3.1. Perhatian kepada alam seluruhnya (kauniah) menunjukkan Allah Yang Menjadikan ’Alam
Sungguhnya jika seorang berfikir dan menilik memperhatikan kejadian ‘alam ini nescaya ia dapat pertunjuk bahawa Tuhan yang menjadikan dia. Maka umbi dan puncanya ialah dari mengEsakan Allah Subhanahu wa Ta’ala bagaimana kenyataan di bawah ini:
1. Kamu lihat pada suatu benda atau kejadian, seperti; kerusi-kerusi, meja dan sebagainya, nescaya kamu dapati kerusi-kerusi dan meja itu tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan kamu percaya ada yang membuatnya. Demikian juga segala kejadian ‘alam ini tidak boleh ada melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya yang demikian dengan pandangan kamu yang pertama ini, maka dapatlah kamu beri’tiqad dan percaya ‘alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang mengadakan adanya itu.
2. Kamu siasat lebih jauh lagi tatkala kamu perhatikan perbuatan-perbuatan tukang kerusi-kerusi dan meja-meja itu bersalah-salahan, ada yang molek dan ada yang hodoh, dan ada yang sempurna dan ada yang kurang, maka yang molek dan sempurna itu sentiasa menerima bertambah-tambah molek-molek dan sempurna, sehingga kamu dapati segala ketukangan orang yang kemudian lebih molek, lebih sempurna daripada tukang yang dahulu. Nyatalah dengan sebab lebih kepandaian orang yang kemudian kerana melihat perbuatan orang yang dahulu, demikianlah sehingga sekarang tiada kesudahan bertambah-tambah molek dan sempurna. Maka dengan perhatian ini nyatalah pula sekalian manusia itu dalam kekurangan dan lemah hanyalah kadar yang dianugerahi Tuhan akan dia ‘ilmu dan kekuatan jua, kalau tidak tentu manusia itu telah membuat dengan sempurna terus.
3. Kamu pandang pula kepada kejadian manusia, bulan, matahari, binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan sama ada yang kecil atau yang besar, maka kamu dapati tiap-tiap satunya telah dijadikan cukup lengkap dengan aturan dan kejadian yang elok dan hikmah yang pelik, seperti yang ada tersusun pada manusia itu, iaitu; ber‘aqal, bertutur, mendengar dan apabila kamu tilik kepada bumi, bulan, matahari, binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan, maka adalah segala perkara-perkara itu semuanya daripada segala manfa’at maslahat dan hikmah yang melemahkan segala ‘aqal cerdik-pandai memikirkan kejadiannya itu kerana melengkapi segala keindahan yang tiada tolok banding, yang demikian nyatalah kepada kamu sungguhnya yang menjadikan perkara yang tersebut itu ialah yang mempunyai kuasa yang sempurna, ‘ilmu yang luas dan bersifat dengan segala sifat yang kesempurnaan yang Maha Suci dari serupa dengan makhluk.
Sesungguhnya telah dapat diketahui daripada qaedah syar’iyyah dan perkhabaran anbiya’ bahawa adalah yang menjadikan atau mengadakan atau membaharu-baharukan ‘alam ini ialah Allah Ta’ala, kerana scgala perbuatanNya itulah menunjukkan bekas bagi scgala sifatnya yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui hakikatnya kerana sekalian makhluk scntiasa bersifat lemah dan kekurangan.