Hikmah Disyariatkan Hadhonah

Hikmah Disyariatkan Hadhonah

Hikmah disyariatkan hadhonah ialah untuk menyusun tanggung jawab berkaitan penjagaan dan pendidikan kanak-kanak yang masih kecil. Ini kerana, boleh jadi suami isteri berpisah, atau hidup tanpa persefahaman, atau berada dalam kesempitan untuk mendidik anak kecil mereka. Jika perkara ini dibiarkan berterusan dan tidak ada perkembangan positif yang berlaku, malah lebih meruncing, ia sudah tentu akan menganiaya kanak-kanak yang masih kecil. Boleh jadi apa yang berlaku menjadi penyebab kecelakaan dan kehancuran masa depan anak-anak

Oleh itu, perlu wujud peraturan menyeluruh yang menentukan pihak yang bertanggung jawab dalam menjaga dan mendidik anak-anak kecil. Penentuan tersebut hendaklah dilakukan berdasarkan pertimbangan agar kebajikan anak-anak tidak terjejas sekiranya berlaku pepecahan atau perselisihan di antara para penjaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *