Khiyar Syarat

2. Khiyar Syarat

Khiyar syarat berlaku apabila salah satu pihak atau kedua-dua pihak menetapkan syarat dia mempunyai hak khiyar iaitu hak untuk membatalkan kontrak dalam tempoh tertentu. Syarat ini boleh dinyatiakan ketika memeterai kontrak atau pun selepas daripada itu, tetapi mestilah sebelum mereka berpisah dari majlis tersebut. Khiyar ini dinamakan khiyar syarat kerana pihak yang terlibat meletakkan syarat tertentu.

Khiyar ini perlu memenuhi beberapa syarat berikut:

i. Mestilah terhad kepada tempoh tertentu.

Jika mereka berkata: Saya berhak menuntut khiyar, tanpa dihadkan pada tempoh tertentu, khiyar tersebut tidak sah. Begitu juga jika mereka menghadkan khiyar tersebut ke suatu tempoh yang tidak diketahui. Contohnya, hanya beberapa hari, atau pun sehingga datang si fulan, atau sebagainya. Pendapat yang sahih menyatakan, dalam keadaan ini jual beli tersebut terbatal kerana wujud unsur risiko dan ketidak jelasan.

ii. Tempoh yang ditetapkan tidak boleh melebihi tiga hari jika barangan tersebut tidak mudah rosak dalam tempoh tersebut.

Biasanya, masa untuk berfikir tidak perlu melebihi tempoh tersebut. Oleh itu, jual beli tersebut dianggap terbatal jika melebihi tempoh tersebut walaupun sesaat. Begitu juga jual beli akan terbatal, jika barangan tersebut akan rosak dalam tempoh yang ditetapkan walaupun tempoh tersebut tidak sampai tiga hari.

iii. Tempoh mestilah berturutan dan bersambung dengan kontrak.

Jika disyaratkan khiyar tersebut bermula selepas mereka berpisah atau ditetapkan pada hari-hari tertentu yang tidak berturutan atau tempoh khiyar tidak bermula sebaik sahaja kontrak dimeterai, jual beli tersebut tidak sah dan kontrak tersebut terbatal. Sebabnya mereka meletakkan syarat yang tidak sesuai dan tidak diterima oleh syarak. ‘

Dalil pendapat ini ialah hadis Hibban bin Munqiz r.a.;

Suatu ketika dia mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa dia telah ditipu ketikajual beli. Lantas Nabi s.a.w. bersabda kepadanya: “Jika engkau berjual beli katakanlah: Tidak boleh ada penipuan. ”

Dalam riwayat lain disebut:

‘Saya berhak menuntut khiyar dalam tempoh tiga hari’.

Menurut ulama, hadis ini jelas membenarkan Hibban r.a. membuat khiyar, sama ada sebagai penjual mahupun sebagai pembeli. Tidak ada sebarang dalil yang menunjukkan kebenaran ini hanya diberikan kepada beliau sahaja walaupun hak ini dinyatakan kerana kes yang membabitkan beliau. Para ulama menyatakan, pengajaran diambil berdasarkan lafaz yang umum bukan berdasarkan sebab yang khusus. Dengan itu, hadis ini adalah umum membabitkan semua bentuk jual beli serta melibatkan semua penjual dan pembeli. Melainkan jika wujud dalil lain yang tidak membenarkan khiyar dalam jual beli tersebut seperti jual beli riba dan salam. Kes ini akan dijelaskan nanti.

Mensyaratkan Khiyar untuk Orang Lain

Selain dibenarkan pihak yang mengikat kontrak menetapkan syarat boleh khiyar untuk dirinya, dia juga boleh menetapkan syarat boleh khiyar untuk orang lain iaitu pihak yang tidak terlibat dalam kontrak tersebut. Sebabnya, syarak membenarkan khiyar demi keperluan dan kepentingan pihak yang terlibat dan bertujuan mengelak sebarang penipuan dan kemudaratan kepada pihak yang mengikat kontrak.

Mungkin tujuan ini tidak tercapai jika hak melakukan khiyar hanya berada pada tangan pihak yang berkontrak kerana kekurangan pengalaman, sedangkan ada orang lain yang lebih berpengetahuan tentang barangan yang dijual berbanding dirinya. Dengan ini wujud keperluan supaya hak melakukan khiyar diberikan kepada pihak ketiga. Sebetulnya, dalam keadaan ini, hak khiyar dimiliki oleh orang yang diberikan hak tersebut iaitu pihak ketiga. Ia tidak lagi dimiliki oleh pihak yang memberikan hak tersebut iaitu pihak yang mengikat kontrak.

Bilakah Hak Khiyar Dibatalkan?

Apabila pihak yang mempunyai hak khiyar memilih untuk membatalkan kontrak, maka kontrak tersebut dianggap batal. Contohnya, apabila dia berkata: Saya batalkan jual beli ini. Atau pun apabila hak khiyar berada di tangan pihak penjual dan dia berkata: Saya menarik balik barangan yang saya jual ini. Atau pun pihak pembeli berkata: Saya menarik balik bayaran ini. Atau pun apa sahaja tindakan yang seumpama itu.

Jika sesuatu kontrak jual beli dianggap terlaksana jika hak khiyar terbatal, hak khiyar syarat pula dianggap terbatal dengan sebab-sebab berikut:

i. Tamat tempoh yang disyaratkan.

Setelah tamat tempoh yang ditetapkan, dan kontrak tersebut tidak dibatalkan oleh pemegang hak khiyar, sama ada penjual atau pembeli atau kedua-duanya sekali, maka kontrak tersebut dianggap terlaksana dan khiyar tersebut terbatal. Tiada siapa lagi selepas itu berhak membatalkan kontrak tersebut.

ii. Jual beli tersebut diteruskan dan dipersetujui dalam tempoh khiyar.

Contohnya, pemegang hak khiyar berkata: Saya setuju dengan kontrak ini, atau pun saya bersetuju untuk meneruskannya atau saya memilih untuk menjual atau membelinya.

iii. Apabila pemegang hak khiyar melakukan sesuatu yang pada kebiasaannya hanya dilakukan oleh seorang pemilik.

Perbuatan ini menunjukkan dia bersetuju meneruskan jual beli tersebut dan membatalkan hak khiyarnya. Namun, ini hanya berlaku jika pemegang hak khiyar adalah pembeli. Jika tindakan tersebut lahir daripada penjual, tindakan itu menunjukkan kontrak tersebut telah dibatalkan.

Hukum Barangan dalam Tempoh Khiyar

a. Hak Milik Barangan (Barang Jualan) dalam Tempoh Khiyar
Jika kedua-dua pihak memegang hak khiyar, hak milik
lmrangan tersebut dibekukan sehingga ada keputusan sama ada
kontrak tersebut diteruskan atau dibatalkan.
Sekiranya kontrak tersebut dibatalkan, hak milik barangan
usrsebut kekal sebagai hak milik penjual. Jika jual beli tersebut
diteruskan, barangan tersebut menjadi hak milik pembeli bermula
daripada tarikh kontrak dimeterai dan bayaran kepada barangan
tersebut menjadi milik penjual.
Dengan ini, kedua-dua pihak yang mengikat kontrak akan
memperolehi zawaid (hasil tarnbahan) dan manafi’ (manfaat)
berdasarkan kesahihan hak milik bermula pada tarikh kontrak
Lorsebut. Contoh zawaid (hasil tambahan) ialah buah-buahan dan
susu. Contoh manafi’(manfaat) ialah sewa rumah, sewa kereta atau
nebagainya. Sebagai timbal balasnya, mereka terpaksa menanggung
sebarang kos pengurusan atau makanan bagi barangan yang sah
menjadi hak milik mereka pada taxikh kontrak tersebut, seperti
makanan haiwan, baik pulih kenderaan dan sebagainya.
Jika pemegang hak khiyar hanya dimiliki oleh satu pihak
sahaja, barangan tersebut menjadi hak miliknya kerana hanya dia
sahaja yang mempunyai hak menggunakan barangan tersebut. Ini
bermakna hanya dia sahaja yang berhak memperolehi segala hasil
dan dia sahaja yang menanggung segala kos.

___________________________________

1 [Riwayat al-Bukhari, Jual beli, Bab bila tidak ditetapkan masa ketika khiyar, no. 2003; Muslim, Jual beli, Bab hak khiyar majlis untuk dua pihak yang berjual beli, no. 1531
2 [Lihat al-Bukhari, Jual beli, Bab Berapa hari dibenarkan khiyar, no. 2001]
3 [Lihat al-Bukhari, Jual beli, Bab apabila membeli sesuatu dan diberikan pada ketika itu, no. 2010]

1 [Al-Bukhari, Jual beli, Bab helah yang makruh dalam jual beli, no. 2011. Al-Baihaqi, jld. 5 hal. 273]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *