Pembatalan Wasiat

Pembatalan Wasiat

Wasiat dianggap akad yang harus, bukan akad yang wajib seperti jual beli dan akad nikah. Oleh itu, pewasiat boleh menarik balik kesemua wasiatnya, atau sebahagiannya, atau mengubahnya atau menambah syarat baru, kerana harta tersebut masih dalam hak miliknya selagi dia masih hidup. Dia bebas untuk menguruskannya.

Bagaimana Membatalkan Wasiat

Pembatalan Wasiat boleh dilakukan dengan lafaz yang menunjukkan tujuan tersebut. Contohnya, pewasiat berkata: “Saya memansuhkan Wasiat itu,” atau “saya membatalkannya,” atau “saya menarik balik Wasiat saya,” atau “saya serahkannya kepada waris saya.”

Pembatalan juga boleh berlaku melalui perbuatan yang menunjukkan bahawa Wasiat itu dibatalkan. Contohnya, dia menjual harta yang diwasiatkan tersebut, atau menjadikannya sedekah, atau menghadiahkan kepada orang lain, atau menggadaikannya, atau menyerahkannya kepada penghutang. Kesemua tindakan ini menunjukkan bahawa pewasiat telah membatalkan atau menarik balik wasiatnya, kerana dia menghapuskan hak miliknya pada harta atau mendedahkannya kepada risiko dijual jika harta tersebut digadai. Berdasarkan kepada asas ini ia akan membabitkan soal herikut:

1. Jika dia mewasiatkan jenis gandum yang tertentu, kemudian mencampurkannya dengan jenis gandum yang lain, maka tindakannya ini dianggap menarik balik wasiatnya, kerana wasiat tersebut tidak lagi boleh dilaksanakan, kerana telah dicampurkan dengan yang lain.

2. Jika dia mewasiatkan selonggok gandum kemudian mencampurkannya dengan yang lebih baik, maka tindakannya ini dianggap menarik balik wasiatnya, kerana dia membuat tambahan yang menyebabkan Wasiatnya tidak lagi boleh dilaksanakan dan tidak mungkin boleh dilaksanakan tanpa
menyerahkan tambahan ini. ‘

3. Jika dia mewasiatkan selonggok gandum kemudian menambahkannya dengan seumpama dengannya, maka tindakan ini tidak dianggap membatalkan wasiatnya, kerana tiada sebarang perubahan berlaku. Begitulah juga sekiranya dia mencampurkannya dengan gandum yang rendah mutunya, kerana dia seolah-olah sekadar mengurangkan mutu harta yang diwasiat tanpa merosakkannya.

4. Jika dia mewasiatkan gandum kemudian menggilingnya, atau membenihkannya; atau mewasiatkan tepung kemudian mengulinya; atau kapas kemudian menjadikannya benang; atau dia mewasiatkan benang kemudian menenunnya; atau kain kemudian menjahitnya; atau tanah kosong kemudian membangunkannya atau bercucuk tanam padanya, maka segala tindakan ini dianggap menarik balik wasiatnya kerana:

Pertama: objek berubah sebelum penerima wasiat memilikinya. Seolah-olah wasiat tersebut telah dimusnahkan.
Kedua: tindakan seperti ini menunjukkan kepada pembatalan wasiat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *