Kesan Penyusuan terhadap Hubungan Kekeluargaan
Jika seseorang perempuan menyusukan seseorang kanak ajnabi (bukan anaknya), anak itu menjadi anak susuannya dan suaminya menjadi bapa susuannya. Hukum yang berlaku hasil daripada penyusuan itu adalah seperti berikut:
- Anak yang disusukan haram berkahwin dengan ibu susuannya.
Dia juga haram berkahwin dengan beberapa golongan daripada
keturunan ibu susuannya. Senarai keturunan ibu susuan yang
haram dikahwini sama seperti senarai keturunan ibunya sendiri. Mereka ialah:
i. Adik-beradik perempuan ibu susuan kerana mereka adalah
ibu saudara susuan.
ii. Anak perempuan ibu susuan kerana mereka adalah adik-
beradik susuan.
iii. Cucu perempuan kepada ibu susuan (anak perempuan kepada anak lelaki ibu susuan, atau anak perempuan kepada anak perempuan ibu susuan) kerana mereka adalah anak perempuan adik beradik lelaki susuan atau anak perempuan adik beradik perempuan susuan.
iv. Ibu kepada ibu susuan (nenek susuan).
Begitu juga dengan keturunan bapa susuan (suami ibu susuan).
Senarai keturunan bapa susuan yang haram dikahwini sama seperti
senarai keturunan ibu susuan. Mereka ialah:
i. Adik beradik perempuan bapa susuan kerana dia adalah ibu saudara susuan.
ii. Anak perempuan bapa susuan Walaupun dengan isteri yang lain kerana dia adalah adik-beradik perempuan susuan. iii. Cucu perempuan kepada bapa susuan (anak perempuan kepada anak lelaki bapa susuan, atau anak perempuan kepada anak perempuan bapa susuan) kerana rnereka adalah anak perempuan adik beradik lelaki susuan atau anak perempuan adik beradik perempuan susuan.
iv. Ibu kepada bapa susuannya kerana dia adalah nenek susuan.
2. Haram kepada ibu susuan dan keturunannya berkahwin dengan anak susuannya sebagaimana yang telah kami jelaskan. Begitu juga haram berkahwin dengan keturunan anak susuan. Ini kerana jika anda mengandaikan ibu susuan adalah ibu sebenar kepada anak susuan, sudah tentu semua keturunan anak tersebut haram dikahwininya. Begitu juga hukumnya dengan ibu susuan.
Sebagaimana anak susuan tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan ibu susuan kerana mereka adalah adik beradik susuan, anak kepada anak susuan (cucu susuan) juga tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan kapada ibu susuan bapanya kerana dia adalah ibu saudara susuan. Begitulah seterusnya.
3. Ibu susuan dan keturunannya yang telah disebutkan sebelum ini boleh berkahwin dengan ahli keluarga anak susuannyacyang lain seperti adik beradik lelaki, bapa dan ibu saudaranya kerana mereka adalah orang asing (ajnabi) kepada ibu susuan dan keturunannya.