Kematian Penerima Wakaf

Kematian Penerima Wakaf

1. Jika penerima wakaf tersebut meninggal dunia dan pewakaf ada menentukan penerima lain, jika penerima pertama meninggal dunia, maka harta wakaf tersebut berpindah kepada penerima kedua. Contohnya, pewakaf berkata:  “Saya mewakafkan rumah ini atau kereta ini kepada anak saya kemudian kepada fakir miskin.”
Walau bagaimanapun, jika tidak ditetapkan penerima lain, maka harta tersebut kekal sebagai harta wakaf, dan diserahkan kepada orang yang paling hampir kepada pewakaf selepas kematian penerima pertama.

2. Jika diwakafkan kepada dua orang kemudian kepada fakir miskin, seperti dia berkata:_“Saya mewakafkan tanah saya untuk Zaid dan Umar, kemudian diserahkan kepada fakir miskin,” lalu salah seorang daripada mereka berdua meninggal dunia, maka harta tersebut diserahkan kepada orang kedua, kerana pewakaf mensyaratkan harta tersebut hanya berpindah kepada fakir miskin sekiranya kedua-dua mereka meninggal dunia, dan ini belum berlaku.

3. Jika diwakafkan kepada dua orang mengikut bahagian, seperti dia berkata: “Saya mewakafkan untuk setiap seorang separuh rumah ini, kemudian diserahkan kepada fakir miskin,” maka di sini ada dua harta wakaf. Oleh itu, bahagian salah seorang daripada mereka tidak diserahkan kepada seorang lagi, malah diserahkan kepada fakir miskin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *