14.1. Perutusan Para Nabi dan Rasul
14.2. Pengenalan Nabi
14.3. Pengenalan Rasul
14.4. Nabi dan Rasul kurniaan Alla
14.5. Hikmah diutuskan Rasul
14.6. Pimpinan dengan Syari’at
14.7. Tugas-tugas Nabi dan Rasul
14.8. Nabi dan Rasul bersifat manusia
14.9. Kelebihan Para Rasul
14.10. Perbezaan Rasul-Rasul dengan manusia
A. KEBANGKITAN RASUL-RASUL ALLAH
Wajib atas tiap-tiap mukallaf percayakan rasul-rasul serta mengetahui sifat-sifatnya dan perkara-perkara yang berkenaan dengannya daripada namanya, keturunannya, bangsanya, tempat daftar akan dia dan sebagainya.
B. PENGENALAN NABI
Adalah lafaz nabi itu asalnya bahasa ‘Arab diterbitkan daripada lafaz “ ” (nubuwwah), maknanya yang tinggi kerana tinggi martabatnya daripada orang lain atau diambil daripada lafaz “ ” (naba) maknanya jalan kerana bahawasanya ia jalan kepada Allah, tetapi makna nabi pada syara’ iaitu seorang manusia yang lelaki lagi merdeka yang disampaikan (yang diwahyukan) hukum- hukum kepadanya supaya ia ber‘amal menurut hukum-hukum itu dengan tiada diperintahkan ia menyampaikan kepada manusia.
C. PENGENALAN RASUL
Adalah lafaz rasulullah itu asalnya bahasa ‘Arab maknanya utusan, suruhan. Dan maknanya pada syara’, iaitu manusia yang dipilih Allah Ta’ala daripada lelaki yang merdeka lagi yang sehabis-habis sempurna kejadiannya dan bersih pihak keturunannya yang di-sampaikan hukum syara’ kepadanya serta disuruh ia menyampaikan kepada manusia dan jin.
Yang demikian nyatalah perbezaan di antara nabi dengan rasul itu, iaitu tiap-tiap rasul itu nabi, maka tidak tiap-tiap nabi itu rasul, maka nabi itu ‘am dan rasul itu khas
D. NABI DAN RASUL KURNLAAN ALLAH
Adalah jadi nabi dan rasul itu bukanlah dengan jalan diusahakan dengan berbagai-bagai kebajikan dan menjauhkan kejahatan serta berkhalwat pada satu-satu tempat sebagaimana kepcrcayaan ahli falsafah mengatakan:
Pangkat nabi dan rasul dapat dengan diusahakan bersungguh-sungguh membuat kebajikan serta berkhalwat bahkan sebenarnya i’tiqad ahli As-Sunnah wal-Jama’ah wajib atas mukallaf percaya bahawasanya jadi nabi dan rasul itu tidak dapat dengan diusahakan sekali-kali tetapi ia kurniaan daripada Allah Ta’ala bagi sesiapa yang dikehendakinya.
Tidak ada nabi dan rasul-rasul kemudian daripada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam ialah kesudahan nabi-nabi dan rasul-rasul bagaimana firman Tuhan:
Ertinya: Bahawa Muhammad itu ha/can bapa seorang daripada lelakikamu akan tetapi iapesarah Allah Ta ’ala dan penghabisan nabi-nabi dan adalah Allah Ta’ala amat mengetahai akan tiap-tiap sesaatu. (Surah Al-Ahzab: Ayat 40)
Yang demikian nyatalah bahawasanya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam itu ialah kesudahan nabi-nabi dan rasul-rasul dan seruan baginda itu ‘am kepada sekalian umat-umat manusia danjin.
E. HIKMAH DIJADIKAN RASUL
Adalah hikmah dijadikan rasul pada tiap-tiap umat manusia di dalam dunia ini ialah semata-mata kerana menunjuk, mengajar dan memimpin manusia kepada jalan kebahagiaan dunia dan akhirat kerana nafsu manusia itu sentiasa berperangai, tamak pada hendak meluluskan segala keinginannya, kemarahannya dengan tidak hendak menjauhkan mudharat yang kembali kepada dirinya atau orang lain dan lagi di dalam keadaan kejadian yang seperti itu, maka tidak boleh didapafi manusia yang menunnjukkan segala maslahat yang baik bagi dirinya dan bagi diri orang lain dengan tidak ada orang menunjukkan, mengajar dan memimpinkan, maka dengan sebab itulah didatangkan rasul menjadi rahmat bagi sekalian ‘alam.
F. PIMPINAN DENGAN SYARI’AT
Manakala telah diketahui hikmah itu, maka Tuhan menjalankan undang-undang dan memperlakukan amar (suruh) dan nahyu (tcgah) atas sekalian manusia itu dengan kaedah memimpin dan mengajar bukanlah dengan jalan dipaksa dan scbagainya. Keterangan yang menunjukkan demikian itu sebagaimana di bawah ini:
- Ditilik pada tabiat kejadian manusia sebelum bangkit rasul iaitu bertuhankan hawa nafsu yang mendatangkan huru-hara sebagaimana yang telah berlaku pada masa jahiliyyah.
- Keadaan manusia di dalam huru-hara itu sangat berhajat kepada pimpinan dan pengajaran.
- Rasul itu dijadikan daripada jenis anak Adam yang cukup sempurna kejadiannya.
- Ditilik pada diri manusia yang menerima perintah daripada Tuhan itu ada mempunyai ‘aqal-‘aqal, pancaindera yang boleh terima segala ajaran.
- Ditilik pada syari’at yang diajarkan itu tidak turun sekaligus, bahkan turun sedikit demi sedikit mengikut
keadaan manusia dan masa. - Dipandang tentang ber‘amal pula’iait11 syari’at yang diajarkan nabi kepada manusia itu sesuai dengan keadaan manusia dan sebarang masa.
- Ditilik masa dikuasakan manusia menjalankan hukum syara’ itu ialah apakala ia telah baligh lagi ber‘aqal.
G. KERJA-KERJA RASUL
Adalah pekerjaan rasul-rasul itu banyak, maka sebahagian daripadanya iaitu:
- Menyatakan kepada manusia segala ahwal akhirat daripada perkara-perkara yang tak dapat tiada bagi mereka-mereka mengetahuinya serta percaya dengan kenyataan yang diibaratkan olch rasu-rasul itu dengan sekadar yang terkuasa dan terupaya oleh ‘aqal manusia
- Menunjukkan ‘aqal manusia pada mengenal Allah Ta’ala daripada mengetahui sifat-sifat yang wajib, mustahil, yang harus dengan menyatakan perhinggaan yang wajib dituntuti sekira-kira dengan pengetahuan itu dapat memelihara kepercayaan kepada perkara yang didatangkan Allah Ta’ala.
- Mengingatkan dan mengajar manusia untuk memelihara kebesaran Tuhan dengan memperlakukan segala ibadat-ibadat yang difardhukan.
- Menunjuk dan mengajar manusia akan segala hal yang bergantung dengan kehidupan mereka itu di dalam
pekerjaan (mu’amalat) menurut aturan-aturan yang ditentukan untuk keselamatan ‘am. - Memutuskan perselisihan ‘aqal manusia yang diruntun oleh syahwat dan perasaan mementingkan maslahat
diri yang demikian itu membawa kepada kebinasaan, maka hal-hal ini semuanya telah diselesaikan oleh rasul-rasul dengan dasar yang memelihara maslahat ‘am.
H. RASUL-RASUL BERSIFAT MANUSIA
Sudah lepas dinyatakan rasul itu manusia, maka haruslah mereka itu bersifat atau berperangai dengan perangai manusia, seperti; makan, minum, sakit, pening, beranak, beristeri dan lain-lain sifat yang tiada mencederakan
martabat mereka itu.
Adapun perangai yang keji atau penyakit yang keji, seperti; sopak, kusta, gila dan penyakit yang geli, maka mustahillah atas mereka itu faedahnya:
- Membesarkan dan menambahkan pahala dan kebajikan baginya sehingga ia melebihi tinggi pangkat
daripada pangkat malaikat. - Memudah dan menyenangkan manusia menerima syari’at kerana keadaan rasul suatu jenis sama-sama manusia itu menjadikan manusia segera cenderung pada mengambil kebajikan daripadanya.
- Menunjukkan kepada manusia bagaimana kesabaran yang patut dilakukan oleh manusia di dunia ini umpama kena sakit kepada rasul-rasul itu ialah menzahirkan ketetapan dan kesabaran pada ta’atkan Allah Ta’ala supaya diikut oleh manusia tatkala datang bala’.
I. KEKUATAN PADA RASUL-RASUL
Allah Ta’ala menguatkan pesuruhnya pada zahirnya dengan kekuatan yang terbangsa kepada manusia, iaitu berperangai seperti perangai manusia yang tiada men- jatuhkan pangkamya dan pada batinnya dengan kekuatan yang terbangsa kepada malaikat iaitu tidak sekali-kali memperbuat derhaka kepada Allah Ta’ala. Yang demikian berhadap rasul-rasul itu kepada Tuhan dengan sifat malaikat dan berhadap ia kepada manusia dengan sifat kemanusiaan.
J. PERBEZAAN RASUL-RASUL DENGAN MANUSIA
Adalah rasul-rasul ‘alaihimusshalatu wassalam itu dibezakan Allah Ta’ala daripada manusia dengan perbezaan yang menunjukkan atas sebenar-benarnya rasul-rasul itu pesuruh Allah Ta’ala, iaitu dengan beberapa mu’jizat, ertinya perkara-perkara yang lemah ‘aqal manusia memikirkan kejadiannya daripada perkara yang menyalahi ‘adat. Dijadikan Allah Ta’ala berlaku atas tangan rasul-rasulNya seperti boleh menghidupkan orang yang telah mati, menghilangkan sakit kedil, mencelikkan orang yang buta dan boleh mengeluarkan air di antara celah-celah anak jari, tongkatnya mengucap tasbih, demikian juga batu dan kayu mengucap salam kepadanya dan sebagainya.