Bahagian Datuk dalam Pusaka
Sebagaimana disebutkan sebelum ini, datuk merupakan pewaris yang rnenerima pusaka melalui fardh. Dalam pada itu datuk juga termasuk dalam golongan ’ash0bah. Dengan ini kedudukan datuk sama seperti bapa; memperoleh pusaka melalui fardh, melalui ’ash0bah dan melalui kedua-duanya sekali fardh dan ’ash0bah. Walau bagaimanapun datuk berbeza dengan bapa dalam beberapa keadaan.
Perbezaan di antara Bapa dan Datuk
Datuk dan bapa berbeza dalam tiga keadaan:
Pertama: Jika adik beradjk lelaki atau perempuan seibu sebapa (ikhwah asyiqqa‘ atau akhawat syaqiqat) atau sebapa (ikhwah atau akhawat li-ab) ada bersama datuk, bapa akan menghijab (menghalang) mereka semua daripada menerima pusaka. Sementara datuk pula hanya akan berkongsi pusaka bersama mereka. Saya akan detailkan kemudian.
Kedua: Dalam kes Umariyatain, jika tempat bapa digantikan oleh datuk, maka ibu memperoleh satu pertiga (1/3) pusaka bukannya satu pertiga (1/3) baki sebagaimana jika dia bersama bapa.
Ketiga: Bapa akan menghijab ibunya (nenek) tetapi datuk tidak.
Jika si mati mempunyai bapa dan nenek, iaitu ibu kepada bapa, nenek akan dihfiab olehbapa tetapi ia tidak dihijab oleh datuk kerana dia memperoleh pusaka ini tidak melalui datuk. Sememangnya datuk adalah seperti bapa kerana dia juga menghfiab ibunya kerana ibunya ini memperoleh pusaka melaluinya sama sepertimana ibu kepada bapa memperoleh pusaka melalui bapa.