaz talak seperti ‘kamu haram ke atasku’, talak tidak jatuh melainkan jika suami berniat menjatuhkan talak.

Jika suami melafazkannya dengan maksud lain selain menjatuhkan talak atau tidak berniat apa-apa, talak tidak jatuh.

Dalilnya adalah kisah taubat Kaab bin Malik r.a. setelah dia tidak menyertai perang Tabuk:

Sesungguhnya Nabi s.a.w. memerintahkannya agar menjauhkan diri daripada isterinya. Kaab r.a. bertanya: “Adakah aku perlu menceraikannya atau bagaimana?” Baginda menjawab: “Jauhkan diri daripadanya, dan jangan sekali-kali mendekatinya.”Kaab berkata: Aku pun berkata kepada isteriku: “Kembalilah kepada keluargamu.”’

1 Riwayatkan oleh Bukhari dalam kitab peperangan, bab hadis Kaab bin Malik r.a…., no. 4156; dan Muslim dalam kitab taubat, bab hadis taubat Kaab bin Malik dan dua orang rakannya; no. 2769.

Setelah taubat Kaab bin Malik r.a. diterima, isterinya kembali semula kepadanya dan beliau tidak diperintahkan mengadakan akad yang baru. Ini menunjukkan kata-katanya “kembalilah kamu keluargamu” tidak menyebabkan jatuh talak melainkan niat.

Oleh kerana Kaab bin Malik r.a. tidak berniat menceraikan isterinya. talak tidak jatuh dan isterinya boleh kembali semula kepadanya.

Pembahagian Kedua: Talak Sunni, Talak Bid’ie dan Selain Keduanya

Purempuan yang diceraikan berada dalam salah satu daripada tiga keadaan berikut:

Pertama: Diceraikan dalam keadaan suci daripada haid dan dan suaminya tidak menyetubuhinya pada masa suci itu.
Kedua: Telah disetubuhi oleh suaminya dan diceraikan dalam haid atau nifas, atau diceraikan dalam keadaan suci tetapi suaminya menyetubuhinya semasa suci itu.
Ketiga: Diceraikan dalam keadaan masih kecil dan tidak datang haid, atau diceraikan dalam keadaan sudah putus
(bagi perempuan yang telah tua), atau diceraikan dalam keadaan hamil yang telah dipastikan kehamilannya, atau
dalam keadaan belum pernah disetubuhi semenjak akad nikah, dia sendiri yang meminta khulu’.

Jika talak berlaku dalam keadaan pertama, ia dinamakan talak sunni. Jika berlaku dalam keadaan kedua, ia
talak bid ’ie. Dan jika berlaku dalam keadaan ketiga, ia dinamakan sebagai bukan talak sunni dan bukan talak bid ’ie.

Oleh itu, berdasarkan pembahagian ini talak terbahagi tiga jenis:

1. Talak sunni.
2. Talak bid ‘ie.
3. Talak bukan sunni dan bukan bid ‘ie.

Hukum bagi Setiap Jenis Talak

1. Talak Sunni

Talak sunni adalah harus. Talak dalam bentuk ini adalah jatuh. Ia adalah bentuk talak yang bertepatan dengan syariat Islam bagi suami yang mahu menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak tiga sekali gus.

Namun begitu, suami disunatkan agar hanya menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak dua dalam satu masa suci. Ini supaya dia boleh rujuk kembali jika menyesal dengan tindakannya.

Talak sunni adalah berpandukan kepada firman Allah

Wahai Nabi, apabila kamu (dan umatmu) mahu menceraikan isteri-isteri kamu, maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan edahnya.

(At-Tolaq: 1)

Maksudnya pada waktu syariat menganggapnya sebagai pérmulaan edah, iaitu waktu suci. Tidak boleh memulakan
pada masa haid.

2. Talak Bid‘ie

Talak bid ’ie adalah haram. Walau bagaimanapun talak dalam keadaan ini tetap jatuh dan pelakunya (suami) dikira berdosa. kerana talak ini bersalahan dengan bentuk talak yang disyariatkan oleh Allah dalam ayat di atas.

Suami disunatkan rujuk kembali jika dia melakukan talak bid’ie. Abdullah bin Umar r.huma. meriwayatkan:

Beliau telah menceraikan isterinya ketika haid, pada zaman Rasulullah s.a.w.; Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai perkara itu. Baginda bersabda: “Perintahkan dia supaya merujuk kembali isterinya. Janganlah dia ceraikannya sehingga dia suci, kemudian datang haid semula, kemudiannya suci kembali. Seterusnya, jika mahu terus kekal dengan isterinya, bolehlah dia terus kekal. Jika mahu menceraikannya, bolehlah dia ceraikannya sebelum dia menyetubuhinya. Itulah edah yang yang diperintahkan oleh Allah supaya diceraikan isteri padanya.”Iaitu berdasarkan firman Allah Taala:

Wahai Nabi, apabila kama (dan umatmu) mahu menceraikan isteri-isteri kamu, maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan edahnya.
. (At-Tolaq: 1)

1 Riwayat Bukhari dalam permulaan kitab talak, no. 4953; dan Muslim dalam kitab talak, bab haram menceraikan isteri yang masih dalam haid tanpa keredaannya, no. 1471.

Maksud hadis di atas ialah selepas rujuk, Abdullah bin Umar hendaklah membiarkan isterinya sehingga suci dan ketika itu cerailah dengan talak satu jika dia mahu. Jika isteri datang haid (pada mana-mana masa) kemudian suci, ceraikan talak kedua jika dia mahu. Jika isteri suci bagi kali ketiga (pada mana-mana masa), dia hendaklah berfikir panjang. Jika mahu, dia bolehlah terus hidup dengan isterinya selepas rujuk. Tetapi jika ingin berpisah, dia boleh mentalakkan dengan talak ketiga, dan talak itu menjadi talak bain (talak yang tidak boleh dirujuk kembali).

Sebab-sebab talak bid’ie diharamkan

Talak bid ‘ie diharamkan kerana ia mendatangkan mudarat kaum wanita. Ini kerana tempoh edahnya akan menjadi lebih panjang kerana masa haidnya tidak boleh dikira sebagai permulaan sabda Rasulullah s.a.w.: ”
Tidak boleh memudaratkan (orang yang tidak menyakiti), dan tidak boleh membalas kemudaratan (orang lain dengan cara yang salah).’

1 Riwayat Malik dalam al-Muwatto‘, kitab pengadilan, bab pengadilan dalam masalah pertelingkahan mengenai kemudahan-kemudahan awam, 2/745; dan lbnu Majah dalam Sunannya, kitab hukum-hakam, bab sesiapa yang membina di tempat haknya  sesuatu yang memudaratkan jirannya no. 188. 2340 & 2341.

Suami diharamkan menceraikan isterinya semasa suci selepas disetubuhinya. Ini kerana isterinya mungkin mengandung selepas persetubuhan tersebut, sedangkan dia tidak suka menceraikan isteri yang sedang hamil. Sudah tentu dia akan menyesal dengan perbuatannya.

3. Talak Bukan Sunni dan Bukan Bid ‘ie

Talak seumpama ini jatuh, diharuskan dan tidak diharamkan kerana tidak memberi mudarat kepada isteri yang diceraikan. Juga kerana edah isteri yang masih kecil atau isteri yang sudah putus haid dihitung dengan kiraan bulan. Dengan ini mudarat memanjangkan tempoh edah tidak akan berlaku. Begitu juga dengan edah isteri yang mengandung, kerana edahnya ialah sehingga melahirkan anak.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada isteri yang meminta khulu’. Khulu’ bermakna isteri menebus‘ dirinya dengan harta benda. Kesanggupannya berbuat demikian melambangkan keinginannya untuk bebas daripada ikatan suaminya dan keredaannya menunggu tempoh edah yang panjang.

Pembahagian Ketiga: Talak Biasa dan Khulu’ (Tebus Talak)

1. Talak biasa ialah talak yang berlaku kerana keinginan suami. Hukum talak ini adalah sebagaimana yang telah
bincangkan sebelum ini.

2. Khulu ‘ (tebus talak) ialah talak yang berlaku dengan keinginan isteri dan kesungguhannya untuk bercerai. Khulu disyariatkan sebagai memenuhi kemahuan isteri. Maksud khulu’ ialah isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah mereka sepakati sebelum ini kepada suaminya.

Khulu’ adalah salah satu bentuk talak kerana ia adalah perceraian yang berlaku dengan adanya tebusan yang diberikan oleh isteri kepada suaminya.

Dalil Khulu’ Disyariatkan

Dalil khulu ’ disyariatkan adalah berpandukan kepada al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.

Al Quran menjelaskan:

Oleh itu kalau kamu khuatir kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah
mereka berdosa pada bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan pada pengambilan suami akan bayaran tefsebut).
(A1-Baqarah: 229)

Dalil daripada hadis pulaz

Isteri Tsabit bin Qais datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: “Wahai Nabi Allah, Tsabit bin Qais, aku tidaklah mencelanya dalam perkara akhlak atau agama. Tetapi aku bencikan kekufuran dalam Islam (dengan sebab tidak
dapat melaksanakan hak-hak suami). ”Nabi s.a. w. bertanya: “Bolehkah kamu pulangkan kebunnya kepadanya?” Dia menjawab.’ “Boleh. ”Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Tsabit bin Qais: “Terimalah kebun itu, dan ceraikannya dengan talak satu. ”

1 Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab talak, bab khuIu’dan cara talak, no. 4971, daripada Ibnu Abbas r humma

Hukum-hakam Khulu’

Hukum hakam khulu’ secara ringkasnya adalah seperti berikut ;

1. Khulu’ adalah harus. Khulu’ tidak berlaku melainkan dengan tebusan berbentuk harta yang diberikan oleh isteri kepada suaminya. Jika harta tebusan tersebut diketahui dan disebut ketika dilafazkan khulu ’, tebusan yang disebutkan itulah yang wajih diberikan oleh isteri kepada suaminya. Jika tebusan tersebut tidak ditentukan dengan tepat, khulu’ tetap sah dan suami wajib mendapat mahar misil daripada isterinya.

Jika suami menggunakan kalimah khulu’ untuk tujuan talak tanpa menyebut sebarang harta tebusan dan tidak terlintas hatinya untuk mendapatkan tebusan, ia adalah talak biasa menggunakan lafaz khulu’ sebagai kinayah (kiasan). lafaz itu dianggap sebagai talak kinayah dan lafaz menjadikannya talak raj ‘ie.

2. Khulu’ tidak berlaku melainkan daripada isteri yang dan matang. Isteri yang tidak berakal atau tidak matang
layak membuat keputusan dan tidak mempunyai kuasa menguruskan sesuatu. Jika suami melafazkan khulu’ ke atas
isterinya yang berkeadaan demikian, talak yang berlaku talak raj ‘ie dan suami tidak berhak mendapat tebusan

3. Jika suami melafazkan talak khulu’ terhadap isterinya, berhak mengurus dirinya sendiri dan suami tidak kuasa terhadapnya. Suami tidak boleh rujuk kepada semasa edah kerana khulu’ adalah sejenis talak bain untuk mereka berdua hidup bersama semula ialah mengadakan akad semula serta membayar mas kahwin lain. Bekas isteri mempunyai hak penuh untuk membuat keputusan.

4. Isteri yang telah dikhulu ‘ tidak boleh ditalak, dizihar atau oleh bekas suaminya sepanjang tempoh edah. Talak, zihar dan ila’ yang diucapkan oleh suami yang melafazkan khulu’ mempunyai sebarang kesan ke atas bekas isterinya. Ini lafaz khulu’ menjadikannya bukan isterinya. Keadaan berbeza dengan isteri yang diceraikan secara talak raj ‘ie.
Isteri yang diceraikan secara talak raj ‘ie boleh ditalak semula untuk talak kedua atau dizihar oleh suaminya sepanjang tempoh edah.  Ia mempunyai kesan-kesannya yang tersendiri.

5. Suami diharuskan melafazkan khulu’ ketika isterinya berada dalam keadaan haid dan dalam keadaan suci walaupun  selepas dia mensetubuhinya. Isteri tidak dikira menanggung kemudaratan dengan sebab khulu’. Ini kerana khulu’ berlaku disebabkan keinginan isteri untuk bebas daripada ikatan suami. Kemudaratan kepada isteri tidak berlaku dalam khulu’ sebagaimana yang mungkin berlaku disebabkan talak biasa yang merupakan keinginan suami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *