Definisi Wakaf

Definisi Wakaf

Menurut bahasa wakaf (Qiijll) bermaksud tahan. Menurut syarak pula wakaf ialah menahan sesuatu harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya dengan cara menyerahkan hak miliknya kepada seorang pengguna yang harus dan wujud.

Perkara-perkara yang disebutkan di dalam definisi ini akan lebih jelas setelah anda mengikuti perbincangan seterusnya.

Dalil-dalil Disyariatkan Wakaf

Wakaf adalah suatu amalan yang telah disyariatkan bahkan ia merupakan salah satu cara mendekatkan diri dengan Allah. Amalan ini amat digalakkan oleh syarak. Al-Quran dan sunnah telah menyebut dalil-dalil yang memperakui amalan ini.

Firman Allah s.w.t.:

Kamu (wahai orang-orang yang beriman), tidak akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu membelanjakan (ke jalan Allah) sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentangnya.

(Aali ‘Imran: 92)

Apabila Abu Tolhah r.a. mendengar ayat ini, beliau pun teringin untuk mewakafkan hartanya. Lalu beliau datang dan meminta penjelasan lanjut daripada N abi s.a.w..

Anas r.a berkata: “Ketika turun ayat yang bermaksud: Kamu (wahai orang-orang yang beriman), tidak akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu membelanjakan (ke jalan Allah) sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentangnya.

(Aali ‘Imran: 92)

Abu Talhah pun datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata: ‘Wahai Rasulullah, Allah s.w.t. telah berfirman di
dalam KitabNya: “Kama (wahai orang-orang yang beriman), tidak akan memrapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu. membelanjakan (ke jalan Allah) sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentangnya.” (Aali ‘Imran: 92). Bagiku, hartaku yang paling aku kasihi adalah di Bairaha’(Perawi berkata: Ia merupakan sebuah kebun yang sering diziarahi Rasulullah s.a.w.. Baginda sering berteduh dan minum airnya). Maka ia kini adalah hak Allah dan Rasulullah s.a.w.. Aku mohon semoga beroleh kebaikan dan ganjarannya. Wahai Rasulullah gunakanlah harta ini di mana sahaja yang engkau mahu.” Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Alangkah bagus wahai Abu Talhah, tetapi harta tersebut amat berharga. Kami menerima pemberianmu tetapi kami serahkannya semula kepada kamu. Berilah kepada kaum kerabatmu. ”Lalu Abu Talhah pun sedekahkan harta tersebut kepada kaum keluarganya. Kata perawi: “Antara mereka ialah Ubay dan Hassan.”‘

1 Riwayat Bukhari di dalam tajuk Kitab Wasaya Bab “Orang yang sedekahkan hartanya kepada seseorang wakil lalu wakil tersebut memulangkannya kepada beliau”

Begitu juga dengan firman Allah:

Apa jua kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (daripada mendapat pahalanya). Allah Maha Mengetahui tentang orang-orang yang bertakwa.
(Aali ‘Imran: 115)

Ungkapan (apa jua kebajikan) dalam ayat ini membawa maksud umum. la mencakupi segala bentuk kebaikan termasuklah wakaf.

Melalui sunnah pula terdapat beberapa hadis, antaranya:

Apabila seorang manusia mati, segala amalannya akan terputus kecuali daripada tiga sumber: sedekah jariah, atau ilmu yang boleh dimanfaatkan, atau anak soleh yang berdoa baginya.‘

1 Hadis Muslim (1831) di dalam [Kitab Wasiat Bab Pahala Yang Diterima Oleh Manusia Setelah Mati] yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Sedekah jariah di sini menurut ulamak ditakrifkan sebagai wakaf. Anak yang saleh pula adalah anak yang melaksanakan hak-hak Allah dan menjaga hak-hak manusia lain.

Ibnu Umar r.huma. berkata:

Umar bin al-Khattab telah mendapat sebidang tanah di Khaibar, lalu beliau menemui Nabi s.a.w. dan bertanya
apa yang sepatutnya dilakukan dengan harta itu. “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah mendapat sebidang tanah di Khaibar. Aku tidak pernah mendapat harta yang lebih berharga daripada tanah itu. Apakah” yang Tuan hendak saya lakukan dengannya?” Sabda baginda: “Sekiranya mahu, engkau wakaflah ia dan sedekahkan hasilnya’ Ibnu Umar r.a. berkata lagi: Lalu Umar sedekahkan tanah itu, dengan syarat ia tidak boleh dijual, diberikan kepada sesiapa pun, atau diwariskan. Beliau menyedekahkannya kepada fakir miskin, kaum keluarga, hamba sahaya, orang yang berjuang di jalan Allah, orang musafir yang kehabisan bekalan, dan para tetamu. Tidak salah bagi penjaga tanah tersebut memakan hasilnya dengan cara yang patut, atau memberi makan orang lain, tanpa niat untuk menyimpan harta.”

2 Riwayat Bukhari (2586) di dalam [Kitab Syarat Bab Syarat-Syarat Wakaf] dan riwayat Muslim (1632) di dalam [Kitab Wasiat Bab Wakaf

Ibnu Sirin rhm. berkata: “Maksudnya: tanpa niat untuk menghimpun harta.”

Berdasarkan pendapat yang masyhur, wakaf Umar r.a. ini merupakan wakaf yang pertama dalam Islam.

Amalan wakaf telah menjadi budaya di kalangan para sahabat sehinggakan Jabir r.a. pernah berkata: “Tidak ada seorang pun kalangan sahabat yang berkemampuan tetapi tidak mewakafkan hartanya.”

Imam asy-Syafie rhm. berkata: “Aku mendapat tahu bahawa 2 orang sahabat di kalangan Anshor telah melakukan sedekah-sedekah muharrimat (yang mengharamkan jual beli dan sebagainya).” As Syafie rhm. menggunakan istilah “sedekah-sedekah muharrimat untuk wakaf.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *