Hukum Wasiat

Hukum Wasiat

Pada peringkat awal kedatangan Islam, mewasiatkan kesemua kepada ibu bapa dan sanak-saudara adalah wajib. Dalilnya Firman Allah :

Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.
(Al-Baqarah: 180)

Walau bagaimanapun, kewajipan ini telah dimansukhkan dengan ayat-ayat dan hadis-hadis yang berkaitan dengan pusaka. Namun begitu, amalan ini masih digalakkan dengan had maksima satu pertiga dan ditujukan kepada selain pewaris.

Abdullah bin Abbas r.huma. berkata:

Allah Taala berfirman yang bermaksud: ”Jika dia meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat. ”Beginilah hukum wasiat sehingga ayat ini dimansuhkkan dengan ayat pusaka.1

1. Abu Daud (2869) di dalam [Kitab Wasiat, Bab Hadis Memansuhkan Wasiat Kepada lbubapa Dan Kerabat] dan Tarmizi (2118) di dalam [Kitab Wasiat, Bab No. 2]

Amr bin Kharijah r.a. meriwayatkan:

Sesungguhnya Nabi s.a. w. telah menyampaikan ucapan sambil duduk di atas untanya. Ketika itu, aku berada di bawah pangkal tengkuk untanya yang sedang mengunyah jirrahnya2 dan air liurnya mengalir di antara dua tulang belakang bahuku. Aku mendengar baginda bersabda: ”Sesungguhnya Allah ’Azza wajalla telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan hak musing-masing. Oleh itu, tidak harus lagi berwasiat
untuk mana-mana waris. Anak adalah dibinkan kepada pemilik hamparan tempat tidur (iaitu suami atau tuan hamba).
Penzina pula mendapat batu.1

1 Riwayat Tirmizi (2122) di dalam [Kitab Wasiat, Bab Hadis Tlada Wasiat Untuk Waris] dan Nasaie (6/246) di dalam [Kitab Wasiat, Bab Pemansuhan Wasiat Untuk Waris].
2. Jirrah ialah makanan yang sudah dimakan oleh haiwan, kemudian dikeluarkan semula untuk dikunyah.

”Pezina pula mendapat batu ”bermaksud dia tidak ada apa-apa hak pada anak itu, atau dia direjam dengan batu.

Rasulullah s.a.W. bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan hak masing-masing. Oleh itu, tidak harus lagi berwasiat untuk mana-mana pewaris.3

3 Diriwayatkan oleh Abu Daud (2870) di dalam [Kitab Wasiat, Bab Hadis mengenai Wasiat Untuk Waris] daripada Abu Umamah al-Bahili r.a..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *