Adakah Ibu Wajib Menyusukan Bayinya atau Ia adalah Hak Ibu?

Adakah Ibu Wajib Menyusukan Bayinya atau Ia adalah Hak Ibu

Jika kamu mengatakan ibu Wajib menyusukan bayinya, ia bermaksud ibu Wajib melakukannya sama ada dia rela ataupun tidak. Ibu Wajib menyusukannya selagi dia mampu melakukannya serta tiada keuzuran dan sebab-sebab syarie yang menghalangnya. Jika kamu mengatakan penyusuan adalah hak ibu, ia bermaksud ibu boleh menentukan pilihannya sendiri. Jika dia memilih untuk menyusukan anaknya, suami dan orang-orang lain tidak boleh menghalang. Tetapi jika dia tidak mahu melakukannya suami mesti mencari seorang ibu susuan lain untuk menyusukan anaknya.
Apabila perbezaan di antara Wajib dan hak telah jelas, persoalannya apakah kedudukan sebenar masalah ini? Adakah ia merupakan hak atau kewajiban ibu.
Fatwa dalam mazhab Syafie menyatakan bahawa penyusuan adalah hak ibu, dan dia boleh menyusukan anaknya apabila ia mahu. Ia bukanlah kewajipan ke atasnya. Ibu tidak diwajibkan menyusukan anaknya melainkan jika tidak ada orang lain yang boleh menunaikan tanggungjawab tersebut. Ketika itu ibu Wajib menyusukan anaknya kerana keadaan terpaksa (dharurah).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *