KETIGA – LI’AN
Takrif li’an
Lian ( ) daripada segi bahasa bermaksud: menghalau dan menjauhkan. Antaranya: ungkapan ” ” yang bererti: Allah telah menghalau dan menjauhkannya. Li ’an dinamakan dengan nama ini kerana jauhnya hubungan di antara kedua-dua belah suami isteri terbabit
Li’an daripada segi istilah ialah beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina
Selain itu, ia dinamakan li ’an kerana perkataan-perkataan yang digunakan semasa melakukan li ’an mengandungi lafaz laknat; dan kerana kedua-dua belah pihak yang melakukan li’an menjauhkan diri di antara satu sama lain disebabkan li’an yang dilakukan.
______________________
1 Riwayat lbnu Majah dalam kitab talak, bab zihar, no. 2063; Abu Daud dalam kitab talak bab zihar, no. 2214; dan Hakim dalam al-Mustadrak, kitab tafsir, tafsir surah al-Mujadalah, 2/481.
Hikmat Disyariatkan Li ‘an
Hukum li’an berbeza dengan kandungan hukum qazaf (menuduh lelaki atau perempuan yang suci berzina). Dalam hukum qazaf, penuduh dikenakan hukuman kesalahan hudud, dan secara hukumnya tertuduh disabitkan tidak rnelakukan kesalahan yang dituduh oleh penuduh.
Apakah hikmat di sebalik perbezaan ini? Kenapa suami yang menuduh isterinya berzina tidak dikenakan hukuman qazaf
Jawapannya: seorang lelaki yang tidak bergelar suami tidak akan ber‘ada dalam keadaan terpaksa menuduh orang lain berzina sama ada dia berada di pihak yang benar atau tidak.
Malah adab Islam menuntut supaya seseorang muslim menutup keaiban dan keburukan orang lain yang terdedah kepadanya. Islam berpada dengan memberi nasihat secara diam-diam tanpa diwarwarkan kepada orang ramai.
Walau bagaimanapun, bagi seorang suami, dia seolah-olah terpaksa rnendedahkan hakikat yang berlaku dan perzinaan yang dilakukan oleh isterinya. Ini kerana perbuatan isterinya telah mencemarkan tempat tidurnya dan memconteng arang ke mukanya. Ia menjadi alasan yang dibenarkan oleh syarak untuk suami berpisah dengan isterinya.
Jika suami berpisah dengan isterinya melalui cara talak, dia pasti terjerumus ke dalam kezaliman lain. Ketika itu dia terpaksa menyerahkan sepenuhnya mas kahwin isterinya tanpa mempunyai sedikitpun hak terhadapnya sedangkan perpisahan yang berlaku disebabkan perlakuan buruk isterinya.
Oleh itu satu peraturan khusus diperlukan bagi menghadapi keadaan ini. Melalui peraturan ini, kedua-dua pihak akan mendapat keadilan dan tidak ada pihak yang menjadi korban kezaliman pihak satu lagi. Peraturan tersebut ialah hukum li’an yang kita akan bincangkan sebentar lagi.
Dengan ini kamu dapat mengetahui hikmat seorang suami menuduh isterinya berzina. Apabila ia dilakukan berdasarkan garis panduan yang digariskan oleh syariat Islam, suami tidak akan dikenakan hukuman hudud menuduh berzina. Manakala kesalahan qazaf, penuduh boleh dikenakan hukuman qazaf kerana tuduhan dusta yang dilakukan. Juga kerana dia tidak menghiraukan tuntutan menutup keaiban orang-orang Islam.
Suami pula, seboleh-bolehnya dia tidak mahu menuduh isterinya berzina secara dusta disebabkan pendustaan tersebut bagaikan menconteng arang kemuka sendiri dan menjatuhkan maruahnya. Suami dibenarkan membuka pekung isterinya kerana jika dia tidak berbuat demikian, ia bagaikan menconteng arang kemuka sendiri. Tindakannya itu juga boleh menjatuhkan maruah dan kredibilitinya di kalangan masyarakat.
Hukum Menuduh Isteri Berzina
Suami berhak menuduh isterinya berzina jika dia mengetahui isterinya telah berzina atau mempunyai sangkaan () yang kuat bahawa isterinya berzina, seperti jelas sekali isterinya berzina dengan seorang lelaki di samping dia sendiri melihat mereka berdua-duan di tempat tertutup. Suami diharuskan menuduh isteri berzina jika isterinya tidak mengandung akibat perzinaan tersebut.
Jika isteri mengandung dan suami mengetahui anak tersebut bukan anaknya, dia wajib menuduh isterinya berzina dan menafikan kandungan tersebut adalah anaknya. Ini kerana tidak menafikan kandungan tersebut sebagai anaknya memberi makna dia mernperakui anak tersebut adalah anaknya. Memperakui kandungan sebagai anaknya sendiri sedangkan sebenarnya tidak adalah haram sebagaimana haramnya menafikan hubungan keturunan (nasab) dengan anaknya séndiri.
Persoalannya, bagaimana cara untuk mengetahui kandungan tersebut bukan anaknya? Caranya ialah apabila dia belum lagi menyetubuhi isterinya; atau isterinya melahirkan anak kurang daripada tempoh enam bulan dari tarikh persetubuhan, dan enam bulan adalah tempoh hamil yang minima atau isteri melahirkan anak selepas empat tahun berlakunya persetubuhan. Ini kerana empat tahun adalah tempoh hamil yang maksima.
Apabila isteri melahirkan anak dalam keadaan di atas ternyatalah anak tersebut bukan anak suaminya. Ketika itu suami wajib menafikannya supaya anak tersebut tidak mempunyai hubungan keturunan (nasab) dengannya.
Cara Suami Meli’an Isterinya
Suami boleh dikenakan hukuman qazaf jika,,dia menuduh isterinya berzina melainkan dia membawa bukti. Buktinya ialah empat orang saksi termasuk dirinya sendiri. Inilah hukum qazaf umumnya.
Nabi s.a.w. bersabda kepada Hilal bin Umayyah r.a. sewaktu beliau menuduh isterinya berzina: ‘Kemukan bukti, atau kamu dikenakan hukuman hudud di atas belakang kamu.” Hilal berkata: ”Demi Tuhan yang mengutuskan Tuan membawa kebenaran, aku memang bercakap benar. Demi Allah, pasti Allah akan menurunkan wahyu yang membebaskan aku daripada hukuman. ”
Allah telah menurunkan hukum li‘an. Ia adalah cara untuk suami menyelamatkan diri daripada dikenakan hukuman qazaf apabila menuduh isterinya berzina. Kalau begitu, bagaimana li’an dilakukan?
Li’an dilakukan di hadapan hakim dengan dihadiri oleh sekumpulan manusia. Disunatkan ia dihadiri oleh ketua-ketua masyarakat dan orang-orang soleh, serta dilakukan di masjid di tempat yang tinggi, seperti di atas mimbar dan sebagainya. Ketika itu suami hendaklah berkata: “Aku bersaksi dengan Allah bahawa sesungguhnya aku berada di pihak yang benar dalam dakwaanku bahawa isteriku si anu binti si anu berzina, dan bahawa anak ini
(jika telah beranak atau di dalam kandungan) adalah anak zina, bukan anak aku.”
Dia hendaklah menyebutnya sebanyak empat kali. Jika isterinya hadir di situ, dia hendaklah menunjukkan tangannya kearah isterinya setiap kali menyebutnya.
Kemudian, pada kali yang kelima, selepas dinasihatkan dan diberi peringatan oleh hakim supaya tidak berbohong, suami hendaklah berkata: “Aku dilaknat oleh Allah jika aku berbohong.”
Dalil Li‘an
Dalil li’an ialah firman Allah Taala:
Dan orang-orang yang menuduh isteri-isteri mereka berzina, sedangkan mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhan itu) melainkan diri mereka sahaja, maka persaksian (yang sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia daripada orang-orang yang benar. Dan sumpah yang kelima pula (hendaklah dia berkata) bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia daripada orang-orang yang berdusta.
(An-Nur: 6-7
Dalil daripada hadis pula ialah:
Sahl bin Saad r.a. berkata: Seorang lelakl Ansor datang berjumpa Rasulullah s.a.w. dan berhata: “Wahai Rasulullah, apakah pendapat Tuan jika seorang lelaki mendapati isterinya bersama seorang lelaki lain, adakah dia boleh membunuh lelaki itu, atau apakah yang perlu dilakukan?”
Lalu Allah menurunkan dalam al-Quran ayat yang menceritakan hukum dua orang yang berli ’an itu. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Allah telah menjelaskan hukumnya terhadap masalah kamu dengan isterimu. ”Sahl r.a. berkata lagi: Mereka berdua pun melakukan li’an di Masjid, dan aku menyaksihannya. Dalam satu riwayat lain disebut: Kedua-duanya pun melakukan li’an. Aku bersama orang ramai berada di samping Rasulullah s.a.w..’ .
Hukum-hakam Hasil daripada Suami Meli’an Isterinya
Apabila suami meli’an isterinya mengikut cara yang disebutkan diatas, ia melahirkan lima hukum iaitu:
- Suami tidak dikenakan hukuman hudud kesalahan qazaf.
- Isteri wajib dikenakan hukuman hudud kesalahan zina kecuali dia juga melakukan li’an.
- Hubugan perkahwinan antara mereka berdua terbatal.
- Menafikan kandungan atau anak yang dilahirkan adalah anaknya. Dengan itu anak tersebut tidak boleh dibinkan (dinasabkan) kepada suami dan hendaklah diserahkan kepada isteri.
- Mereka diharamkan berkahwin selama-lamanya.
______________________
1 Riwayat Bukhari dalam kitab talak, bab melakukan li‘an di masjid, no.5003; dan Muslim di awal kitab |i‘an no 1492
Ibnu Umar rhuma. meriwayatkan bahawa:
Nabi s.a.w. melakukan li’an di antara seorang lelaki dan isterinya. Dengan itu, ternafilah anak si isteri (dan anak itu tidak dibinkan kepada si suami). Lalu Baginda memisahkan di antara mereka berdua, dan menasabkan anak itu kepada si isteri.
Sahl bin Saad r.a. berkata:
Selepas peristiwa itu, telah menjadi sunnah bahawa pasangan suami isteri yang melakukan li ’an mesti dipisahkan, kemudian mereka tidak boleh berkahwin semula selama-lamanya.
Cara Isteri Melakukan Li’an
Li’an yang dilakukan oleh suami akan menyelamatkannya daripada hukuman hudud kesalahan qazaf. Li‘an yang dilakukan oleh isteri pula akan menyelamatkannya daripada hukuman hudud kesalahan zina akibat daripada li’an yang dilakukan oleh suaminya.
Cara li’an isteri pula ialah dia berkata: “Aku bersaksi dengan Allah bahawa sesungguhnya si polan berbohong dalam tuduhannya yang mengatakan aku berzina.”
Kata-kata ini hendaklah diulang sebanyak empat kali. Seterusnya pada kali yang kelima, dia hendaklah berkata: Kemurkaan Allah menimpaku sekiranya dia memang benar. Apabila dia berkata demikian, hukuman hudud bagi kesalahan zina tidak dikenakan ke atasnya
Dalil Li’an Isteri
Dalilnya ialah firman Allah Taala:
Dan bagi menghindarkan hukuman siksa daripada isteri (yang kena tuduh) itu, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sesungguhnya suaminya (yang menuduh) itu memang daripada orang-orang yang berdusta. Dalam sumpah yang kelima pula, (hendaklah dia berkata) bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya memang seorang yang benar.
(An-Nur: 8-9)
_______________________
1. Riwayat Bukhari dalam kitab talak, bab anak dinasabkan kepada perempuan yang melakukan li‘an, no. 5559; dan Muslim dalam kitab li‘an, no. 1494.
2. Riwayat Abu Daud dalam kitab talak, bab li‘an, no. 2250.
Syarat-syarat Li’an yang Paling Penting
Untuk menjadikan li’an itu sah, mesti mengambil kira syarat-syarat berikut:
- Qazaf (suami menuduh isterinya berzina) berlaku lebih dahulu daripada li’an.
- Li’an suami mendahului lia‘n isteri.
- Kedua-dua suami isteri mesti menyebut perkataan-perkataan yang kita sebutkan tadi. Jika salah seorang menukarkan lafaz penyaksian tadi dengan lafaz lain seperti aku bersumpah atau dia menukarkan perkataan laknat dengan perkataan murka atau sebaliknya, li’an tersebut tidak sah. Ini kerana lafaz li’an diterangkan dengan jelas dalam al-Quran al-Karim dan mesti digunakan semasa melakukan li’an.
- Kelima-lima penyaksian (lafaz li’an yang disebut sebanyak lima kali) hendaklah dilakukan secara muwalat dan berturut-turut. Oleh itu ia tidak boleh dipisahkan oleh sebarang perkara yang dianggap oleh ‘uruf sebagai pemisah.
- Hakim wajib memberikan nasihat dan mengingatkan kedua-dua pasangan supaya tidak berbohong seperti berkat “Perhitungan sebenar kamu terserah kepada Allah. Salah seorang daripada kamu adalah pembohong. Adakah sesiapa yang ingin bertaubat?”
Ibnu Umar rhuma. menceritakan bahawa:
Nabi s.a.w. memanggil lelaki yang menuduh. Baginda membaca ayat-ayat al-Quran, menasihati, mengingatkan dan memberitahu kepadanya bahawa hukuman di dunia jauh lebih ringan berbanding azab di akhirat. Lelaki itu berkata: ‘
“Demi Tuhan yang mengutuskan Tuan membawa kebenaran, aku tidak berbohong dalam tuduhanku terhadapnya.” Seterusnya, Baginda bercakap pula dengan wanita itu sambil menasihati, mengingatkan dan memberitahu kepadanya bahawa hukuman di dunia jauh lebih ringan berbanding azab
di akhirat. Perempuan itu berkata: “Tidak. Demi Tuhan yang mengutuskan Tuan membawa kebenaran, dia tidak benar.”
Ibnu Umar r.huma. berkata lagi: Kemudian Baginda memulakan dengan si suami, lalu dia bersaksi sebanyak empat kali dengan nama Allah bahawa dia memang seorang yang benar. Pada kali yang kelima, dia menyebut bahawa Allah melaknatnya jika dia berbohong.
Kemudian Baginda meminta perempuan tersebut melakukan li’an. Dia pun bersaksi dengan Allah sebanyak empat kali bahawa suaminya memang berbohong. Pada kali yang kelima, dia menyebut bahawa kemurkaan Allah menimpanya jika suaminya memang benar. Kemudian Nabi s.a.w. memisahkan di antara mereka berdua.
Dalam riwayat Bukhari disebut, Nabi s.a.w. bersabda kepada kedua-duanya:
Perhitungan sebenar kamu terserah kepada Allah. Salah seorang daripada kamu berbohong. Kamu (wahai si suami) tidak boleh lagi merujuk bekas isterimu?
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas rhuma. bahawa:
Hilal bin Umayyah menuduh isterinya berzina. Beliau rlatang, lalu bersaksi (bagi mengesahkan tuduhan). Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengetahui bahawa salah seorang daripada kamu berbohong. Adakah salah
seorang daripada kamu ingin bertaubat?
Abu Hurairah r.a. mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda sewaktu turunnya ayat li’an:
Mana-mana perempuan yang memasukkan ke dalam sesuatu kaum zuriat yang bukan daripada kalangan mereka, maka perempuan itu tidak akan dirahmati oleh Allah sedikitpun, dan Allah tidak akan memasuhhannya ke dalam synrga-Nya.
Mana-mana lelaki yang menafikan anaknya, sedangkan dia melihat kepadanya (dan mengetahui bahawa anak itu kepunyaannya); maka Allah akan menghalang lelaki itu daripada rahmat-Nya, dan akan rnendedah aibnya di hadapan semua manusia yang terdahulu dan yang terkemudian (pada har’i kiamat).’
Kita memohon rahmat Allah di dunia dan di akhirat.
___________________
- Riwayat Tirmizi dalam kitab talak, bab hadis-hadis mengenai |i’an, no. 1202.
- Riwayat Bukhari dalam kitab talak, bab imam (hakim) berkata kepada suami isteri yang melakukan Ii’an: “Salah seorang daripada kamu pemb0hong…,” no. 5006.
- Riwayat Bukhari dalam kitab talak, bab suami memulakan Ii’an, no. 5001.