Perempuan yang Boleh Mewarisi Harta
Perempuan yang boleh mewarisi harta melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan wala‘, secara ringkasnya, ada tujuh, atau sepuluh jika diperincikan.
- Anak perempuan (al-bint).
- Anak perempuan kepada anak lelaki (bintul ibni) sehingga ke bawah.
- Ibu (al-umm).
- Nenek sebelah ibu atau bapa (al-jaddah minal umm aw minal ab) sehingga ke atas.
- Adik beradik perempuan (al-ukht) dari semua arah, sama ada seibu sebapa (syaqiqah), atau sebapa (lil ab), atau seibu (lil umm).
- Isteri atau isteri-isteri (az-zaujah).
- Perempuan yang memerdekakan hamba (al-mu ‘tiqah).
Imam ar-Rahabi menyebut dalam nazam ar-Rahabiyyah kurangannya:
Perempuan-perempuan yang mewarisi pusaka ada tujuh.
Syarak tidak memberi kepada mana-mana perempuan selain mereka.
Al-Bint, bintul ibni, al-umm yang pengasihani,
az-zaujah, al-jaddah dan perempuan yang memerdekakan hamba, dan al-ukht dari mana-mana arah.
Maka inilah bilangan mereka, sudahpun jelas.