Pendahuluan
Sesungguhnya bahagianya rumah tangga, lahirnya anak yang baik dan cerdik, serta kekalnya kehidupan rumahtangga adalah terletak kepada pemilihan suami isteri yang baik. Pemilihan itu mestilah dilakukan dengan penuh rasa sedar, tidak dipcngaruhi oleh perasaan yang bergolak atau keinginan untuk memperolehi maslahat
tertentu yang bersifat sementara. Pemilihan itu mestilah berasaskan dasar yang kukuh dan akan bertambah kukuh dari semasa ke semasa.
Akad nikah memberikan kesan yang besar, kekal untuk satu tempoh masa yang panjang serta dipenuhi dengan tanggungjawab. Oleh itu kedua-dua calon suami isteri mestilah mengambil langkah-langkah yang perlu sebelum akad dijalankan.
Ini supaya setelah akad dijalankan, kedua-duanya akan melangkah dengan yakin bahawa segala sifat-sifat dan kelengkapan yang ada akan me-mbolehkannya mencapai matlamat perkahwinan dan dia yakin dengan masa depan perkahwinannya.
Langkah-langkah itu ialah;
a. Mencari sifat-sifat yang dituntut pada kedua-dua pasangan.
b. Melihat bakal tunangnya.
c. Meminang.
A. Mencari Sifat-sifat yang Dituntut pada Kedua-dua Pasangan
Islam telah menggariskan sifat yang perlu ada pada calon pengantin perempuan dan pengantin lelaki. Seseorang yang ingin berkahwin mestilah mencari suami atau istcri yang bersifat dengan sifat-sifat berikut:
1. Agama yang Sahih dan Akhlak yang Mantap
Lelaki yang bakal berkahwin mestilah beragama dan mempunyai akhlak yang baik. Bakal isteri juga perlu beragama dan mempunyai akhlak yang baik. Nabi s.a.w. bersabda:
Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang kepada kamu, hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi.’
Seseorang perempuan (biasanya) dikahwini kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kemuliaan keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Oleh itu, dapatkanlah yang beragama, semoga kamu fakir. Ungkapan “semoga kamu fakir” di dalam hadis di atas banyak terdapat dalam kata-kata orang Arab, tetapi mereka tidak maksudkan makna zahirnya. Ia digunakan dengan maksud memberi galakan dan dorongan.
Maksud “beragama dan berakhlak” ialah taat, mengerjakan amal soleh, menjauhi perkara-perkara yang haram, serta
menunaikan segala tanggungjawab rumahtangga.
Hikmat Mendahulukan Perempuan yang Beragama dan Berakhlak
Hikmatnya ialah agama akan bertambah kukuh dengan berlalunya masa dan akhlak akan terus mantap apabila menempuhi dugaan kuhidupan.
Jika kedua-dua pasangan memilih agama dan akhlak sebagai asas perkahwinan, ini akan menjamin kasih sayang dan kecintaan yang berterusan.
Ini tidak bererti seseorang perlu mengenepikan unsur-unsur keturunan dan kecantikan. Maksud sebenar hadis di atas ialah orang yang beragama dan berakhlak adalah pilihan utama. Di masa yang sama jika kesemua sifat tadi wujud pada seorang wanita, itu adalan satu rahmat daripada Allah dan itulah yang terbaik.
1 Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah, bab apabila orang yang kamu redai agamanya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya, no. 1084.
2 riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab sepadan dalam agama, no. 4802; dan Muslimdalam bab galakan berkahwin dengan perempuan yang beragama, no. 1466.
2. Keturunan
Maksud keturunan di sini ialah asal keturunan dan benih yang baik. Dalilnya ialah hadis Sahih sebelum ini yang rnenceritakan bahawa perempuan itu dikahwini kerana empat perkara. Salah satu daripadanya ialah keturunan.
Oleh itu kita disunatkan memilih pasangan yang baik keturunannya. Ini dapat membantu membina kehidupan rumah-tangga yang berkekalan. Seseorang yang lahir dari keturunan yang baik berkemungkinan besar mempunyai pergaulan yang baik kerana orang yang berketurunan baik akan melahirkan generasi yang berakhlak mulia; apabila dicintai dia akan menghormati dan apabila dia marah, dia tidak akan berlaku zalim.
3. Tidak Berkahwin dengan Saudara Terdekat (kaum kerabat)
Imam Syafie menjelaskan, seseorang lelaki tidak digalakkan berkahwin dengan saudaranya yang terdekat.
Az-Zanjani menjelaskan perkara ini dengan katanya: “Antara tujuan perkahwinan ialah menghubungkan ikatan persaudaraan untuk saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Perkara ini berlaku di kalangan keluarga terdekat tanpa perlu kepada ikatan perkahwinan. Telah diriwayatkan:
Janganlah kamu berkahwin dengan kerabat yang dekat, kerana anak akan dijadikan lemah.
Ini berlaku kerana syahwat terhadap kaum kerabat yang dekat adalah lemah.” Perkara ini disebut oleh Syarbini di dalam huraiannya terhadap Matan al-Minhaj, karangan Iman Nawawi.
Namun Ibnu as-Solah menyebut bahawa hadis ini tidak punyai sandaran yang muktamad. Ini disebutkan oleh Ibnu al-Atsir dulam kitabnya an-Nihayah fi Gharib al-Hadits wal Atsar.
Walau bagaimanapun, perkahwinan seumpama ini tidaklah disela kerana Nabi s.a.w. telah mengahwinkan Fatimah dengan Ali bin Abi Talib r.huma.. Nabi s.a.w. melakukannya untuk bahawa hukumnya adalah harus, atau Nabi s.a.w.
melakukannya kerana hubungan di antara kedua-duanya tidaklah terlalu rapat, kerana Fatimah adalah anak sepupu Ali. Secara umumnya hubungan di antara keduanya agak jauh.
4. Sekufu
Yang dimaksudkan dengan sekufu ialah persamaan di antara calon suami dan isteri dari beberapa sudut:
1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki yang fasik tidak sekufu dengan perempuan yang solehah. Firman Allah Taala:
Adakah orang yang beriman sama seperti orang fasik? Mereka tidaklah sama.
(As-Sajdah: 18)
2. Pekerjaan. Lelaki yang mempunyai kerja yang rendah seperti tukang sapu, tukang bekam dan pengembala kambing tentulah tidak setaraf dengan anak perempuan lelaki alim, qadi dan tokoh korporat.
3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan. Contohnya lelaki yang gila dan berpenyakit kusta tidak setaraf dengan perempuan yang tidak mempunyai penyakit tersebut.
Sekufu adalah hak perempuan dan walinya. Walaupun ia bukan syarat sah perkahwinan, ia perlu ada untuk mengelakkan wanita dan wali menanggung malu. Ia juga sebagai satu jaminan untuk kekalnya kehidupan bersuami isteri kerana cara hidup kedua-dua hampir sama. Mereka tidak perlu lagi mengubah kebiasaan mereka.
Wanita dan walinya boleh meninggalkan syarat ini. Jika wanita dikahwinkan oleh waIi dengan keredaannya dengan seorang yang tidak sekufu dengannya, nikahnya adalah sah. Ini kerana sekufu adalah hak wanita dan hak wali. Tidak ada sesiapa yang boleh menghalang mereka jika mereka bersetuju meninggalkan syarat ini. Nabi s.a.w. memberi isyarat supaya meraikan hak sekufu ini dengan sabdanya yang bermaksud:
Pilihlah (bakal isteri yang terbaik) bagi (menanam) air mani kamu. Berkahwinlah dengan yang sekufu, dan kahwinkanlah (anak-anak kamu dengan anak-anak) mereka.’
5. Perawan (Masih Dara)
Perawan ialah perempuan yang masih belum berkahwin. Nabi s.a.w menjelaskan kenapa perlu memilih anak dara. Sabda Nabi s.a.w.
Hendaklah kamu memilih perempuan-perempuan yang masih dara, kerana mercka lebih lembut kata-katanya,
lebih mampu melahirkan anak yang ramai, dan lebih redha dengan sedikit kesenangan?
Jabir r.a. menceritakan:
Aku telah berkahwin dengan seorang wanita pada zaman Rasulullah s.a. w.. Aku berjumpa dengan Nabi s.a. w. lalu Baginda bertanya: “Wahai Jabir, adakah kamu telah berkahwin?” Jawabku: “Ya.”Baginda bertanya pula: ‘Kamu berkahwin dengan anak dara atau janda?” Jawabku: “Dengan seorang janda. ”Baginda s.a.w. bersabda: “Kenapa kamu tidak berkahwin dengan anak dara, lalu kamu boleh bergurau dan bermain dengannya?” Aku rnenjawab: “Wahai Rasulullah, aku mempunyai ramai adik-beradik perempuan. Aku takut dia akan merosakkan
hubungan di antara aku dengan mereka. ”Baginda bersabda: “Baguslah jika begitu. Sesungguhnya perempuan dikahwini kerana agama, harta dan kecantikannya. Oleh itu, hendaklah kamu memilih yang beragama, semoga kamu fakir. ’
Oleh itu, seseorang lelaki disunatkan berkahwin dengan anak dara kerana hati mereka akan jinak dengan orang pertama yang digaulinya.
1 Riwayat Hakim dalam kitab nikah, bab pilihlah (bakal isteri yang terbaik) bagi (menanam air mani kamu …. ., 2/163. Beliau mensahihkannya.
2 Riwayat lbnu Majah dalam kitab nikah, bab mengahwinkan dara, no. 1860.
3 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab mengahwinkan janda; dan Muslim dalam kita penyusuan, bab galakan berkahwin dengan perempuan yang beragama.
6. Perempuan yang Subur
Kesuburan seseorang perempuan boleh diketahui dengan melihat kepada keluarganya seperti adik-beradik perempuan, ibu saudatnya dan sebagainya. Lelaki yang berpotensi mempunyai ramai anak juga dapat diketahui dengan melihat kepada keluarganya. Sabda Rasulullah s.a.w :
Kahwinilah perempuan yang subur dan penyayang, kerana sesungguhnya aku akan berbangga kepada umat-umat yang lain dengan bilangan kamu yang ramai.’
B. Melihat Bakal Isteri
Di antara perkara sunat yang digalakkan oleh Islam ialah seseorang lelaki melihat perempuan yang ingin dikahwininya sebelum peminangan. Ini disunatkan jika lelaki tersebut benar-benar berniat untuk mengahwininya dan berharap peminangannya akan diterima. Syarak membenarkan lelaki tersebut melihatnya tanpa meminta kebenaran dan pengetahuannya supaya dia tidak berhias terlebih dahulu. Jika perempuan tersebut berhias, tujuan melihat tidak akan tercapai.
Lelaki tersebut boleh melihat bakal tunangnya dua atau tiga kali jika dia perlu melihat keadaan wanita tersebut dengan lebih jelas lagi. Ini dilakukan untuk mengelakkan kekecewaan selepas berkahwin. Ini kerana biasanya, matlamat yang dikehendaki tidak tercapai dengan sekali pandang.
Nabi s.a.w. bersabda kepada Mughirah bin Syu’bah sewaktu dia berazam untuk meminang seorang wanita:
Lihatlah perempuan itu, kerana ia lebih menimbulkan kasih sayang di antara kamu berdua?
1 Riwayat Ahmad, lbnu Hibban dan Hakim, serta beliau mensahihkan sanadnya. Lihat al-Mustadrak, kitab nikah, bab kahwinilah perempuan yang pengasih dan subur, (2/162).
2 Riwayat Tirmizi dan beliau menghukumnya hasan, dalam kitab nikah, bab hadis-hadis berkaitan dengan melihat tunang, no. 1087; lbnu Majah dalam kitab nikah, bab melihat perempuan apabila ingin berkahwin dengannya, no. 1865; dan lain-lain.
Sahal bin Saad r.a. berkata:
Seorang perempuan datang menemui Nabi s.a. w. dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. “Nabi s.a. w. memerhatikan perempuan itu atas dan bawah kemudian Baginda menundukkan kepalanya.’
Maksud menyerahkan diriku kepadamu ialah aku serahkan urusan diriku kepadamu, sama ada kamu mengahwini aku tanpa mas kahwin ataupun kamu mengahwinkan aku dengan sesiapa yang engkau rasa sesuai. Maksud Baginda menundukkan kepalanya ialah setelah melihat perempuan tersebut baginda tidak lagi mengulangi perbuatannya memerhati perempuan tersebut.
Abu Hurairah r.a. berkata:
Ketika aku berada bersama Nabi s.a.w., Baginda didatangi seorang lelaki dan memberitahu bahawa dia berkahwin dengan seorang perempuan Ansor. Nabi s.a. w. bertanya: ‘Adakah kamu telah melihat perempuan itu?” Beliau menjawab: “Tidak. ” Nabi s.a.w. bérsabda: “Pergi dan lihatlah perempuan itu kerana sesungguhnya mata orang-orang Ansor itu berbeza dengan mata orang lain (yang dia mungkin tidak berkenan).”’
Abu Humaid as-Saidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda
Apabila salah seorang daripada kamu ingin meminang seorang wanita, maka tidak salah dia melihatnya, jika dia hanya melihat wanita itu untuk meminangnya, sekalipun wanita itu tidak mengetahui perbuatannya
Wanita juga berhak melihat lelaki jika dia ingin berkahwin dengan lelaki tersebut supaya dia boleh melihat keadaannya dengan lebih jelas agar tidak menyesal selepas berkahwin. Sesungguhnya perempuan Juga tertarik dengan beberapa sifat seseorang lelaki sebagaimana lelaki tertarik dengan beberapa sifat seseorang perempuan.
1 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab melihat perempuan sebelum berkahwin. Muslim dalam kitab nikah, bab harus mas kahwin dalam bentuk mengajar al-Quran, no. 1524
2 Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab sunat memandang muka dan dua tapak tangan perempuan bagi sesiapa yang ingin mengahwininya, no. 1424.
3 Riwayat Ahmad (5/424).
Batas-batas Seorang Lelaki Melihat Bakal Isterinya
Seseorang lelaki tidak diharuskan melihat bakal tunangnya melainkan muka dan tapak tangannya (depan dan belakang). Muka dan tangan adalah anggota zahir yang dimaksudkan oleh firman Allah:
Dan janganlah mereka (kaum wanita) menzahirkan perhiasan tubuh. mereka melainkan yang zahir daripadanya.
(An-Nur: 31)
Hikmat pandangan hanya dihadkan kepada muka dan tapak tangan sahaja ialah kerana muka menunjukkan kecantikan dan tapak tangan memperlihatkan kesuburan badan dan kelembutannya.
Sekiranya dia tidak berpeluang melihatnya sendiri, dia boleh menghantar seorang wanita untuk melihat dan menceritakan sifat wanita tersebut kepadanya. Rasulullah s.a.w. pernah menghantar Ummu Sulaim untuk melihat seorang wanita dan Baginda s.a.w. berkata kepadanya:
Lihatlah kedua-dua ketingnya, dan ciumlah bau badannya.‘
1 Riwayat Hakim dalam kitab nikah, 2/166, dan beliau menghukumnya sahih.
Difahami daripada hadis di atas, perempuan yang dihantar oleh lelaki untuk melihat bakal tunangnya boleh melihat lebih daripada apa yang boleh dilihat oleh lelaki itu sendiri. Faedahnya tentulah lebih banyak lagi.
Hukum Melihat Perempuan Ajnabi (bukan mahram)
Lelaki yang baligh, berakal, tidak dalam keadaan terpaksa, samaada tua atau lemah, serta lelaki yang hampir baligh haram melihat mana-mana anggota badan perempuan dewasa yang bukan mahramnya. Maksud perempuan dewasa ialah perempuan yang menaikkan nafsu syahwat walaupun belum baligh.
Lelaki juga tidak boleh melihat wanita tersebut walaupun muka dan tapak tangan, sekalipun pandangan itu tidak menimbulkan fitnah menurut pendapat yang sahih di dalam mazhab Syafie.
Perempuan juga diharamkan melihat lelaki yang bukan mahramnya tanpa tujuan. Firman Allah Taala:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka (daripada maksiat). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereha kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram) dan memelihara kemaluan mereka.
(An-Nur: 30-31)
Ummu Salamah r.ha. berkata:
Aku bersama Maimunah r.ha. berada bersama Nabi s.a.w.. Apabila Ibnu Ummi Maktum datang, Baginda bersabda: “Kamu berdua hendaklah berhijab daripadanya.” Aku berkata: “Wahai Nabi Allah, tidakkah dia buta, tidak boleh melihat dan tidak mengenali kami?” Rasulullah s.a.w. menjawab: ‘Adakah kamu berdua juga buta? Tidakkah kamu, boleh melihatnya?”’
Jika melihat diharamkan, tentu meniegangnya juga diharamkan Kerana ia lebih menyeronokkan dan lebih menaikkan nafsu.
Melihat kanak-kanak perempuan kecil yang tidak menimbul syahwat dan melihat lelaki yang belum baligh tidak diharam kecuali rnelihat kemaluan mereka. Ini kerana melihat mereka tidak menaikkan syahwat. Oleh itu memandangnya tidak diharamkan
Hukum Melihat Mahram
Seseorang lelaki diharuskan melihat perempuan mahram kecuali anggota di antara pusat dan lutut. Seseorang perempuan juga boleh melihat lelaki yang menjadi mahramnya kecuali di antara pusat dan lututnya.
1 Riwayat Tirmizi dalam kitab adab, bab apa yang diriwayatkan tentang perempuan berhijab di hadapan lelaki, no. 2779. Beliau berkata: “lni hadis hasan sahih.”
Bilakah Lelaki Boleh Melihat Perempuan Bukan Mahram?
Hukum yang lalu mengatakan, lelaki haram melihat dan menyentuh perempuan bukan mahram tanpa sebarang hajat dan keperluan. Sekiranya seseorang lelaki perlu melihat atau menyentuh perempuan kerana sesuatu keperluan, ia dibenarkan. Hajat dan keperluan adalah timbul dalam perkara-perkara berikut:
1. Keperluan perubatan. Ia diharuskan kerana pengharamannya membawa kepada kesulitan. Islam adalah agama yang mudah dan ia rnengenepikan perkara-perkara yang menyusahkan. Firman Allah:
Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung keberatan dan susah payah dalam perkara-perkara agama.
(Al-Hajj: 78)
Oleh itu dibenarkan melihat di tempat sakit yang memerlukan perubatan. Jabir r.a. menceritakan:
Ummu Salamah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk berbekam. Lalu Nabi s.a.w. memerintahkan Abu Taibah melakukannya.’
Oleh itu, doktor lelaki boleh mengubati pesakit wanita jika keadaan mendesak dan tidak ada doktor wanita yang boleh mengubatinya. Begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, doktor lelaki tidak boleh mengubati pesakit wanita melainkan dengan kehadiran mahram atau suami wanita itu atau dengan kehadiran seorang wanita lain yang boleh dipercayai.
Jika ada doktor beragama Islam, kita tidak boleh berubat dengan doktor yang bukan Islam.
2. Ketika berjual beli. laitu apabila ada keperluan untuk mengenali wanita tersebut dan dia tidak dapat dikenali melainkan dengan dilihat
3. Untuk penyaksian sama ada ketika menjadi saksi atau ketika memberi keterangan kerana penyaksian tidak sempurna tanpa melihat kepada tertuduh dan pendakwa.
1 Riwayat Muslim dalam kitab salam, bab setiap penyakit ada ubatnya dan sunat berubat, no 2206
4. Ketika pembelajaran. Iaitu belajar atau mengajar perkara-perkara yang wajib atau sunat dipelajari kerana ilmu itu berfaedah dari sudut syarak.
Jika memandang dan memegang dibenarkan sebagaimana yang telah disebutkan, pandangan itu hendaklah sekadar memenuhi keperluan sahaja. Pandangan diharuskan kerana darurah dan keperluan. Darurah dan keperluan dibenarkan sekadar yang boleh menghilangkan kesusahan dan untuk melaksanakan matlamat.
C. Peminangan
Apabila sescorang lelaki benar-benar tertarik dengan sifat-sifat baik seseorang wanita serta timbul keinginan untuk berkahwin setelah melihat wanita tersebut, kini tibalah masa untuk meminang. ‘
Meminang bermaksud seseorang lelaki menyatakan keinginan untuk berkahwin kepada Wanita yang ingin dikahwininya.
Bilakah Pinangan Dihalalkan dan Bila Diharamkan?
1. Meminang dihalalkan secara tasrih ( terus terang) atau ta’ridh (: membayangkan) jika perémpuan itu bukan isteri
orang, tidak berada dalam edah dan bukan perempuan yang haram dikahwini sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini.
2. Dihalalkan meminang secara ta’ridh (rnembayangkan) sahaja jika perempuan yang ingin dipinang berada dalam edah kematian suami atau edah disebabkan talak bain. Firman Allah Taala: ‘
Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sendirian), untuk meminang perempuan-perempuan (yang kematian suami dan masih dalam edah), atau menyimpan di dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut (atau mengingati) mereka, (yang demikian tidaklah salah). Tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka secara sulit, selain daripada menyebut kata-kata (secara) sendirian yang sopan. Janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. Ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaan-Nya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah amat pengampun lagi amat penyabar.
(A1-Baqarah: 235)
3. Diharamkan meminang secara tasrih atau ta’rid selain dari dua keadaan di atas.
Oleh itu haram meminang perempuan yang masih bersuami. Juga diharamkan meminang semua perempuan yang haram dikahwini sama ada haram untuk selama-lamanya atau haram untuk sementara waktu sahaja. .
Haram juga meminang perempuan yang masih dalam talak raj’ie sama ada secara tasrih atau ta’rid kerana dia masih lagi bergelar isteri dan suaminya berhak untuk kembali rujuk kepadanya.
Firman Allah Taala:
Dan suami-suami mereka lebih berhak mengambil kembali (merujuk) isteri-isteri itu dalam masa edah mereka, jika mereka (suami~suami) bertujuan hendak berdamai.
(Al-Baqarah: 228)
Makna pinangan secara tasrih
Lafaz tasrih ialah lafaz yang hanya mempunyai satu tafsiran sahaja iaitu keinginannya untuk berkahwin. Lafaz tasrih adalah aku ingin mengahwini kamu” atau “selepas habis edahmu, aku akan mengahwinimu.”
Makna pinangan, secara ta’ridh
Lafaz ta’ridh ialah lafaz yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran , sama ada sebagai keinginan untuk berkahwin atau sebaliknya, seperti “awak cantik,” atau “ramai orang sukakan awak,” atau seumpamanya.
Meminang Perempuan yang Telah Dipinang
Haram meminang perempuan yang telah dipinang oleh orang lain sekiranya pinangan tersebut telah diterima. Walaupun begitu peminangan boleh dilakukan sekiranya lelaki pertama memberikan keizinan kepada lelaki kedua untuk meminang.
Sekiranya pinangan lelaki pertama tidak dijawab (tidak diketahui sama ada pinangannya diterima atau tidak),’pinangan lelaki kedua adalah diharuskan.
Sekiranya seorang lelaki meminang seorang perempuan yang telah dipinang oleh orang lain dan kemudiannya lelaki kedua menikahi perempuan tersebut, akad nikahnya tetap sah. Walaupun begitu dia tetap menanggung dosa perbuatannya meminang perempuan yang telah dipinang.
Dalil haram perkara itu adalah berpandukan hadis Nabi s.a.w yang berbunyi: ‘
Seseorang lelaki tidak boleh meminang seorang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya (saudara seislam)
sehinggalah peminang sebelumnya meninggalkan (membatalkan pinangannya), atau peminang itu memberi
izin kepadanya.’
Hukum Meminta Pandangan Mengenai Bakal Pengantin
Sesiapa yang diminta memberikan pendapat tentang bakal pengantin lelaki atau pengantin perempuan, dia hendaklah turut menceritakan keaiban dan keburukannya secara jujur berdasarkan pengetahuannya. Ini semua dianggap sebagai nasihat dan peringatan kepada bakal pengantin mengenai pasangannya.
1 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab tidak boleh meminang perempuan yang telah dipinang, no 4848 dan Muslim dalam kitab nikah, bab haram meminang perempuan yang telah dipinang, no 1412 daripada Ibnu Umar r.huma
Perbuatan ini tidak termasuk di dalam kategori mengumpat yang diharamkan. Dia perlu menceritakan keaiban tersebut apabila diperlukan. Tetapi jika keburukan tersebut boleh diringkaskan dengan berkata: “Lelaki ini tidak sesuai dengan kamu,” atau perempuan itu tidak sesuai untukmu,” berpadalah jika dia berbuat demikian sahaja.
Dalil hukum ini adalah berpandukan kisah Fatimah binti Qais r.ha.
Fatimah binti Qais berkata kepada Nabi s.a.w.: “Muawiyah bin Abi Sufyan dan Abu Jaham telah melamarku. ”Rasulullah s.a.w. bersabda: “Abu Jaham tidak pernah berlekang daripada tongkatnya (tua) manakala Muawiyah adalah seorang miskin yang tidak mempunyai harta. Bernikahlah dengan Usamah bin Zaid.” Tetapi Aku tidak menyukainya. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Nikahilah Usamah.” Akupun mengahwininya. Allah memberikan kebaikan kepada perkahwinanku. Fatimah binti Qais bergembira selepas perkahwinan tersebut.’
Wali Menawarkan Perempuan Jagaannya kepada Lelaki Soleh dan Bertakwa
Wali disunatkan menawarkan perempuan di bawah jagaannya kepada lelaki yang soleh dan bertakwa. Ini dicontohi daripada tindakan Nabi Syuaib a.s.. Beliau menawarkan anaknya supaya dikahwini oleh Nabi Musa a.s.. Nabi Syuaib a.s. meyakini sifat amanah dan kesucian Nabi Musa a.s.. Firman Allah Taala dalam menceritakan kisah ini ;
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayahku, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita). Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah. “Bapa perempuan itu berkata (kepada Nabi Musa): “Aku hendak mengahwinkan kamu dengan salah seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan syarat engkau bekerja denganku selama lapan tahun. Dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah daripada kerelaan engkau sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu. Engkau akan dapati aku insyaAllah daripada orang-orang yang baik layanannya.” Musa menjawab: “Perjanjian itu adalah di antaraku denganmu (tetap dihormati bersama). Yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah hendaknya aku disalahkan. Allah jua yang menjadi pengawas terhadap apa yang kita katakan. ”
(Al-Qasas: 26-28)
1 Riwayat Muslim dalam kitab talak, bab tiada nafkah bagi perempuan yang diceraikan dengan talak tiga, no. 1480; dan Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis mengenai larangan meminang perempuan yang telah dipinang, no. 1135.
Kita juga mengambil contoh daripada perbuatan Saidina Omar al Khattab ketika dia menawarkan anaknya kepada Saidina Osman dan Saidina Abu Bakar. Mereka berdua menolak dan ia dikahwini oleh Nabi s.a.w..‘ ‘
1 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab seorang manusia menawarkan anak perempuan atau adik-beradik perempuannya kepada orang baik.
Sunat-sunat Meminang
Orang yang meminang atau wakilnya disunatkan berkhutbah sebelum meminang dan sebelum akad. Khutbah dimulakan dengan memuji Allah dan bersalawat kepada Nabi s.a.w. kerana Rasulullah s a w. bersabda:
Semua perkara yang ada nilai tetapi tidak dimulakan dengan memuji Allah adalah cacat?
2 Riwayat lbnu Majah dalam kitab nikah, bab khutbah nikah, no. 1894.
Kemudian dia hendaklah berpesan supaya bertakwa kepada Allah dan barulah melahirkan keinginannya sarnbil berkata: “Kami datang untuk meminang anak kamu.”
Wali perempuan juga disunatkan berkhutbah yang dimulai dengan memuji Allah dan berselawat serta berpesan supaya bertaqwa, lalu berkata: “Saya terima pinangan kamu.”
Khutbah sebelum akad nikah lebih ditekankan berbanding khutbah sebelum meminang kerana ia dilakukan oleh para salafussoleh r.hum..
Para Imam rahimahumullah telah mencontohi khutbah Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas‘ud didalam riwayat yang mauquf dan marfu’, sabda Rasulullah s.a.w. maksud:
Jika kamu ingin berkhutbah untuk menyatakan sesuatu hajat, seperti hajat bernikah atau lain-lain, hendaklah kamu, berkata: “Segala puji bagi Allah. Kami memuji-Nya, meminta pertolongan-Nya dan meminta pengampunanNya. Kami berlindung dengan Allah daripada kejahatan diri kami dan d0sa~d0sa amalan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, tidak akan ada sesiapapun yang mampu menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, tiada sesiapapun yang mampu memberi petunjuk kepadanya. Aku naik saksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah Yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.
Allah s.w.t. berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu islam.
(Ali ‘Imran: 102)
Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan mencipta daripadanya akan pasangannya (isterinya, Hawa), serta membanyakkan daripada kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertakwalah kepada Allah yang kamu saling meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya. Peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.
(An-Nisa‘: 1)
Wahai orng-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang benar (dalam segala perkara. Jika kamu berbuat demikian), Dia akan memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah berjaya dengan kejayaan yang besar.”
(Al-Ahzab: 70-71)‘
Hukum Berkhalwat dan Bergaul mesra dengan Tunang
Menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam yang jauh daripada roh Islam, selepas majlis pertunangan diadakan, pasangan lelaki dan perempuan yang bertunang mula bergaul mesra, berdua-duaan dan berkhalwat. Mereka mendakwa tindakan tersebut membolehkan mereka saling mengenali dan mengetahui akhlak dan tabiat masing-
masing. Sedangkan lubuk hati lelaki tersebut mengakui bahawa dia tidak mampu walaupun sedikit untuk menyingkap hakikat sebenar akhlak tunangnya. ‘
Ini kerana dia sendiri sentiasa berfikir untuk berpura-pura di hadapan tunangnya bahawa dialah lelaki yang diidam-idamkan dari segi akhlak, kebaikan dan kecerdikan.’ Tunangnya pula menonjolkan sifat kepura-puraan yang lebih hebat lagi. Dia cuba menggambarkan bahawa dialah perempuan idaman dari segi kelembutan, keperempuanan, adab, akhlak dan perangai.
1 Lihat Syarhu al-Minhaj oleh asy-Syarbini, kitab nikah, 3/138.
Bergaul mesra dan berdua-duaan (khalwat) antara pasangan yang bertunang sebelum akad nikah adalah haram serta tidak diredai oleh Allah Taala. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Tidak boleh sama sekali seorang lelaki berkhalwat dengan seorang perempuan (duduk berdua-duan secara sunyi), melainkan bersama perempuan itu ada mahramnya.’
Tunang sebelum akad nikah dikira sebagai orang asing (bukan mahram).
Perempuan yang berakal dan cerdik ialah perempuan yang tidak memperlihatkan dirinya di hadapan tunangnya (selepas pandangan pertunangan) sehinggalah selesainya akad nikah. Ini kerana dia mesti memikirkan masa depannya dan mengambil kira kemungkinan yang mungkin berlaku yang mesti dihadapi. Dia juga perlu memikirkan jika pertunangannya terputus, lelaki lain tidak akan meminangnya lagi setelah mereka mengetahui perhubungannya dengan bekas tunangnya.
Apabila akad nikah telah berlaku, pergaulan dan khalwat dibenarkan kerana mereka sudah menjadi suami isteri. Mereka boleh melihat pasangan masing-masing tanpa sebarang dosa dan halangan lagi.
1 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab lelaki dan perempuan tidak boleh berkhalwat, no 4935 dan Muslim dalam kitab haji, bab wajib mengerjakan haji sekali seumur hidup, no 1341, daripada lbnu Abbas r.huma..