PEMBAHAGIAN GILIRAN BERMALAM
Maksud Al-Qasmu
Al-Qasmu dari segi bahasa ialah kata nama terbitan kepada kata kerja maksudnya: membahagikan. Sementara al-qismu ( ) pula bermaksud: bahagian atau habuan.
Dari segi istilah pula, al-qasmu bermaksud: sesiapa yang mempunyai lebih daripada seorang isteri dan bermalam di rumah salah seorang daripada mereka, maka dia mesti bermalam di rumah isteri-isteri yang lain juga.
Hukum Al-Qasmu di Antara Isteri
Asalnya, hukum bermalam di antara isteri adalah sunat bukannya wajib. Bagi lelaki yang mempunyai ramai isteri, dia disunatkan membahagi-bahagikan malam serta tidur bersama mereka dan tidak eninggalkannya. Suami tidak wajib bermalam bersama mereka kerana bermalam adalah haknya dan dia boleh meninggalkannya. Tetapi jika dia bermalam dengan salah seorang daripada isterinya menggunakan undian atau selainnya, dia juga mesti bermalam-rumah isteri-isterinya yang lain. Ketika itu bermalam menjadi wajib demi melaksanakan keadilan terhadap mereka.
Dalil Wajib Berlaku Adil dalam Bermalam dan Selainnya
Dalil wajib berlaku adil dalam bermalam bersama isteri dan selainnya ialah nas al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.W..
Dalil daripada al-Quran ialah firman‘Allah:
Jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu dalam masalah bermalam dan nafkah), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.
(An-Nisa‘: 3)
Ayat di atas menunjukkan kewajipan berlaku adil dalam masaalah bermalam bersama isteri-isteri.
Dalil daripada sunnah ialah sabda Rasulullah s.a.W.: ‘
Sesiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang daripada mereka – (dalam riwayat Tirmizi disebut: lalu dia tidak berlaku adil di antara kedua-duanya) – maka pada hari kiamat dia akan datang dalam keadaan separuh badannya senget.’
Balasan ini hanya diberikan kepada mereka yang meninggalkan perkara wajib.
Aisyah r.ha. berkata:
Nabi s.a.w. telah melakukan pembahagian kepada semua isterinya secara adil. Baginda berdoa:
Ya Allah, inilah pembahagianku pada apa yang aku, miliki. Maka janganlah Engkau mencelaku pada apa yang Engkau miliki tetapi aku tidak memilikinya.
1 Riwayat Abu Daud dalam kitab nikah, bab pembahagian di antara semua isteri, no. 2133; dan Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai penyamaan di antara isteri-isteri yang bermadu, no. 1141.
2 RiwayatAbu Daud dalam kitab nikah, bab pembahagian di antara semua isteri, no. 2134; dan Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai penyamaan di antara isteri-isteri yang barmadu. nn 1140
Siapa yang Berhak Mendapat Giliran Bermalam
Semua isteri berhak mendapat giliran bermalam bersama suaminya walaupun salah seorang daripada mereka sakit, didatangi haid atau nifas selagi mereka taat kepada suami mereka.
Bagi isteri yang nusyuz (derhaka), dia tidak berhak mendapat bahagian ini kerana dia telah membatalkan haknya melalui penderhakaannya. Kita akan membincangkan mengenai nusyuz dan hukumnya dalam perbincangan yang lain.
Cara-cara Pembahagian Dilakukan
Suami diharuskan memperuntukkan satu malam dan sehari sebelumnya atau selepasnya bagi setiap orang isterinya. Sebenarnya sehari semalam dikira bermula dengan malam dan siang berikutnya. Tetapi jika suami bekerja pada malam hari seperti jaga, sehari semalam dikira bermula dengan siang dan malam berikutnya.
Jika suami tinggal seorang diri, dia diharuskan memanggil semua isterinya datang menemuinya berdasarkan giliran masing masing.
Yang paling baik ialah dia pergi ke setiap rumah isterinya berdasarkan giliran masing-masing. Jika suami bermalam di rumah salah seorang darjpada isterinya, dia wajib bermalam di rumah semua isterinya yang lain secara bergilir-gilir selama sehari semalam.
Suami diharamkan tinggal di rumah salah seorang daripada isterinya, kemudian memanggil isteri-isteri yang lain bermalam bersamanya di situ secara bergilir. Ini kerana datang ke rumah madu adalah menyusahkan mereka.
Suami juga diharamkan mengumpulkan isteri-isterinya dalam sebuah rumah tanpa kerelaan mereka kerana tindakan itu akan menyebabkan perbalahan dan perselisihan sesama mereka.
Suami diharuskan menetapkan giliran bermalam selama dua atau tiga hari untuk seorang isterinya
Walau bagaimanapun, menetapkan giliran melebihi tiga hari untuk seorang adalah diharamkan. Ini kerana masa yang panjang akan membebankan mereka. Untuk memulakan giliran bermalam rumah salah seorang daripada isterinya, suami Wajib membuat undian. Ini dilakukan supaya suami tidak melebihkan salah seorang daripada mereka. Giliran seterusnya juga ditentukan melalui undian.
Pada siang hari, suami diharuskan pergi ke rumah isteri yang bukan gilirannya jika ada keperluan. Dia sepatutnya tidak berada di situ dalam tempoh yang lama.
Aisyah r.ha. berkata:
Pada setiap hari, Rasulullah s.a.w. menjengah kami semua (para isteri Baginda). Baginda mendekati setiap isterinya tanpa menyentuhnya sehingga sampai ke rumah isteri yang memiliki giliran hari berkenaan, lalu Baginda bermalam bersamanya.’
Pada malam hari pula, suami tidak diharuskan pergi ke rumah isteri yang bukan gilirannya melainkan kerana keperluan yang mendesak seperti sakit yang membimbangkan, kebakaran dan sebagainya.
Suami Wajib mengkhususkan tujuh malam berturut-turut kepada anak dara yang baru dikahwininya.
Bagi janda yang baru dikahwininya, dia wajib mengkhususkan tiga malam berturut-turut untuknya. Anas r.a. berkata:
Antara sunnah Nabi s.a.w. ialah apabila seorang lelaki mengahwini anak dara selepas mengahwini janda, dia hendaklah tinggal bersama anak dara itu selama tujuh malam, kemudian barulah membuat giliran. Jika dia mengahwini seorang janda, dia hendaklah tinggal bersamanya selama tiga malam, kemudian barulah dia membuat giliran?
Rasulullah s.a.W. bersabda:
Bagi anak dara tujuh malam, dan bagi janda pula tiga malam.
1 Riwayat Abu Daud dalam kitab nikah, bab pembahagian di antara semua isteri, no. 2135; dan Hakim dalam kitab nikah, bab penekanan tentang keadilan di antara isteri-isteri, 2/186. Beliau berkata: “Hadis ini berisnad sahih.“
2 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab apabila mengahwini janda selepas mengahwini anak dara, no. 4916; dan Muslim dalam kitab penyusuan, bab bilangan hari yang berhak diperoleh oleh isteri yang dara dan isteri yang sudah janda jika berkahwin, no. 1461. Abu Qilabah, salah seorang perawi hadis ini, berkata: “Jika aku mahu, pasti aku berkata:
“Sesungguhnya Anas r.a. merafa’kan hadis ini kepada Nabi s.a.w..”
3 Riwayat Muslim dalam kitab penyusuan, bab bilangan hari yang berhak diperoleh oleh isteri yang dara dan isteri yang sudah janda jika berkahwin, no. 1460, daripada Ummu Salamah r.ha..
Jika salah seorang daripada isteri memberikan gilirannya kepada madunya, suami bermalam bersama isteri tersebut selama dua malam, iaitu malam gilirannya dan malam yang dihadiahkan
kepadanya. Jika malam itu berturut-turut, suami perlulah bermalam secara berturut-turut. Tetapi jika malamnya terpisah, suami juga kena memisahkannya.
Inilah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika isterinya Saudah binti Zarn‘ah r.ha. memberikan gilirannya kepada Aisyah r.ha.:
Aisyah r.ha. berkata: “Aku tidak pernah melihat seorang wanita yang lebih aku sukai untuk menjadi sepertinya selain daripada Saudah binti Zam‘ah. Dia mempunyai kekuatan diri dan ketajaman minda.”Aisyah berkata lagi: “Apabila sudah berumar (tua), Saudah memberikan gilirannya bersama Rasulullah s.a.w. kepada Aisyah. Saudah berkata: ’Wahai Rasulullah, aku berikan giliranku kepada Aisyah.’ Dengan itu, Rasulullah s.a.w. membahagikan kepada Aisyah dua hari, iaitu satu hari kepunyaannya sendiri dan satu hari
lagi yang diberikan oleh Saudah. ”’
Jika suami ingin bermusafir, dia hendaklah membuat undian antara semua isterinya. Isteri yang bertuah akan keluar bersamanya. Perkara ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w..
Aisyah r.ha. berkata:
Apabila Rasulullah s.a.w. ingin keluar bermusafir, Baginda membuat undian di antara isteri-isterinya. Kemudian, Baginda bermusafir bersama isteri yang mendapat cabutan undian tersebut.
1 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab isteri tua memberikan gilirannya suaminya kepada madunya, no. 4914; dan Muslim dalam kitab penyusuan, bab isteri diharuskan memberikan gilirannya kepada madunya, no. 1463, daripada Aisyah r.ha.. Lafaz hadis ini adalah riwayat Muslim.
2 Riwayat Bukhari dalam kitab peperangan, bab peristiwa fitnah kepada Aisyah no. 3910; dan Muslim dalam kitab taubat, bab peristiwa fitnah kepada Aisyah r.ha. penerimaan taubat orang yang menuduh perempuan suci berzina, no. 2770.