Nafkah Suami kepada Isteri
Ijma’ ulama mengatakan suami wajib memberikan nafkah kepada isteri dengan syarat tertentu yang kita akan sebutkan.
Dalil Suami Wajib Memberikan Nafkah kepada Isteri
Kewajipan ini berpandukan kepada dalil al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w..
Dalil daripada al-Quran:
Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggung jawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.
(An-Nisa‘: 34)
Ayat di atas menunjukkan bahawa suamilah yang bertanggung jawab memberikan nafkah.
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan. Kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
(Al-Baqarah: 233)
Dalil daripada hadis ialah sabda Rasulullah s.a.w.;
Bertakwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan perempuan (isteri), kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah, dan kamu telah menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya di atas hamparanmu (memasuki rumahmu). Jika mereka melakukannya, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak rnencedérakan. Kewajiban kamu untuk mereka pula ialah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik: Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepadanya, iaitu kitab Allah.’
Rahsia Diwajibkan Suami Memberikan Nafkah kepada Isteri
Kehidupan berumah tangga mesti dibina di atas salah satu daripada tiga asas berikut:
- Suami bertanggung jawab mengetuai rumah tangga dan bertanggung jawab memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak.
- Isteri mengambil alih semua tanggung jawab tersebut sebagai ganti kepada tanggung jawab suami.
- Suami isteri sama-sama’ bekerjasama melaksanakan tugas mencari harta dan memberikan nafkah
Apakah yang akan bérlaku jika kita meninggalkan asas pertama yang merupakan hukum syariah Islam lalu mengambil asas kedua atau kétiga?
Beberapa perkara akan berlaku kesan tindakan tersebut;
- Ia melibatkan masalah mas kahwin. Sama ada perempuan bertanggung jawab memberikan seluruh mas kahwin kepada lelaki atau mereka berdua sama-sama bertanggung jawab menyediakan mas kahwin.
Kesan yang pasti hasil daripada fenomena ini ialah wanita akan keluar mencari lelaki untuk dijadikan suami, sedangkan Allah telah memuliakan mereka dengan menjadikan lelaki yang mencari mereka untuk dijadikan isteri. Ini kerana orang yang mengeluarkan harta (pemberi mas kahwin) akan mencari orang yang menerima. Apabila fenomena ini berlaku, mereka pasti akan berhadapan dengan pelbagai tribulasi akibat penipuan dan pembohongan golongan lelaki demi mendapatkan suami yang mampu memberikan perlindungan dan boleh diharapkan. - Perempuan terpaksa melibatkan diri di dalam usaha-usaha untuk bekerja dan mencari rezeki. Impikasinya, mereka terpaksa bersaing dengan golongan lelaki di dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Jika ini yang dilakukan oleh perempuan, mereka akan terdedah kepada perkara-perkara negatif yang merosakkan. Realiti hari ini adalah bukti paling jelas terhadap kenyataan ini.
Ketika itu juga, rumah tangga yang memerlukan seseorang yang boleh mengurus dan menjaga hal ehwalnya, serta mendidik anak-anak kecil tidak dapat dipenuhi. Malah rumahtangga menjadi tidak terurus Rumahtangga yang sepatutnya menjadi sumber kebahagiaan, pencetus, kedamaian dan tempat untuk kerehatan dan ketenangan kini bertuk menjadi punca masalah dan gangguan. ‘
Realiti yang berlaku pada hari ini juga merupakan bukti terbesar terhadap apa yang kita perkatakan. - Jika rumah tangga dibina di atas salah satu daripada dua rukun yang telah disebutkan tadi, sudah pasti hak talak berada di tangan isteri sama ada secara berkongsi atau mutlak. Undang-undang ekonomi dan sosial menyatakan: Sesiapa yang mengeluarkan belanja, maka dialah yang berkuasa.
Di dalam perbincangan di bawah tajuk talak, anda telah mengetahui bahawa terdapat hikmat yang amat besar apabila dalam banyak keadaan, hak talak berada di tangan lelaki.
Demi menjadikan setiap pasangan sebagai asas kebahagiaan antara satu sama lain; demi menjadikan rumah tangga sentiasa tenteram, harmoni dan tenang; demi menjadikan wanita sentiasa dipandang mulia dan sentiasa diperlukan oleh lelaki; dan demi untuk tidak memalukan lelaki apabila mereka hanya berperanan sebagai penunggu ataupun penipu: maka mencari dan memberi nafkah kepada keluarga adalah kewajipan suami, bukannya isteri.
1 Rlwayat Muslim dalam kitab haji, bab haji Nabi s.a.w., no. 1218, daripada Jabir r.a., dalam hadis Haji Wada’ yang panjang.
Syarat Suami Wajib Memberikan Nafkah kepada Isteri
Suami wajib memberikan nafkah apabila isteri dengan memenuhi syarat-syarat berikut:
- Isteri menyerahkan dirinya kepada suami. Syarat ini bermaksud, isteri tidak menolak permintaan suami untuk melakukan istimta’ (bersetubuh/berseronokseronok) yang dibenarkan oleh syarak. Jika isteri menolak permintaan tersebut sekalipun dengan hanya melakukan sebahagian istimta’, suami tidak wajib memberikan nafkah kepada isterinya.
Jika suami ingin melakukan istimta’ dalam bentuk yang diharamkan seperti bersetubuh ketika isteri dalam haid, keengganannya memenuhi kehendak suami itu tidak menggugurkan kewajiban suami memberikan nafliah kepadanya. - Isteri perlu mengikut suaminya tinggal di tempat atau di rumah yang dipilih oleh suaminya. Dia wajib tinggal di situ melainkan jika tidak sesuai untuk didiami daripada segi syarak. Jika suami memilih untuk tinggal di negeri yang tidak mendatangkan mudarat yang diiktiraf oleh syarak kepada isteri, atau suami memilih untuk tinggal di rumah yang memenuhi syarat yang diiktirafoleh syarak, tetapi isteri enggan tinggal di negeri atau di rumah tersebut, suami tidak wajib memberikan naikah kepadanya kerana isteri dikira telah menderhakai suaminya (nusyuz)
Jika semua syarat di atas telah dipenuhi, suami wajib memberikan semua nafkah yang diperlukan oleh isteri. Perkara ini kita akan bincangkan secara lebih mendalam selepas ini. Dengan ini dapat difahami, kewajiban suami memberikan nafkah bukan disebabkan akad perkahwinan semata-mata
Kadar Nafkah Isteri Dikira Berdasarkan Keadaan Suami
Nafkah yang mesti diberikan kepada isteri mempunyai kadar tertentu. Walau bagaimanapun, jumlah dan jenisnya berbeza berdasarkan kemampuan suami.
Kedudukan isteri (kaya, miskin, berketurunan dan lain-lain) tidak mempengaruhi kadar tersebut. Ini kerana faktor yang diambil kira ialah kemampuan. Faktor ini merujuk kepada pemberi nafkah bukan penerima nafkah.
Dalilnya ialah firman Allah Taala: ‘
Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah menurut kemampuannya. Sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberatkan seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang berikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
(At-Tolaq: 7)
Allah telah menjadikan faktor yang diambil kira ialah keadaan suami, senang atau susah. Bukannya bergantung kepada tahap dan kedudukan isteri. Syarak telah mengkategorikan kemampuan suami kepada tiga tahap:
- Senang (kaya).
- Sederhana.
- Fakir.
Dalam menentukan suami berada di tahap mana, adat kebiasaan setempat (‘uruf) adalah penentunya.
i. Suami yang kaya wajib memberikan nafkah seperti berikut:
- Dua cupak (dua kautan penuh tangan) makanan asasi penduduk setempat setiap hari termasuk keperluan yang diperlukan untuk menjadikannya roti. Suami boleh juga menyediakan roti yang telah siap.
- Memberikan al-udm (makanan yang dimakan dengan roti) yang menjadi kebiasaan penduduk negeri tersebut. Iaitu makanan yang menjadi kebiasaan orang kaya di tempat itu.
Para ahli fikah membincangkan secara panjang lebar perkara ini tetapi realiti sebenar hendaklah merujuk kepada adat kebiasaan penduduk setempat.
3. Pakaian yang layak bagi isteri orang kaya di kawasan tersebut. Ia dapat dilihat dengan jelas melalui jenis dan mutu pakaian yang biasa dipakai oleh penduduk setempat. Jumlah pakaian pula bergantung kepada keperluan dan bukannya kebiasaan penduduk setempat. Termasuk juga di dalam konteks pakaian ialah perabot, hamparan, alatan memasak dan seumpamanya. .
Dalil kebiasaan setempat (‘uruf) sebagai penentu ialah firman Allah Taala:
Dan kewajipan bapa pula ialah memberikan makanan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya.
(A1-Baqarah: 233) ‘
ii. Suami yang sederhana kemampuannya, wajib memberikan nafkah:
- Satu cupak setengah makanan asasi penduduk setempat setiap hari. Ia juga mesti mengambil kira perkara-perkara yang telah kami sebutkan mengenai suami yang kaya.
- Memberi al-udm (makanan yang dimakan dengan roti) yang rnenjadi kebiasaan golongan pertengahan penduduk setempat baik. Jenis dan kuantitinya hendaklah dirujuk kepada kebiasaan penduduk setempat.
- Pakaian yang sesuai bagi wanita-wanita setaraf dengannya yang tinggal di kawasan tersebut. Begitu juga keper1uan-
- keperluan rumah yang lain.
iii. Suami yang fakir wajib memberikan nafkah:
- Secupak makanan asasi menurut kebiasaan penduduk setempat setiap hari.
- Al-udm yang menjadi kebiasaan fakir miskin di negeri itu.
- Pakaian yang layak bagi isteri-isteri setaraf dengannya yang tinggal di kawasan tersebut.
Dalil yang menunjukkan keadaan suami diambil kira dalam masalah di atas ialah hadis Nabi s.a.w.:
Muawiyah al-Qusyairi r.a. berkata: “Aku pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanya: ’Apa kata Tuan mengenai isteri-isteri kami?’ Baginda menjawab: Berilah mereka makan daripada apa yang kamu makan. Berilah mereka pakai daripada apa yang kamu pakai. Jangan pukul mereka, dan jangan hina mereka. ‘
Tambahan
Sebagai tambahan kepada perbincangan di atas, dengan mengambil kira keadaan suami yang berbeza-beza, perkara yang termasuk dalam nafkah kepada isteri ialah:
a. Rumah yang sesuai dengan kemarnpuan si suami dan boleh di diami oleh isterinya. Paling kurang ia mesti mempunyai keperluan asasi yang sememangnya diperlukan.
b. Semua peralatan yang mesti digunakan untuk kebersihan. Begitu juga alat-alat perhiasan jika meminta isteri berhias untuknya.
c. Pembantu rumah (khadam) jika di rumah bapanya sebelum isteri mempunyai khadam yang berkhidmat untuknya. keadaan ini, khadam hendaklah disediakan tanpa kira sama ada suami di kalangan orang senang,
atau susah. Suami wajib menyediakan seorang khadam boleh berkhidmat bagi memenuhi keperluan isterinya
Khadam mestilah perempuan atau kanak-kanak mumayyiz tetapi belum baligh atau mahramnya. Gaji pembantu rumah dibayar oleh suami.
Adakah Nafkah Kepada Isteri Berbentuk Tamkin atau Tamlik
Sebelum ini telah dijelaskan perbezaan di antara tamkin dan tamlik di dalam perbahasan mengenai nafkah usul kepada furu’ dan nafkah furu’ kepada usul
Di sini kita simpulkan:
Jika isteri makan dan tinggal bersama suaminya sebagaimana yang biasa berlaku pada hari ini tanpa adanya perjanjian yang menentukan kadar tertentu makanan asasi dan al-udm yang mesti diberikan kepada isteri, nafkah ini dikira sebagai tamkin dan bukan tumlik. Kewajiban tersebut digugurkan dengan berlalunya masa (tidak diberikan pada masanya).
Jika isteri membuat perjanjian yang menentukan kadar nafkah ynng tertentu dengan suaminya, ataupun qadi telah mewajibkan suami membayar kadar nafkah yang tertentu kepadanya, ketiika itu nafkah tersebut mempunyai kadar tertentu dan mesti diberikan walaupun masa yang sepatutnya diberikan telah berlalu. Nafkah jenis ini dikira sebagai tamlik (pemilikan). Isteri boleh meminta benda lain yang disukainya sebagai ganti kepada nafkah tersebut.
___________________
1 Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kitab nikah, bab hak isteri ke atas suaminya, 2144.
2 Tamlik (pemilikan) ialah apabila suami tidak memberikan nafkah pada waktunya, keperluan memberikan nafkah tersebut telah tiada, maka suami dikira berhutang perlu menjelaskannya. Tamkin pula ialah apabila suami tidak memberikan nafkah waktunya, dan keperluan memberikan nafl<ah telah tiada, maka ia tidak dikira hutang. Ketika itu suami tidak wajib memberikannya. (pent).
Kesan Urf (kebiasaan setempat) dalam Menentukan Kadar Nafkah
Sebelum ini telah dijelaskan, kadar makanan asasi yang mesti diberikan tidak terkesan dengan adat setempat. Dalam semua keadaan dan situasi, kadarnya telah ditentukan iaitu dua cupak bagi yang kaya, satu setengah cupak bagi suami yang sederhana dan secupak bagi suami yang fakir miskin.
Suami hendaklah memberikan roti kepada isterinya, atau bijirin beserta keperluan untuk menjadikannya roti.
lni kerana makanan asasi adalah keperluan daruri dan tidak terkesan dengan perbezaan ‘urf (kebiasaan setempat).
Mengenai selain makanan asasi yang daruri, seperti al-udm, pakaian dan sebagainya, ditentukan berdasarkan kebiasaan setempat pada masa itu. Walau bagaimanapun kebiasaan tersebut mestilah tidak bertentangan dengan hukum-hakam Syariat Islam.
Oleh itu, kadar nafkah tidak terkesan dengan kebiasaan setempat yang keterlaluan dan membazir atau majlis-majlis keraian yang tidak bermanfaat, seperti yang banyak berlaku pada hari ini.
Kesan Suami Kesempitan untuk Memberikan Nafkah
Apabila suami kesempitan untuk mernberikan nafkah, kesempitan tersebut disebabkan dia telah dikategorikan berada tahap sederhana atau fakir (sebelumnya senang / kaya), kesempitan tersebut tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya. Isteri bersamanya dan menerima apa yang berlaku dengan reda.
Jika kesempitan bertambah sehingga ke tahap fakir sepenuhnya, ketika itu isteri boleh meminta fasakh nikah.
Jika isteri meminta fasakh, qadi mesti menunaikannya mereka berdua hendaklah dipisahkan. Walau tindakan tersebut diambil selepas suami tidak mampu memberikan nafkah sekurang-kurangnya tiga hari. Ini dilakukan
mempastikan suami benar-benar tidak mampu kerana kesempitan tersebut hanya sementara, dan akan hilang
Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi s.a.w. bersabda mengenai seorang lelaki yang tidak mempunyai sesuatu untuk dinafkahkan kepada isterinya: ‘Hendaklah dipisahkan di antara mereka berdua
Apabila isteri reda untuk terus hidup bersama sekalipun susah, dia masih boleh meminta fasakh selepas itu kerana kesusahan yang berlaku ekoran ketidakmampuan suami memberikan nafkah berlaku setiap hari sedangkan pada setiap hari ada hukum-hukumnya yang tersendiri.
Walau bagaimanapun, isteri tidak harus meminta fasakh jika suami tidak mampu memberikan sebahagian daripada nafkah golongan fakir seperti tidak mampu memberikan (makanan yang dimakan bersama roti) kerana ia hanyalah penyempurna sahaja dan manusia boleh hidup tanpanya juga jika suami tidak mampu menyediakan khadam rumah). Ini kerana khidmat pembantu rumah hanyalah penyempurna sahaja sedangkan tanpanya, seseorang melaksanakan tugas hariannya sendiri.
Jika suami tidak mampu menyediakan semua nafkah sepatutnya diberikan oleh suami yang berada di tahap fakir, itu isteri berhak meminta fasakh.
1 Riwayat Daraqutni dalam kitab nikah, bab mas kahwin, 3/297.
5. Nafkah-nafkah Lain
Disamping perkara yang disebutkan di atas, manusia juga bertanggung jawab memberikan nafkah-nafkah yang lain, selain yang telah kita sebutkan berdasarkan kepada apa yang dimilikinya:
i. Nafkah Kepada Binatang
Binatang terbahagi kepada tiga jenis seperti berikut:
1. Binatang yang boleh dimakan.
2. Binatang peliharaan yang tidak boleh dimakan.
3. Binatang yang tidak dipelihara dan tidak boleh dimakan
Pertama: binatang yang boleh dimakan.
Termasuk di dalam jenis ini ialah semua jenis binatang ternakan yang boleh dimakan. Tuannya boleh memilih sama ada memberikan nya makanan dan minuman bagi membolehkannya terus hidup, menyembelihnya untuk dimakan, menjualkannya atau menghadiahkannya kepada orang lain. Jika dia tidak menyernbelih dan tidak menjual atau menghadiahkannya kepada orang lain, dia hendaklah dipaksa supaya memberikan makanan dan minuman kepada binatang peliharaannya dengan kadar yang rnencukupi bagi membolehkannya terus hidup. J ika tidak, dia hendaklah dipaksa supaya menjualnya. Jika dia masih berdegil, binatang itu hendaklah dirampas dan dijual.
Kedua: Binatang peliharaan yang tidak boleh dimakan. Di antara binatang peliharaan yang tidak boleh dimakan ialah anjing yang digunakan untuk berburu dan tidak pelahap, kucing, helang, lebah dan sebagainya. Pemiliknya mesti menjaga dan memberikan nafkah (makanan dan minuman) kepada binatang tersebut. Jika dia tidak membérikannya nafkah, dia dimestikan menjualnya. Jika dia berdegil, atau tidak ada pembeli, dia mestilah menyerahkan binatang tersebut kepada sesiapa yang boleh
memanfaatkannya demi memelihara survivalnya.
Ketiga: Binatang yang tidak dipelihara dan tidak boleh dimakan.
Contoh binatang yang tidak dipelihara dan tidak boleh dimakan ialah anjing liar yang mengganggu ketenteraman dan binatang-bintang yang berbisa. Orang ramai tidak perlu memberikan makanan dan minuman (nafkah) kepadanya. Ini kerana membunuhnya adalah tidak salah selagi keadaannya tidak berubah.
Dalil wajib memberikan nafkah kepada binatang yang dimakan dan binatang peliharaan
Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.:
Seorang perempuan telah masuk neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan. Dia juga tidak melepaskan kucing itu makan daripada haiwan yang ada di atas muka bumi, sehinggalah kucing itu mati kerana terlalu lemah dan lapar.‘
Kucing adalah contoh binatang peliharaan sama ada ia boleh dimakan atau tidak. Walau bagaimanapun binatang yang tidak dipelihara seperti lima jenis binatang perosak seperti yang disebutkan di dalam hadis terkeluar daripada hukum di atas. Hadis tersebut ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
Lima. jenis binatang merupakan binatang perosak yang menyakiti. Ia boleh dibunuh di tanah halal dan tanah haram, iaitu ular, gagak yang ada warna putih di beiakang dan perutnya, tikus, anjing garang (yang mencederakan orang) dan helang?
ii. Nafkah kepada Pokok dan Tanaman
Maksud memberikan nafkah kepada pokok dan tanaman ialah menyiram dan menjaganya. Jika tuannya tidak mahu menebangnya untuk membangunkan tanah atau sebagainya, dia hendaklah menyiram dan rnenjaga pokok atau tanaman tersebut. Ini kerana kecuaian menjaganya dianggap mensia-siakan harta benda tanpa sebab-sebab yang dibenarkan syarak .
Jika pokok-pokok atau tanaman tersebut ditebang untuk diambil faedah daripadanya, atau untuk membangunkan tanahnya (Ian sebagainya, ia dibenarkan kerana tujuan tersebut dibenarkan oleh syarak. ‘
_____________________
1.Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab aI~musaqah, bab kelebihan memberi minum, no 2236; dan Muslim dalam kitab kebaikan, hubungan dan adab-adab, bab haram menyiksa kucing dan sebagainya, no. 2619, dan dalam kitab salam, bab haram membunuh kucing no. 2242, daripada Abu Hurairah r.a.. ,
2 Riwayat Bukhari dalam kitab kepungan dan balasan memburu, bab binatang yang dibunuh oleh orang yang berihram, no. 1732; Muslim dalam kitab haji, bab binatang yang sunat dibunuh oleh orang yang berihram dan lainnya…, no. 1198; dan lain-Iain, daripada Aisyah r.ha..