Mendidik Kanak~kanak Terbuang Tidak Bermakna Menjadikan Mereka Sebagai Anak Sendiri
Galakan mendidik serta memberikan perhatian terhadap kanak-kanak terbuang tidak bermakna kita menjadikan mereka sebagai anak sendiri dan mempunyai hubungan keturunan dengan kita.
Allah s.w.t. telah menerangkan perkara ini dengan jelas dan nyata.
Penjagaan, perhatian dan pendidikan kanak-kanak terbuang adalah wajib. Asasnya ialah persaudaraan Islam dan kasih sayang terhadap manusia. Manakala menjadikannya sebagai anak sendiri bermakna mewujudkan hubungan keturunan (nasab) dengan anak yang terbuang. Ia adalah haram dan batil. Ini kerana asas kepada keturunan ialah kelahiran atau perkahwinan. Hubungan tersebut tidak wujud di antara penjaga dengan kanak-kanak terbuang yang dijaganya.
Juga kerana hubungan keturunan menyebabkan anak berhak mendapat harta pusaka. Perkara ini wajib ditunaikan. Anak juga horhak mendapat nafliah kerana ia adalah kewajipan bapanya.
Juga kerana keturunan adalah asas kepada haramnya perkahwinan, dihalalkan melihat mahram, berkhalwah serta bergaul mesra. Jika kanak-kanak terbuang dijadikan anak sendiri, sudah tentu dia menjadi anak sebenar kepada penjaganya. Ini adalah satu kezaliman kepada para waris penjaga kerana anak tersebut berkongsi harta pesaka dengan mereka. Ia juga satu kezaliman kepada kanak-kanak tersebut dan waris sebenar kanak-kanak tersebut. Ini berlaku ketika sanak saudara yang tidak sebenar membahagikan harta pesakanya tanpa memberikannya kepada waris sebenar kanak-kanak tersebut, ataupun mereka menerima pembahagian harta pusaka tersebut bersama waris sebenar
Situasi di atas adalah suatu kezaliman kepada sistem nilai dan akhlak. Ini berlaku apabila undang-undang menjadikan seseorang sebagai saudara kepada orang luar yang tidak ada hubungan keturunan dengannya, dan membenarkan mereka bergaul sebagaimana pergaulan adik beradik seibu sebapa, sedangkan mereka sebenarnya adalah ajnabi (orang asing). Dan dalam masa yang sama mereka dihalang menggunakan hak untuk berkahwin sedangkan mereka bukannya mahram.
Oleh kerana itu Allah Taala mengharamkan tindakan menjadikan kanak-kanak terbuang (anak angkat) sebagai anak sendiri. Tindakan tersebut bermaksud mewujudkan hubungan keturunan yang tidak Wujud, dan seterusnya memberikan semua hak dan hukum-hakam sepertimana yang dinikmati oleh kaum keluarga yang mempunyai hubungan keturunan. Islam telah mensyariatkan prinsip penjagaan, perhatian dan pendidikan terhadap kanak-kanak terbuang (anak angkat). Prinsip ini mampu mendatangkan kebaikan kepada mereka sekaligus mereka tidak mernerlukan sistem yang menjadikan mereka sebagai anak penjaga. Islam rnenjadikan tanggung jawab tersebut sebagai antara tanggung jawab kritikal dan terpenting kepada penganutnya.