Wasiat kepada Waris
1. Peraturan asas di dalam Wasiat ialah ia hanya diberikan kepada bukan waris kerana tujuannya adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah dan mengharapkan pahala, serta memenuhi segala kekurangan ketika hayat. Sementara bagi Waris mereka telahpun mendapat bahagian mereka melalui pusaka.
Cuma ada di antara pewasiat yang melanggar peraturan ini dan mewasiatkan hartanya untuk warisnya sendiri. Apakah hukumnya?
Menurut pendapat yang utama di dalam mazhab Syafie, wasiat sebegini adalah harus, tetapi tidak boleh dilaksanakan kecuali setelah mendapat persetujuan waris yang lain. Jadi dengan persetujuan mereka barulah wasiat sebegini boleh dilaksanakan.
Hukum ini berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w:
Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak, akan hak masing-masing. Maka tiada wasiat lagi untuk mana-mana waris.’
Diriwayatkan oleh Daraqutni (4/152) daripada Ibnu Abbas r.huma. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘
Tidak harus berwasiat untuk mana-mana waris kecuali jika dikehendaki (diizinkan) oleh waris-waris yang lain. Ulamak mazhab Syafie juga menyamakan wasiat kepada waris seperti wasiat kepada orang lain yang melebihi satu pertiga. Telah disebutkan sebelum ini bahawa sebarang tambahan kepada satu pertiga bergantung kepada persetujuan waris, begitulah juga dalam hal ini.
2. Apabila wasiat ini ditujukan kepada waris, penerimaan atau penolakan oleh waris tidak diambil kira ketika hayat pewasiat kerana waris tidak mempunyai sebarang hak dalam harta pusaka ketika hayat pewasiat jadi begitulah juga di dalam harta wasiat tersebut. Mana-mana waris yang menerima wasiat tersebut ketika hayat pewasiat boleh menolaknya selepas kematian pewasiat.
Begitulah juga jika mana-mana waris menolaknya ketika hayat pewasiat boleh menerimanya selepas kematian pewasiat.
3. Penerima Wasiat mestilah menjadi waris ketika kematian pewasiat bukan ketika Wasiat dikeluarkan. Jika pewasiat mewasiatkan hartanya kepada saudaranya ketika dia tidak mempunyai anak, kemudian dia mendapat anak lelaki sebelum kematiannya, maka Wasiat tersebut sah dan boleh dilaksanakan.
Ketika itu, saudaranya bukan lagi warisnya, kerana dia mempunyai anak lelaki ketika kematian. Sebagaimana dimaklumi, anak lelaki menghalang saudara kandung daripada mendapat pusaka.
4. Jika selepas kematian, sebahagian waris bersetuju, tetapi sebahagiannya pula membantah, maka hukumnya perlu diperinci. Wasiat itu dibatalkan daripada bahagian waris yang membantah, tetapi dilaksanakan pada bahagian waris yang bersetuju; Ia mengikut kadar bahagian mereka dalam pusaka.
5. Wakaf, hadiah dan pelunasan hutang kepada si mati juga termasuk dalam ertikata Wasiat kepada waris yang memerlukan kepada persetujuan waris selepas kematian si mati. Ini sekiranya perbuatan ini dilakukan ketika sakit hampir mati.‘
1 Hadis ini diriwayatkan oleh Tarmizi (2141) di dalam [Kitab Wasiat, Bab Hadis Berkenaan Tiada Wasiat Untuk Waris dan diriwayatkan juga oleh Abu Daud (2870). Kedua-dua sanadnya daripada Abu Umamah r.a.