Syarat Penyusuan yang Menjadikan Anak Susuan sebagai Mahram
Penyusuan tidak menjadi penyebab untuk mengkatagorikan anak susuan sebagai ahli keluarga atau mahram yang haram dikahwini melainkan apabila memenuhi dua syarat berikut:
1. Anak yang disusu belum mencapai usia dua tahun. Jika anak itu disusukan ketika usianya dua tahun lebih, penyusuan itu tidak menjadikannya mahram dan tidak dikatagorikan sebagai ahli keluarga ibu yang menyusukannya
Hukum ini berpandukan kepada firman Allah Taala:
Dan ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.
(Al-Baqarah: 233)
I Riwayat Bukhari dalam kitab syahadat, bab syahadah berkenaan keturunan, no. 2502; dan Muslim dalam kitab penyusuan, bab pengharaman anak perempuan saudara susuan, no. 1447.
Dan pemisahan susuannya adalah dalam masa dua tahun. (Luqman: 14)
Dalil daripada hadis pula ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Tidak sah penyusuan (yang mengharamkan) melainkan yang berlaku dalam masa dua tahun
Penyusuan tidaklah mengharamkan melainkan penyusuan yang membelah usus perut (masuk ke dalamnya dan mengenyangkan bayi) semasa menyusu, dan berlaku sebelum anak itu bercerai susu.
Maksud “sebelum anak itu bercerai susu ”ialah sebelum anak 1tu mencapai usia genap dua tahun, sebagaimana firman Allah Taala
Dan pemisahan susuannya adalah dalam masa dua tahun.
(Luqman: 14)
Aisyah r.ha. menceritakan:
Nabi s.a.w. masuk berjumpa beliau. Ketika itu terdapat seorang lelaki bersama beliau. Seolah-olah muka baginda berubah. Seolah-olah baginda membenci kehadirannya.
Aisyah pun berkata: ”Sesungguhnya dia adalah saudara susuanku.” Baginda bersabda: ”Lihatlah siapa saudara kamu. Sesungguhnya penyusuan itu menghilangkan kelaparan.
Maksud penyusuan itu menghilangkan kelaparan” ialah penyusuan mengharamkan jika dilakukan pada masa kanak-kanak itu merasa lapar kerana tidak menyusu dan kenyang apabila menyusu. Ini tidak berlaku melainkan sernasa kanak-kanak itu masih kecil.
Riwayat Daraqutni dalam kitab penyusuan, 4/174.
Riwayat Tirmizi dalam kitab penyusuan, bab hadis tentang penyusuan
mengharamkan melainkan semasa kecil, no. 1152, daripada Ummu Salamah r.ha..
Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab sesiapa yang berkata tidak ada penyusuan selepas dua tahun, no. 4814; dan Muslim dalam kitab penyusuan, bab sesungguhnya penyusuan kerana lapar, no. 1455.
2. Kanak-kanak itu disusu dengan lima kali susuan yang berasingan.
Sesuatu penyusuan itu dikira sebagai penyusuan yang berasingan atau tidak dengan melihat adat kebiasaan masyarakat setempat. Jika anak tersebut berhenti menyusu kerana kenyang, ia dikira sekali susuan. Tetapi jika anak itu berhenti menyusu kerana sendawa untuk rnengeluarkan angin, kemudian kembali menyusu, atau dia bertukar daripada payu dara ke payu dara satu lagi, ia dikira sekali susuan sahaja
Dalilnya ialah hadis berikut:
Aisyah r.ha. berkata:
Antara ayat-ayat al-Quran, yang pernah diturunkan adalah:
Sepuluh kali penyusuan yang dimaklumi mengharamkan.
Kemudian ia dinasakhkan (dibatalkan) dengan lima kali susuan sahaja. Kemudian Rasulullah s.a.w. diwafatkan, tetapi mereka masih membaca ayat lima kali susuan sebagai ayat al-Quran
Maksudnya, ayat lima kali susuan juga dimansukhkan bacaannya di akhir-akhir kewafatan Rasulullah s.a.w.. Walau bagaimanapun, sesetengah orang Islam masih membacanya sebagai ayat al-Quran, kerana mereka belum menerima berita ayat tersebut telah dimansukhkan.
Nabi s.a.w. bersabda:
Sekali atau dua kali penyusuan, begitu juga sekali atau dua kali hisapan susu tidaklah mengharamkan
I Riwayat Muslim dalam kitab penyusuan, bab pengharaman dengan lima kali susuan, no. 1452.
7 Riwayat Muslim dalam kitab penyusuan, bab sekali dan dua kali hisap, no. 1451, daripada Ummu al-Fadhli r.ha..