Bagaimana Tidak Dapat Memenuhi Syarat Penjagaan Dapat Disahkan?

Bagaimana Tidak Dapat Memenuhi Syarat Penjagaan Dapat Disahkan?

Seseorang yang tidak dapat memenuhi salah satu daripada syarat penjagaan dapat disahkan melalui salah satu daripada tiga cara berikut:

  1. Pengakuan penjaganya (ibunya)
    Jika ibu mengakui dia telah berkahwin lain, atau menghidapi penyakit kronik dan berpanjangan, hak penjagaannya gugur.
  2. Dakwaan dan protes
    Apabila ada orang yang mendakwa penjaga kanak-kanak itu tidak dapat memenuhi salah satu syarat penjagaan, dan dikemukakan dengan bukti yang kukuh, ketika itu hak penjagaan penjaga itu gugur.
  3. Ketetapan qadi
    Jika hakim atau qadi meragui syarat-syarat yang ada pada penjaga kanak-kanak itu, dan dia bertindak mencari kepastian, apabila dipastikan penjaga itu tidak memenuhi salah satu daripada syarat penjagaan, dia hendaklah rnenggugurkan hak penjagaan penjaga itu.

Kesan Tidak Dapat Memenuhi Syarat Penjagaan

Kesan Tidak Dapat Memenuhi Syarat Penjagaan

Apabila seseorang tidak dapat memenuhi salah satu daripada enam syarat di atas, hak penjagaannya akan gugur dan berpindah kepada pihak yang selepasnya mengikut urutan.-iaitu kepada nenek, kemudian adik beradik perempuan, kemudian ibu saudara dan seterusnya.

Syarat-syarat Mendapat Hak Penjagaan (Hadhonah)

Syarat-syarat Mendapat Hak Penjagaan (Hadhonah)

Untuk mendapatkan hak penjagaan, syarat-syarat berikut hendaklah dipenuhi: “

  1. Berakal ‘
    Oleh itu, hak penjagaan tidak diberikan kepada orang gila lelaki atau perempuan, walau pun gilanya datang sekali sekala. Ini kerana hak penjagaan adalah hak penguasaan (hak al-wilayah). Orang gila tidak boleh menjadi wali (tidak mempunyai hak al-wilayah) kerana dia tidak boleh menjaga dan mengawal. Sedangkan dirinya sendiri memerlukan penjagaan dan pengawasan.
  2. Islam
    Jika kanak-kanak tersebut seorang Islam walau daripada segi hukumnya sahaja (iaitu ketika ibu atau bapanya Islam), dia mestilah mengikut ibu atau bapanya yang paling mulia daripada segi agamanya.
    Orang kafir tidak harus diberikah hak penjagaan kanak-kanak Islam. Ini kerana hak penjagaan adalah hak penguasaan (hak al-wilayah). Orang kafir tidak mempunyai hak penguasaan (hak al-wilayah) terhadap orang-orang Islam. Juga kerana, dia mungkin mengubah agama anaknya dengan apa Cara sekalipun. Tetapi jika kanak-kanak tersebut seorang kafir, orang Islam atau kafir boleh menjaganya.
  3. ‘Iffah dan Amanah
    Maksud ’iffah dan amanah ialah penjaga bukan seorang fasik.
    Ini kerana orang fasik tidak boleh menjadi Wali dan tidak boleh
    dipercayai untuk menjaga sesuatu amanah. Oleh itu, penjaga kanak- kanak seharusnya adil, mempunyai harga diri (tidak mengikut hawa
    nafsu) dan mempunyai pegangan agama. Keadilan ditentukan berdasarkan pandangan zahir sahaja. Ia tidak memerlukan penyaksian dan keterangan. Kecuali jika kelayakan dan keadilannya dipertikaikan. Ketika itu, qadi (hakim) memerlukan bukti dan keterangan untuk mempastikan keadilannya.
  4. Bermukim
    Orang yang berhak mendapat hak penjagaan kanak-kanak ialah orang yang bermukim di tempat kanak-kanak tersebut berada. Jika ibu (yang berhak menjaga anaknya) keluar musafir kerana sesuatu keperluan seperti menunaikan haji, berniaga, melancong atau sebagainya dan tidak mampu membawa anaknya bersama, orang yang tinggal di tempat anaknya berada lebih berhak menjaga anaknya sehinggalah dia pulang. Ibu hendaklah menyerahkan anak itu kepada ibunya (nenek) sepanjang ketiadaannya. Jika musafir itu bermaksud berpindah ke tempat lain tanpa niat untuk kembali, situasi ini tidak mengugurkan hak penjagaan sekiranya jalan yang dilalui dan destinasi yang ditujui selamat. Jika kedua ibu bapa terpaksa keluar bermusafir kerana sesuatu keperluan, hak ibu terus kekal dan musafir tersebut tidak menjadi penghalang untuk dia mendapatkan hak penjagaan anaknya.
  5. Ibu Tidak Berkahwin dengan Lelaki Lain
    Hak penjagaan yang dimiliki oleh ibu akan gugur jika dia Berkahwin dengan lelaki lain, sekalipun dia belum disetubuhi oleh suaminya atau suaminya reda anak tirinya itu tinggal bersamanya.
    Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

    Kamu (wahai si ibu) lebih berhak menjaga anak kamu selagi kamu tidak berkahwin.’ 1 Riwayat Abu Daud dalam kitab talak, bab siapa yang lebih berhak terhadap anak, n0. 2276.
    Dalil logik (aqli) yang menunjukkan gugurnya hak ibu apabila dia telah berkahwin dengan lelaki lain ialah dia akan sibuk menunaikan hak suaminya. Oleh itu tidak ada jaminin dia akan terus menjaga dan memberi perhatian kepada anaknya.
    Walau bagaimanapun, terdapat dua keadaan yang dikecualikan
    daripada hukum ini:
    i. Bapa kepada anak dan suami kepada bekas isterinya (bapa tiri kepada anak) bersetuju supaya anak itu tinggal bersama ibunya. Keadaan ini mengekalkan hak ibu menjaga anak itu, dan menggugurkan hak nenek.
    ii. Suami ibu yang baru (ayah tiri) adalah kaum keluarga kanak-kanak itu dan di kalangan mereka yang mempunyai hak penjagaan terhadapnya, sekalipun kedudukan dalam hierarki kekeluargaan agak jauh. Dalam keadaan ini, hak ibu menjaga anaknya tidak gugur jika suaminya bersetuju menjaganya.
    Ini kerana suami tadi mempunyai hak penjagaan terhadap kanak-kanak tersebut (anak tirinya). Juga kerana suami juga mempunyai perasaan kasih dan sayang yang mendorongnya bekerjasama dengan si ibu (isterinya) bagi menjaga dan memberikan perhatian kepadanya.
  6. Tidak Menghidap Sakit yang Berpanjangan atau Penyakit Kronik
    Jika ibu menghidap sakit yang kronik seperti batuk kering, separuh lumpuh, buta atau pekak, dia tidak berhak menjaga anaknya. Ini kerana keuzuran dirinya menyebabkan dia tidak dapat menunaikan hak anaknya dengan baik.

Hikmat Kanak-kanak Mumayyiz Boleh Memilih Ibu atau Bapanya

Hikmat Kanak-kanak Mumayyiz Boleh Memilih Ibu atau Bapanya

Kita telah mengetahui sebab-sebab kenapa ibu lebih diutamakan dalam menjaga anaknya. Kita juga mengetahui kenapa masa penjagaan berakhir setelah kanak-kanak tersebut mumayyiz
Ini kerana kanak-kanak yang belum mumayyiz amat memerlukan penjagaan ibunya. Bapa atau lelaki lain tidak mampu memenuhi keperluan tersebut

Kafalah berbeza daripada hadhonah kerana ia adalah penjagaan umum. Ibu atau bapa mampu menjaga anak mereka disebabkan anak tersebut telah mampu menguruskan kebanyakan urusan hidup sendirinya. Juga disebabkan anak tersebut pada ketika itu, secara umumnya sudah mempunyai kemampuan berfikir. Sesuai dengan keadaan ini, anak-anak diberi pilihan untuk memilih salah seorang daripada ibu bapa mereka atau sesiapa yang mampu menggantikan tempat ibu bapa mereka. Dia boleh pilih siapa yang disukainya.

Tempoh Penjagaan Anak

Tempoh Penjagaan Anak

Dari perspektif syarak, tempoh penjagaan kanak-kanak berterusan sehingga setelah sempurna sifat mumayyiznya. Maksud mumayyiz ialah kanak-kanak tersebut boleh menguruskan urusan hidup yang khusus untuk mereka tanpa memerlukan bantuan orang lain

Maksud urusan hidup yang khusus untuk mereka ialah mengambil makanan dan minuman, membuang air besar, membersihkan diri daripada kotoran, boleh bersuci seperti mengambil Wudhu’ dan sebagainya. Biasanya, umur mumayyiz ialah tujuh tahun. Apabi1a kanak-kanak itu telah mencapai usia tujuh tahun dan telah mumayyiz, maka tempoh hadhonah dikira telah selesai

Dari saat itu bermulalah satu peringkat yang lain dalam penjagaan iaitu kafalah.
Jika kanak-kanak tersebut telah mencapai usia tujuh tahun dan telah mumayyiz, dia diberi pilihan untuk memilih antara kedua ibubapanya. Sesiapa yang terpilih, dialah yang berhak menjaganya

Dalilnya ialah hadis daripada Abu Hurairah r.a.:
Nabi s.a.w telah memberi pilihan kepada seorang kanak-kanak di antara ibunya dan bapanya.’
Dalam satu riwayat di sisi Abu Daud dan selainnya disebabkan:
Seorang perempuan datang mengadu: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya bekas suamiku ingin mengambil anakku. Anakku telah memberiku minum daripada telaga Abu ‘Inabah, Sesungguhnya dia amat bermanfaat kepadaku.” Rasulullah s.a.w. bersabda (kepada perempuan itu dan bekas suaminya): “Buatlah undian untuk mendapatkan anak kamu.” Bekas suami perempuan tersebut berkata: “Siapa yang mahu bertelagah denganku pada anakku?”Nabi s.a.w. bersabda (kepada si anak): “Ini bapa kamu, dan ini ibu kamu. Peganglah tangan sesiapa yang kamu pilih. ”Anak tersebut memegang tangan ibunya, lalu si ibu beredar membawa anaknya pulang

I Riwayat Tirmizi dalam kitab hukum-hakam, bab hadis tentang memberi pilihan kepada kunak-kanak di antara kedua ibubapanya apabila mereka telah berpisah, no. 1357.
2 Abu Daud dalam kitab talak, bab siapakah yang lebih berhak terhadap anak, no. 2277; dan lain-Iain.

Maksud telaga Abu Inabah ialah telaga tertentu. Zahir hadis menunjukkan ia terletak di tempat yang jauh. Perempuan tersebut bermaksud: anaknya telah besar dan mampu menolongnya. Dialah yang mendidiknya ketika kecil, ketika anaknya tidak dapat memberikan apa-apa pertolongan kepadanya

Jika kanak-kanak mumayyiz tersebut memilih bapanya, kemudian bapanya hilang atau tidak layak menjaganya lagi, datuk atau keturunan di atas yang lebih berhak menggantikannya

Seterusnya ialah adik beradik lelaki dan bapa saudara sebelah bapa. Seterusnya anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa (sepupu) sewaktu ketiadaan mereka berdua. Begitulah seterusnya berdasarkan turutan yang telah kami sebutkan sebelumy ini

Jika anak itu adalah seorang gadis yang boleh memikat hati atau gadis remaja (hampir mencapai umar baligh), dia tidak boleh diletakkan di bawah jagaan sepupunya. Jika tidak ada kaum keluarga selain sepupunya, dia wajib dijaga oleh seorang pérempuam yang boleh dipercayai dan dibantu oleh sepupunya.


Ketika Terdapat Semua Waris Lelaki dan Perempuan

Ketika Terdapat Semua Waris Lelaki dan Perempuan

Jika terdapat semua waris lelaki dan perempuan, dan masing-masing ingin mendapatkan hak penjagaan, pihak yang diberikan keutamaan adalah berdasarkan susunan berikut;
1. Ibu, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud sebelum ini. Juga kerana (sebagaimana yang disebutkan sebelum ini), ibu lebih mengasihi dan menyayangi anaknya.
2. Nenek (ibu kepada Wu) dan ke atas. Kerana kasih sayang yang mereka miliki lebih hampir kepada kasih sayang seorang ibu. Didahulukan pihak terdekat di kalangan yang dekat.
3. Bapa kerana dia adalah asal kepada keturunan.
4. Nenek (ibu kepada bapa), seterusnya datuk (bapa kepada bapa)
5. Adik beradik perempuan seibu sebapa, seterusnya adik beradik lelaki seibu sebapa dan begitulah seterusnya.

Jika mereka berada pada kedudukan yang sama (dalam hieraki kekeluargaan), dan mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan seperti adik beradik seibu sebapa, adik beradik perempuan perlu diutamakan daripada adib beradik lelaki memandangkan kemampuan dan kelayakan mereka dalam menjaga anak-ana

Jika kesemuanya lelaki, atau kesemuanya perempuan dan masing-masing ingin mendapatkan hak penjagaannya, undian perlu dilakukan. Sesiapa yang menerima undian tersebut, mereka yang lebih berhak menjaga kanak-kanak itu.

Hak Penjagaan Pihak Lelaki

Hak Penjagaan Pihak Lelaki

Kita telah jelaskan bahawa hak perempuan lebih utama kerana mereka lebih layak menjaganya. Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak tersebut tidak mempunyai sanak saudara perempuan, atau pun ada tetapi tidak mahu menjaganya, adakah hak ini akan berpindah kepada lelaki? Ya, hak penjagaan ini akan berpindah kepada lelaki.
Dalam hal ini, waris mahram mengikut susunan pembahagian
harta pusaka diberikan keutamaan. Hanya datuk sahaja yang didahulukan daripada adik-beradik lelaki. Seterusnya waris yang bukan mahram mengikut susunan pembahagian harta pesaka

Oleh itu mereka yang diberikan keutamaan adalah berdasarkan susunan berikut:
# Bapa, datuk dan ke atas.
# Adik-beradik lelaki seibu sebapa, adik-beradik lelaki sebapa, anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa, anak lelaki kepada adik beradik lelaki sebapa, bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan bapa saudara sebelah bapa sebapa. Seterusnya anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa sebapa.
Pihak yang lebih hampir dalam hubungan kerabat diberikan keutamaan dalam hak penjagaan anak kerana biasanya, keluarga terdekat lebih kasih daripada keluarga yang jauh. Mereka juga lebih prihatin terhadap hak penjagaan, pendidikan dan maslahah (kepentingan) anak-anak.

Siapa yang Lebih Berhak Menjaga Anak-anak

Siapa yang Lebih Berhak Menjaga Anak-anak

Pasangan suami isteri yang bercerai dan mempunyai anak lelaki ataupun perempuan yang masih kecil dan belum mencapai usia mumayyiz, ibu lebih berhak terhadap hak penjagaannya

Sebab Ibu Lebih Berhak térhadap Hak Penjagaan

Ibu lebih berhak daripada bapa dalam menjaga anak kecil kerana:

  1. Seorang ibu lebih kasih dan lebih sabar menanggung beban_an
    menjaga dan mendidik anak kecil.
  2. Ibu lebih lembut dalam menjaga dan mendidik anak-anak. Ibu
    juga lebih mampu mémberikan kasih-sayang dan kecintaan
    yang diperlukan oleh anak-anak kecil.

Dalil Ibu Lebih Berhak terhad ap Hak Penjagaan

Dalil hak penjagaan adalah hak ibu, dan dia lebih layak daripada bapa ialah hadis Rasulullah s.a.w.:
Abdullah bin Amru r.huma. berkata:
Seorang wanita datang berjumpa Rasulullah s..a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perut akulah yang mengandungnya, susu akulah yang diminumnya, dan riba akulah tempat ribaanya. Bapanya telah menceraikanku, dan sekarang dia ingin mengambil anakku. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Kamu lebih berhak ke atas anak itu (daripada bekas suamimu) selagi kamu tidak berkahwin”

1 Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kitab talak, bab siapa yang lebih berhak terhadap anak, no. 2276.

Selepas Ibu, Siapakah yang Lebih Berhak?

Jika ibu kepada anak tersebut tiada, atau ada tetapi tidak mahu menjaganya, orang yang lebih berhak menjaganya ialah nenek sebelah ibu (ibu kepada ibu) dan ke atas. Tujuannya supaya nenek melalui sifat keperempuanannya dapat rnemberikan penjagaan dan kasih sayang kepada anak tersebut. Didahulukan pihak terdekat di kalangan yang dekat

Selepas itu nenek sebelah bapa, seterusnya ibu-ibu kepada nenek tersebut (moyang). Didahulukan pihak terdekat di kalangan yang dekat.
Seterusnya adik-beradik perempuan seibu sebapa. Kemudian adik-beradik perempuan sebapa. Kemudian adik beradik perempuan seibu.
Selepas itu ibu saudara sebelah ibu dan kemudiannya ibu saudara- sebelah bapa.
Seterusnya anak-anak saudara perempuan daripada adik-beradik lelaki. Kemudian anak-anak saudara perempuan daripada adik-beradik perempuan

Rahsia Perempuan Diutamakan dalam Hak Penjagaan Anak

Rahsianya ialah sebagaimana juga seorang ibu, perempuan kebiasaamnya lebih lembut dalam menjaga anak-anak. Dia lebih banyak bersabar menghadapi kerenah anak-nanak dan lebih mampu memberikan kasih-sayang kepada mereka.

Hikmah Disyariatkan Hadhonah

Hikmah Disyariatkan Hadhonah

Hikmah disyariatkan hadhonah ialah untuk menyusun tanggung jawab berkaitan penjagaan dan pendidikan kanak-kanak yang masih kecil. Ini kerana, boleh jadi suami isteri berpisah, atau hidup tanpa persefahaman, atau berada dalam kesempitan untuk mendidik anak kecil mereka. Jika perkara ini dibiarkan berterusan dan tidak ada perkembangan positif yang berlaku, malah lebih meruncing, ia sudah tentu akan menganiaya kanak-kanak yang masih kecil. Boleh jadi apa yang berlaku menjadi penyebab kecelakaan dan kehancuran masa depan anak-anak

Oleh itu, perlu wujud peraturan menyeluruh yang menentukan pihak yang bertanggung jawab dalam menjaga dan mendidik anak-anak kecil. Penentuan tersebut hendaklah dilakukan berdasarkan pertimbangan agar kebajikan anak-anak tidak terjejas sekiranya berlaku pepecahan atau perselisihan di antara para penjaga.

Pengertian Hadhonah

Pengertian Hadhonah

Daripada segi bahasa, hadhonah ( ) diambil daripada perkataan al-hidhnu, ( ) yang bermaksud: lambung badan (tepi atau sisi badan). Ini kerana penjaga mengambil orang yang dijaga lalu diletakkan di sisinya

Hadhonah daripada segi istilah syarak ialah menjaga seseorang yang tidak dapat menguruskan dirinya dan mendidiknya dengan pelbagai elemen sesuai dengan perkembangan. Bagi kanak-kanak yang masih kecil, hadhonah berakhir sehinggalah umurnya mumayyiz

Menjaga dan mendidik kanak-kanak selepas umur munmayyiz sehingga baligh tidak dinamakan hadonah tetapi kafalah ( ).