Keprihatinan Para Sahabat dan Para Ahli Fikah terhadap Ilmu Faraid ‘
Para sahabat r.hum. amat mengambil berat terhadap ilmu Faraidh, sama ada pembelajarannya atau pengajarannya. Umar bin al-Khattab r.a. sendiri pernah berkata: “Pelajarilah ilmu Faraidh kerana ia sebahagian daripada agama kamu.”
Terdapat beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. yang khusus mempelajari ilmu ini dan mereka menguasainya melebihi orang lain seperti Ali bin Abu Tolib, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas’ud dan Zaid bin Tsabit r.hum.. Nabi s.a.w. sendiri mengakui penguasaan Zaid bin Tsabit r.a. dalam ilmu ini. Baginda bersabda:
Orang yang paling arif tentang ilmu Faraidh di antara semua ialah Zaid bin Tsabit. 1
Umar bin al-Khattab r.a. pernah berkata: “Sesiapa yang ingin bertanya tentang faraidh, hendaklah dia menemui Zaid bin Tsabit
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.huma. beliau berkata pada hari kematian Zaid r.a.: “Hari ini, seorang ilmuwan Madinah telah meninggal dunia.”
Para tabiin r.hum. juga turut mengambil berat tentang ini sebagaimana para sahabat r.hum.. Mereka sentiasa mempelajari dan mengajarnya. Antara mereka yang masyhur tujuh orang ulamak yang terkenal, iaitu Said bin Urwah bin az-Zubair, al-Qasim bin Muhammad, Zaid, Abu Bakar bin Harits bin Hisyam, Sulaiman bin Y , Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin Mas‘ud r.hum..
Setelah itu muncul pula ulamak tabi’ tabi’in dan ulamak seterusnya. Semoga Allah merahmati mereka dan
mereka syurga yang luas. Semoga Allah memberi hidayah __-kita agar mengikut jalan dan petunjuk mereka. V
1 Riwayat Tarmizi (3794) dalam Kitab manaqib; lbnu Majah (154) dalam Muqad Bab Kelebihan Sahabat Rasulullah s.a.w.; Ahmad dalam Musnad (3/281).