Percayakan Kitab

17.1. Definisi dan nama—nama Kitab
17.2. Definisi al-Qur’an
17.3. Ayat makiyyah dan madaniyyah
17.4. Al-Qur’ an sebesar-besar mu’jizat
17.5. Pengenalan kepada Kitab Taurah, Zabur, lnjil dan Suhuf

PERCAYAKAN KITAB

Adalah maksud dengan kitab di sini ialah hukum-hukum, ajaran-ajaran, nasihat-nasihat, kisah-kisah dan lain-lain yang mengandungi berbagai-bagai hikmah yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’la kepada rasul-rasulNya kemudian kitab-kitab itu ada yang kecil sebagai pekeli1ing-pekeliling jika satu dinamakan sahifah dan j ika banyak disebut suhuf. Setengah qaul ‘ulama’ mengatakan ada 100 suhuf manakala setengah yang lain mengatakan 1 10 suhuf iaitu:

  1. 10 diturunkan kepada Saiyidina Adam ‘alaihissalam.
  2. 50 diturunkan kepada Saiyidina Syis ‘alaihissalam.
  3. 10 diturunkan kepada Saiyidina Ibrahim ‘alaihissalam.
  4. 30 diturunkan kepada Saiyidina Idris ‘alaihissalam
  5. .10 diturunkan kepada Saiyidina Musa ‘alaihissalam.

Di sisi qaul yang muktamad tiada diketahui berapa banyak bilangannya, andaikata wajib atas tiap-tiap mukallaf percayakan ada banyak suhuf yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada nabi-nabi dan rasul-rasulnya dengan jalan ijmal (secara rangkum) termasuklah 110 yang disebutkan itu.

Adapun kitab yang besar kekal disebut kitab juga. Maka wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui dan percayakan dengan tafsil (satu persatu) iaitu empat kitab:

  • Taurat. Diturunkan kepada Saiyidina Musa ‘Alaihis salam dengan bahasa Qibtiy.
  • Zabur. Diturunkan kepada Saiyidina Daud ‘Alaihis-salam dengan bahasa ‘Ibrani.
  • Injil. Diturunkan kepada Saiyidina ‘Isa ‘alaihissalam dengan bahasa Siryani.
  • Al-Qur’an. Diturunkan kepada Saiyidina Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan bahasa ‘Arab.

1. Kitab Zabur sekalipun besar tetapi tiada mengandungi hukum-hukum hanya perkhabaran, cetera-cetera, do’a, zikir dan hikmah-hikmah jua, dari itu Nabi Daud tiada mempunyai syari’at, maka ia dan umatnya mengikut syari’at nabi Musa.

Segala kitab-kitab yang dahulu itu semuanya telah dimansukhkan dengan Qur’an.

Kitab-kitab itu kalam Allah yang tiada berhuruf dan bersuara diturunkan dari nauhun mahfuz kepada suatu tempat bernama Baitul ’Izzah, kemudian dari situ dibawa Jibra’il sedikit demi sedikit kepada nabi-nabi dan rasul-rasul menurut keadaan masa.

2. Taurat itu satu kitab Allah Ta’ala yang ia turunkan kepada Nabi Musa untuk menyatakan hukum-hukum syara’ dan i’tiqad yang shahih di dalamnya ada memberitakan seorang nabi akan zahir daripada keturunan Isma’il (iaitu; ialah Nabi Muhammad Shallalllahu ‘alaihi wasallam) dan dalamnya ada memberi isyarat bahawa nabi kita itu akan datang membawa syari’at baharu.

Bahawasanya Taurat yang ada sekarang ini telah di-pinda dan diubah-ubah setengah daripada tanda yang menunjukkan berubahnya di dalam kitab-kitab Taurat yang ada sekarang ini, tidak ada sebut syurga, neraka dan hari qiamat.

3. Bahawa Injil itu mengandungi segala hakikat-hakikat menyeru kepada mengEsakan Tuhan dan ia memansukhkan setengah hukum yang ada di dalam Taurat sekira-kira hal yang patut diubah. Dan didalamnya ada memberitakan seorang nabi yang akhir akan zahir.

Injil yang dibaca orang sekarang ini ada empat macam naskhah yang dikarang oleh empat orang, maka pengarang-pengarang itu tiada melihat akan
Nabi ‘Isa sama sekali. Nama-namanya, ialah:

  1. Matta.
  2. Marqas.
  3. Luqa.
  4. Yuhana.

Dan di antara empat karangan ini bersalahan-salahan pula di antara satu dengan lain.

4. Wajib kita beri’tiqad dan percaya bahawa sesungguh-nya Qur’an itu semulia-mulia kitab Allah Ta’ala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu‘alaihi wasallam ialah kitab Allah Ta’ala yang akhir diturunkan dan ia memansukhkan segala kitab-kitab yang dahulu daripadanya. Dan Qur’ an itu kekal hingga hari qiamat tiada berubah-ubah dan bertukar-tukar dan ialah sebesar-besar alamat atau tanda atas kenabian nabi Muhammad kerana ia sebesar-besar mu’jizat bagi Nabi Muhammad dan ia seluas-luas kitab mengandungi ‘ilmu pengetahuan, scbanyak-banyak manfaat, setinggi-tinggi kemuliaan dan mengandungi di dalam-nya ajaran, tauladan-tauladan, hukum-hukum, tegah-tegah, perintah-perintah, wa’ad-wa’id (janji balas baik dan janji balas seksa) dan sebagainya.

QUR’AN SEBESAR-BESAR MU’JIZAT

Sungguhnya Qur’an itu sebesar-besar mu’jizat bagi nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam kerana mu’jizat yang lain-lain telah lenyap tetapi mu’jizat Qur’an kekal selama-lamanya, sesuai dengan ‘aqal dan fikiran pada tiap-tiap ketika dan masa bagaimana telah dipersaksikan dengan mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *