Perbelanjaan Harta Wakaf
Jika harta Wakaf tersebut memerlukan kepada perbelanjaan seperti memberi makan haiwan ternakan, membaiki bangunan atau membaiki alatan, maka perbelanjaan untuk harta Wakaf ini perlu berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh pewakaf, sama ada daripada hartanya sendiri, atau daripada harta Wakaf.
Sekiranya tidak dinyatakan sebarang syarat, maka perbelanjaannya diambil daripada hasil harta Wakaf sekiranya ada. Jika tiada hasil, atau pun hasilnya berkurangan, maka perbelanjaannya Wajib ditanggung oleh Baitulmal, kerana ia ditubuhkan untuk kepentingan orang-orang Islam. Mengeluarkan perbelanjaan untuk harta wakaf akan mendatangkan kebaikan kepada mereka.