Lelaki yang Boleh Mewarisi Pusaka Jika Semua Waris Lelaki Hidup
Apabila semua waris lelaki yang disebutkan tadi hidup ketika kematian si mati, maka hanya tiga golongan sahaja yang layak menerima pusaka, kerana mereka tidak boleh dihijab (dihalang) sama sekali. Sementara yang lain pula hilang kelayakan untuk mewarisi pusaka menurut ijmak ulamak, kerana mereka telah dihijab.
Oleh itu, yang mendapat pusaka ialah bapa (al-ab), anak lelaki (al-ibnu) dan suami (az-zauj).