C. Syarat-syarat Penerima Wakaf
Penerima Wakaf boleh dibahagikan kepada dua kategori :
1. Penerima khusus sama ada seorang ataupun lebih.
2. Penerima tidak khusus, contohnya mewakafkan kepada golongan tertentu seperti golongan fakir.
Kedua-dua kategori ini mempunyai syarat yang tersendiri.
1. Syarat-syarat Penerima Khusus
Sekiranya penerima Wakaf ini dikhususkan sama ada seorang ataupun lebih, ia perlu menurut syarat-syarat berikut:
Dia berkeupayaan memiliki harta ini ketika Wakaf tersebut dilafazkan.
Maksudnya dia hidup ketika itu. Oleh itu, tidak sah seseorang mewakafkan
harta kepada anaknya sedangkan dia tidak pun mempunyai anak. Begitu
juga sekjranya dia mewakafkan harta untuk anak-anak si fulan yang fakir
sedangkan anak-anak si fulan tersebut tidak fakir. Wakaf seperti ini
tidak sah.
Wakaf juga tidak sah kepada janin, orang yang telah mati, haiwan, kediaman atau sebagainya yang dianggap tidak
berkeupayaan untuk memiliki harta Wakaf ketika itu.
Berdasarkan kepada asas ini juga, tidak sah mewakafkan mushaf al-Quran atau buku-buku ilmu Islam kepada orang yang bukan Islam, kerana mereka tidak diharuskan memilikinya. Tidak sah juga pewakaf mewakafkan hartanya untuk dirinya sendiri kerana ia perbuatan sia-sia. Seolah-olah dia melakukan sesuatu yang telah sedia berlaku, kerana harta tersebut sememangnya miliknya dan tiada apa-apa yang berlaku dengan perbuatannya itu.
Wakaf kepada orang kafir
Ulamak-ulamak mazhab Syafie berpendapat bahawa harus mewakafkan harta kepada orang kafir sekiranya orang kafir itu adalah kafir zimmi yang tertentu, selagimana pewakaf tidak berniat jahat. Ini kerana memberi sedekah kepada orang kafir adalah harus, begitu juga dengan Wakaf.
Jika didapati ada kemungkinan penerima Wakaf akan melakukan maksiat dengan harta Wakaf tersebut, maka Wakaf tersebut tidak sah kerana maksiat tersebut akan menghilangkan hikmat dan tujuan Wakaf. Ini seperti mewakafkan harta kepada rahib yang berkhidmat di gereja.
Adapun orang kafir mu ’ahid (yang membuat perjanjian damai) dan orang kafir musta‘min (yang meminta perlindungan dengan kerajaan Islam), maka mereka ini dibenarkan menerima Wakaf sebagaimana kafir zimmi. Keharusan ini adalah selagi mana mereka berada di dalam negara Islam dan berpegang kepada perjanjian mereka.
Bagi orang kafir harbi atau orang yang murtad pula, adalah tidak sah mewakafkan harta kepada mereka. Ini kerana selagimana mereka berkeadaan sedemikian, mereka ini tidak akan kekal dan kekufuran mereka tidak boleh diakui.
Wakaf merupakan sedekah jariah. Oleh itu, apabila mewakafkan harta yang tidak bersifat kekal dianggap tidak sah begitulah juga tidak sah mewakafkan harta kepada orang yang tidak akan kekal. Syarak telah memerintahkan agar mereka ini diperangi dan dibunuh. Rasulullah‘ s.a.w. bersabda:
Aku diperintahkan agar memerangi semua manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan
Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila
mereka melakukan perkara itu, mereka telah memelihara darah mereka daripadaku melainkan dengan hak Islam, dan perhitungan mereka terserah kepada Allah.‘1
1 Diriwayatkan oleh Bukhari (25) di dalam [Kitab Iman, Bab Tafsiran Ayat: Sekiranya Mereka Bertaubat Dan Mendirikan Sembahyang Dan membayar Zakat Maka lepaskanlah Mereka] dan Muslim (22) di dalam [Kitab Iman, Bab Perintah Agar Memerangi Semua Manusia Sehinggalah Mereka Mengakui Tlada Tuhan Melainkan Allah Dan Muhammad Adalah Utusan Allah] daripada Abdullah bin Umar bin al-Khattab r.a.
“Dengan hak Islam” bermaksud apabila mereka melakukan sesuatu
perbuatan yang mengakibatkan mereka menerima hukuman, sama ada pada
harta atau pada jasad mereka, maka mereka akan dihukum qisas.
”Perhitungan mereka terserah kepada Allah” bermaksud hanya Allah yang
mengetahui dan menghisab mereka
berhubung isi hati mereka dan apa yang mereka rahsiakan.
Dalam sebuah hadis lain, Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.2
2 Diriwayatkan oleh Bukhari (2795) dl dalam [Kitab Jihad, Bab 1’|dak Akan Diazab Dengan Azab Allah] , Tarmlzi (1458) di dalam [Kitab Hudud, Bab Hadis Mengenai Murtad] dan lain-lain daripada lkrimah r.a.
2. Syarat-syarat Penerima Tidak Khusus
Penerima yang tidak dikhususkan seperti golongan fakir, masjid, sekolah atau sebagainya hanya perlu memenuhi satu syarat supaya Wakaf tersebut dianggap sah iaitu:
Wakaf tersebut mestilah tidak bertujuan jahat atau berbentuk maksiat kerana ia hanya membantu penerima melakukan dan mengekalkan maksiatnya. Wakaf disyariatkan untuk mendekatkan diri dengan Allah. J adi, Wakaf dan maksiat adalah dua perkara yang sama sekali tidak akan bersatu.
Berdasarkan kepada syarat ini, adalah tidak sah mewakafkan harta kepada rumah-rumah ibadat orang kafir seperti gereja atau kuil. Sama ada harta ini diwakafkan untuk pengurusan, permaidani, lampu, atau untuk pembinaan atau untuk keindahan atau sebagainya.
Begitulah juga mewakafkan senjata untuk pengacau-pengacau atau perompak-perompak adalah tidak sah. Harta ini hanya akan membantu mereka melakukan jenayah.
Dengan keterangan ini jelaslah bahawa mewakafkan harta kepada fakir miskin, ulamak, qari-qari, pejuang-pejuang Islam, atau mewakafkan harta kepada Kaabah, masjid, sekolah, kota, hospital, atau mewakafkan harta untuk mengkafankan jenazah adalah harus dari segi syarak. Bahkan ia adalah amalan yang digalakkan oleh agama dan dijanjikan ganjaran pahala.
Dalilnya adalah sama sebagaimana dalil-dalil yang menyatakan tentang keharusan wakaf dan galakan wakaf sebagaimana yang disebutkan sebelum ini.
Wakaf kepada orang kaya
Harus mewakafkan harta kepada orang kaya sebagaimana sedekah juga diharuskan untuk mereka. Mewakafkan harta kepada mereka bukan bermakna menderhakai Allah. Wakaf bermaksud memberi hak milik dan golongan kaya berhak untuk memiliki harta.
Takrif fakir miskin dan kaya dalam konteks wakaf
Jikalau pewakaf mewakafkan sebuah rumah dengan berkata: “Saya mewakafkannya supaya digunakan oleh golongan fakir atau pun saya mewakafkannya supaya digunakan oleh golongan kaya.” Apakah yang dimaksudkan dengan fakir miskin di sini dan siapa pula yang dimaksudkan dengan golongan kaya?
Fakir Miskin
Ulamak menetapkan orang fakir dalam konteks wakaf ialah orang yang layak menerima zakat. Orang yang layak menerima zakat kerana kefakirannya bermakna ia juga layak menerima wakaf kerana kefakirannya. Sebaliknya orang yang tidak layak menerima zakat juga tidak layak menerima hasil wakaf ini.
Berdasarkan kepada kenyataan di atas, harus menyerahkan harta wakaf kepada orang miskin iaitu orang-orang yang berkeadaan lebihbaik daripada orang fakir. Ini kerana mereka juga berhak menerima zakat.
Walau bagaimanapun tidak harus membelanjakan harta wakaf kepada isteri yang fakir sedangkan ia masih mempunyai suami yang masih memberikan ia makan dan nafkah. Begitu juga dengan anak-anak yang masih boleh ditanggung oleh bapa. Ini kerana mereka semua tidak layak menerima zakat.
Golongan Kaya
Ulamak menetapkan golongan kaya dalam konteks wakaf ialah orang yang tidak layak menerima zakat sama ada kerana harta yang dimilikinya atau kerana kekuatan yang dimilikinya atau kerana perbelanjaannya telah ditanggung oleh orang lain.
Wakaf untuk Kebajikan atau untuk jalan Allah
Jikalau pewakaf berkata: “Aku mewakafkan tanahku agar ia digunakan untuk jalan kebajikan atau pahala.” Siapakah yang berhak menikmati harta wakaf ini?
Jawapannya; Orang-orang yang layak menikmati harta wakaf ini adalah kaum keluarga pewakaf. Sekiranya tiada maka orang-orang yang layak menerima zakat kecuali golongan amil dan mualaf.
Jikalau pewakaf tersebut berkata: “….untukjalan Allah,” maka orang-orang yang layak menikmati harta wakaf tersebut ialah golongan pejuang perang yang layak menerima zakat.
Jikalau wakafnya ditujukan untuk kebajikan dan jalan Allah maka satu pertiga daripada harta wakaf tersebut adalah untuk para pejuang perang, satu pertiga untuk kaum keluarga pewakaf dan satu pertiga lagi untuk golongan-golongan penerima zakat kecuali golongan amil dan mualaf.
Wakaf untuk hiasan masjid dan binaan kubur
Para Fuqahak berpendapat tidak sah mewakafkan harta untuk mencantikkan atau menghias masjid termasuk membuat binaan kubur. Ini kerana orang yang mati akan hancur dan kubur mereka tidak perlu diperindahkan. Tidak harus membazirkan harta pada perkara yang tidak bermanfaat.
Malangnya, hukum ini tidak dihiraukan oleh orang-orang Islam masakini. Mungkin perbuatan umat Islam kini diperakui oleh ulamak sendiri atau pun mereka hanya berdiam diri sahaja.
Kita lihat pada hari ini umat Islam menghimpunkan Wang dari orang kaya dan miskin, dari harta-harta wakaf dan dari sumbangan orang ramai semata-mata untuk mencantikkan masjid, menghiasi dinding atau kubah dan membina mimbar yang hebat? Sama ada perbuatan ini dilakukan kerana jahil atau sengaja, ia adalah pemhaziran yang tidak diizinkan syarak. Pembaziran ini hanya melukakan hati orang ramai dan mengganggu sembahyang mereka. Seolah-olah mereka yang melakukan ini tidak pernah membaca firman Allah:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, yang khusyuk dalam sembahyang mereka.
(Al-Mukminun: 1 & 2)
Bagaimana mereka dapat khusyuk dalam sembahyang sedangkan di hadapan, di belakang, di kiri dan di kanan mereka penuh dengan ukiran yang melalaikan mereka?
Begitu juga yang dilakukan kepada binaan kubur. Kubur dihias, dimarmar dan dibina kubah di atasnya, sehinggakan apa yang kita sangkakan istana rupanya kubur. Seolah-olah penghuni kubur tersebut masih hidup dan dapat menikmati keindahan bangunan itu.
Terdapat segelintir masyarakat yang membelanjakan sebahagian harta mereka untuk membina kubur mereka sendiri. Mereka mewasiatkan agar kubur mereka didirikan dengan binaan yang besar dan mewah di mana mereka bakal ditempatkan. Wasiat sebegini adalah tidak sah pada segi syarak dan sia-sia.
Imam an-Nawawi menyebut dalam Matan al-Minhaj: “Adalah makruh meletakkan marmar pada kubur, atau pun membina dan menulis sesuatu padanya. Sekiranya binaan tersebut dibina di atas kawasan kubur awam maka hendaklah diruntuhkan.”
Al-Khatib asy-Syarbini menyebut di dalam Mughni al-Muhtaj: “Hendaklah binaan tersebut diruntuhkan kerana ia mengganggu orang ramai Tidak kira sama ada ia membinanya dalam bentuk kubah atau rumah atau masjid atau sebagainya.”
Wakafan orang kafir kepada rumah ibadat mereka
Sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini adalah tidak harus seorang Islam mewakafkan hartanya kepada gereja atau seumpamanya kerana ia membawa kepada maksiat.
Di sini saya nyatakan juga adalah tidak harus bagi seorang zimmi mewakafkan hartanya kepada gereja atau rumah ibadat lain berdasarkan kepada syariat dan iktikad kita. Ini sekiranya mereka mengadu masalah ini kepada kita atau bertanya kita tentang hal ini. Kita akan tetapkan hukum bahawa tidak sah harta Wakaf yang mereka berikan kepada gereja atau rumah ibadat lain.
Sekiranya mereka tidak mengadu masalah ini kepada kita dan tidak meminta pandangan kita maka kita tidak perlu bersuara dan kita biarkan mereka dengan amalan mereka.
Mengenai harta yang telah diwakafkan kepada gereja sebelum nabi diutuskan maka kita menganggapnya sebagai sah dan kita mengiktirafnya sebagaimana kita mengiktiraf kewujudan gereja tersebut.