13.1. Huraian sifat-sifat lftiqar llaihi
laitu; wahdaniyyah , qudrat, iradat, ‘ilmu, hayat, kaunuhu qadiran, kaunuhu mufidan dan kaunuhu haiyan.
Kerana jika tidak bersifat dengan sembilan sifat yang tersebut nescaya tidak berkehendak tiap-tiap yang lain kepada Allah Ta’ala kerana lazim pada ketika itu tidak ada sesuatu pun daripada yang baharu oleh sebab Tuhan lemah.
DUA SIFAT LAGI MASUK DALAM IFTIQAR ILAIH
Selain daripada sembilan sifat yang tersebut, ada lagi dua sifat termasuk dalam iftiqar ilaih iaitu:
- Baharu sekalian ‘alam.
Lawannya: Qadim ‘alam. Iaitu mustahil kerana jika ia qadim nescaya tidak berkehendak yang lain kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. - Tiada memberi bekas scsuatu daripada ka‘inat dengan tabi’atnya (dzatNya).
Lawannya: Memberi bekas dengan tabi’atnya. Iaitu mustahil kerana jika sesuatu memberi bekas dengan tabiatnya nescaya tidak berkehendak yang lain kepada Allah Ta’ala kerana lazim pada ketika itu terkaya sesuatu itu daripada Allah Ta’ala. Maka nyatalah yang masuk pada iftiqar ilaih 11 sifat, lawannya ll sifat, berjumlah 22 sifat apabila dicampurkan dengan yang masuk pada istighna’ serta lawannya 28 jadilah jumlahnya 50 ‘Aqa’id Al-Iman yang masuk pada kalimah La Ilaha Illallah.
Sesungguhnya di dalam perkara i’t1’qad memberi bekas itu ada berbagai-bagai fahaman dan i’tiqad, maka di sini dinyatakan empat i’tiqad dan kepercayaan:
- Beri’tiqad ka‘inat memberi bekas dengan tabi’at (dzat-Nya), seperti beri’tiqadkan pisau boleh memutuskan dan api sendiri boleh menghanguskan, maka i’tiqad ini ijma’ ‘ulama’ menghukumkan kafir.
- Beri’tiqad ka‘inat memberi bekas dengan kekuatan yang dijadikan Allah Ta’ala kepadanya seperti puak mu’tazilah beri’tiqad hamba yang menjadikan perbuatan dengan qudrat yang dijadikan Tuhan baginya hukumnya fasik lagi bid’ah.
- Beri’tiqad sesuatu tiada memberi bekas dengan tabiat dan tiada memberi bekas dengan kekuatan, maka yang
memberi bekas ialah Tuhan, tetapi di’itiqadkannya berlazim-laziman antara sebab yang bcr‘adat dan antara yang disebabkannya pada ‘aqal serta tiada boleh bersalahan sekali-kali seperti mengi’tiqadkan apabila makan mesti kenyang, hukumnya tidak kufur tetapi jahil hukum ‘adat dan mudharatnya terkadang-kadang membawa kepada kufur tatkala melazat i’tiqadnya pada mengingkarkan tiap-tiap yang menyalahi ‘adat seperti mu’jizat bagi rasul-rasul dan bangkit segala jasad pada hari qiamat. - Beri’tiqad sesuatu tiada memberi bekas dengan tabiat dan dengan kekuatan, hanya yang memberi bekas Allah Ta’ala semata-mata serta tiada berlaziman antara sebab yang ber‘adat dan antara yang disebabkan, maka inilah i’tiqad yang betul lagi benar yang dinamakan i’tiqad Ahli As-Sunnah wal-Jama’ah.
Bagaimana kcnyataan menunjukkan kebenarannnya iaitu ada sebab tetapi tidak dapat musabbabnya sebagaimana yang berlaku pada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam dimasukkan ke dalam api tetapi tiada hangus dan seperti berlaku pada Nabi Isma’il disembelih dengan pisau tetapi tiada putus.