- Minhajul Abidin bererti pedoman asas bagi para ahli Ibadah.
- Kitab tasawuf karangan Imam Al-Ghazali (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-Tuusi)
- Kitab ini ditulis menjelang wafatnya Imam Al-Ghazali (ditulis setelah Kitab Ihya Ulumuddin).
- Imam Al-Ghazali menggunakan istilah ‘aqabah yang bererti jalan mendaki yang sukar ditempuh (tanjakan), rintangan dan metod.
- Menurut Imam Al-Ghazali ada tujuh ‘aqabah yang dapat menyekat kualiti ibadah serta faktor-faktor yang menghalang komunikasi seorang hamba dengan Tuhan.
- Tujuh tanjakan tersebut mesti ditempuh oleh setiap hamba untuk meningkatkan kualiti ibadahnya kepada Allah.
TUJUH ‘AQABAH
- ‘AQABAH ILMU
- ‘AQABAH TAUBAT
- ‘AQABAH PENGHALANG
- ‘AQABAH GODAAN (KEDATANGAN GANGGUAN-GANGGUAN RINTANGAN)
- ‘AQABAH PENDORONG
- ‘AQABAH PERUSAK
- ‘AQABAH PUJI DAN SYUKUR
1. ‘AQABAH ILMU
KEPENTINGAN ILMU IBADAT
- ILMU ADALAH PAKSI TEMPAT PERKISARAN EDARAN IBADAT
- ILMU DAN IBADAT ADALAH 2 BIJI PERMATA YANG BERHARGA
- KERANA ILMU DAN IBADAT ITULAH DITURUNKAN KITAB-KITAB SUCI DAN DIUTUSKAN PARA RASUL
- KERANA KEDUA-DUANYALAH DIJADIKAN LANGIT DAN BUMI SERTA APAYANG ADA PADANYA
“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadat kepadaku.” 56 – Azzariyat
5. Ilmu dan ibadat juga adalah maksud daripada penciptaan dunia dan akhirat
YANG MANA DULU….? BERAMAL SEBELUM BERILMU…?
SABDA NABI SAW :
العلم- إمام العمل والعمل تابعه –
Ilmu itu adalah imam dan amal itu adalah makmum (Dikeluarkan antaranya oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (1/127), Ibn Abdil Bar dalam Jami’ Bayan al-`Ilm wa Fadhlihi (no. 202) dan lain-lain).
NABI SAW BERSABDA MAKSUDNYA:
«فَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ»
“SESUNGGUHNYA KELEBIHAN ORANG ALIM DIATAS ORANG ABID SEPERTI KELEBIHAN DIRIKU DIATAS ORANG YANG PALING RENDAH MARTABATNYA DARIPADA KAMU (at-Tirmizi)
“TIDAK DAPAT TIADA SEORANG HAMBA YANG MEMPUNYAI ILMU ITU MELAKUKAN AMAL IBADAT ,
JIKALAU TIDAK NESCAYA JADILAH ILMUNYA ITU SIA-SIA SEPRTI DEBU YANG BERTABURAN DITIUP ANGIN.”
“ILMU ITU DIIBARATKAN POKOK DAN IBADAH PULA DIIBARATKAN BUAHNYA”
TELAH BERKATA HASSAN BASRI :
“TUNTUTLAH OLEHMU ILMU INI SEBAGAI TUNTUT YANG TIDAK MEMBERI MUDHORAT KEPADA IBADAT, DAN TUNTUTLAH IBADAT INI SEBAGAI TUNTUT YANG TIDAK MEMBERI MUDHORAT KEPADA ILMU.”
KEPENTINGAN MENDAHULUI ILMU DARIPADA IBADAT :
- MENGHASILKAN IBADAT YANG SEBENAR DAN TERSELAMAT DARIPADA CACAT CEDERA
- ILMU YANG BERMANFAAT ITU AKAN MEMBUAHKAN RASA TAKUT DAN HAIBAH KEPADA ALLAH TAALA
TIGA ILMU YANG WAJIB DITUNTUT:
- ILMU TAUHID
- ILMU FEQAH
- ILMU TASAWUF
Tahap kefardhuan dalam ilmu tauhid:
Sekadar dapat mengetahui tentang usuluddin mengenai ketuhanan, kenabian dan perkara-perkara sam’iyat seperti malaikat dan perkara yang berkaitan dengan alam akhirat .
Tahap kefardhuan dalam ilmu tasawuf:
Mengenal segala yang diwajibkan dan segala yang dilarang sehingga terhasil perasaan mengagungkan Allah Taala ikhlas baik niat serta terselamat daripada cacat cedera.
Tahap kefardhuan dalam ilmu feqah:
Segala perkara yang difardhukan untuk dilaksana seperti bersuci, sembahyang dan puasa.
Adapun zakat ,haji dan jihad jika sudah tertentu fardhunya keatas anda nescaya anda wajib mengetahuinya, tetapi jika tidak menjadi kefardhuan kerana belum cukup syarat maka tidak wajib mengetahuinya.
Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambahkan ketakutan terhadap Allah, menambahkan peglihatan mata hati pada segala keaiban dan makrifat ibadat pada Tuhan,mengurangkan kegemaran pada dunia, menambah kegemaran pada akhirat,membuka mata hati pada perkara yang merosakkan amalan sehingga menampakkan segala tipu daya syaitan.
BERILMU TANPA BERGURU….? BERAMAL TANPA ILMU….?
Kata Imam Ghazali :
Ilmu tanpa amal adalah gila, amalan tanpa ilmu adalah sia-sia
ASAS-ASAS AQIDAH PARA SALAF
TAMAT AQABAH PERTAMA
SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN KEFAHAMAN YANG BAIK
DAN MEMBERIKAN PERTOLONGAN UNTUK MENGAMALKANNYA