11.1. Huraian al-Uluhiyyah
Adalah Al-Uluhiyyah itu ertinya “ketuhanam” maknanya kaya Tuhan dari tiap-tiap yang lain dan berkehendak tiap-
tiap yang lain kepadaNya daripada kenyataan ini terbahagi pula sifat dua puluh dengan i’tibar jumlah kepada dua
bahagi:
- Kaya daripada tiap-tiap yang lain.
- Berkehendak tiap-tiap yang lain kepadaNya.
Maka lazim daripada makna Al-Uluhiyyah itu tiada yang kaya melainkan Allah yang kaya daripada tiap-tiap yang lain lagi yang berkehendak kepadaNya oleh tiap-tiap yang lain. Yang demikian thabitlah makna La Ilaha Illallah
itu tiada yang kaya daripada tiap-tiap yang lainNya dan yang berkehendak kepaclaNya oleh tiap-tiap yang lain melainkan Allah Ta’ala.
Tetapi yang masyhur makna Al-Ulahiyyah itu iaitu keadaan Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya, maka lazim daripadanya pula ia kaya daripada yang lain dan berkehendak tiap-tiap yang lain kepadaNya. Yang demikian jadilah makna “ ” ini tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya’ melainkan Allah Ta’ala yang melazimkan sifat kctuhanan.
Maka scgala makna ‘Aqa’id Al-Iman tcrkandung di dalam makna kalimah “ ” kcrana makna “ ” itu iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang melazimkan bersifat:
Yang mewajibkan baginya sebelas sifat istighna’ dan sembilan sifat iftiqar ilaih.