Ketika Terdapat Semua Waris Lelaki dan Perempuan

Ketika Terdapat Semua Waris Lelaki dan Perempuan

Jika terdapat semua waris lelaki dan perempuan, dan masing-masing ingin mendapatkan hak penjagaan, pihak yang diberikan keutamaan adalah berdasarkan susunan berikut;
1. Ibu, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud sebelum ini. Juga kerana (sebagaimana yang disebutkan sebelum ini), ibu lebih mengasihi dan menyayangi anaknya.
2. Nenek (ibu kepada Wu) dan ke atas. Kerana kasih sayang yang mereka miliki lebih hampir kepada kasih sayang seorang ibu. Didahulukan pihak terdekat di kalangan yang dekat.
3. Bapa kerana dia adalah asal kepada keturunan.
4. Nenek (ibu kepada bapa), seterusnya datuk (bapa kepada bapa)
5. Adik beradik perempuan seibu sebapa, seterusnya adik beradik lelaki seibu sebapa dan begitulah seterusnya.

Jika mereka berada pada kedudukan yang sama (dalam hieraki kekeluargaan), dan mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan seperti adik beradik seibu sebapa, adik beradik perempuan perlu diutamakan daripada adib beradik lelaki memandangkan kemampuan dan kelayakan mereka dalam menjaga anak-ana

Jika kesemuanya lelaki, atau kesemuanya perempuan dan masing-masing ingin mendapatkan hak penjagaannya, undian perlu dilakukan. Sesiapa yang menerima undian tersebut, mereka yang lebih berhak menjaga kanak-kanak itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *