EDAH

Pengertian Edah

Edah () daripada segi bahasa ialah kata nama terbitan yang diambil daripada kata kerja yang bermaksud: membilang dan menghitung. Perkataan edah dinamakan dengan nama ini kerana ia mengandungi bilangan kesucian daripada haid dan bilangan bulan-bulan.
Edah daripada segi istilah ialah kata nama kepada tempoh masa tertentu seseorang wanita menanti dan tidak berkahwin sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah, berkabung dan bersedih kerana berpisah dengan suami, atau untuk rnemastikan dia tidak mengandung anak bekas suaminya.

Dalil Edah Disyariatkan

Terdapat beberapa ayat al-Quran dan banyak hadis yang menjelaskan pensyariatan edah. Ulama juga sepakat mengatakan edah adalah disyariatkan. Ketika membincangkan tajuk ini kita akan dapati banyak dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang mengupas tentang edah dan sekaligus menunjukkan ia syar’iatkan

Hikmat Edah Disyariatkan

lsteri yang Kematian Suami

Tujuan edah disyariatkan kepada isteri yang kematian suami ialah

Pertama: Melaksanakan hak suami yang telah meninggal dunia. Allah mewajibkan isteri supaya menghormati, setia dan melayan suaminya dengan baik. Oleh itu isteri tidak sewajarnya terus melupakan suaminya sebaik sahaja dia meninggal dunia.

Kedua: Menukar adat jahiliah. Adat jahiliah mewajibkan isteri yang kematian suami berkurung di dalam rumah selama setahun. Dia juga dikehendaki melumur badannya dengan minyak hitam memakai pakaian kotor dan cemar.
Ini dilakukan kerana usaha menghapuskan adat buruk dalam masyarakat tidak sempurna kecuali menggantikannya dengan prinsip yang adil dan saksama; Prinsip yang mengekalkan kebaikan adat yang terdahulu dan menghapuskan keburukan yang ada di dalamnya.

Isteri yang Diceraikan Secara Fasakh dan Talak

Jika isteri diceraikan ketika masih mempunyai haid (bukan kanak-kanak yang belum datang haid atau orang tua yang telah putus haid) atau sedang hamil, hikmat disyariatkan edah ialah menjaga keturunan, menunaikan tanggung jawab dan memastikan dia tidak mengandung anak bekas suaminya. Perkara ini ada jelas.

Jika isteri sudah putus haid atau masih kecil (belum datang haid), hikmat disyariatkan edah ialah:

  1. Sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah yang mengandungi makna tunduk kepada titah perintah Allah. Hikmat ini perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Ia terdapat dalam semua jenis edah yang disyariatkan.
  2. Mengagungkan perkahwinan dan meletakkannya kedfidukan yang sesuai di sisi syarak. Jelas tidak selari dengan keagungan perkahwinan dan kepentingannya apabila pada berikutnya selepas berpisah, isteri terus berkahwin dengan lain sekalipun dia masih kanak-kanak ataupun perempuan yang telah putus haid yang pastinya tidak mengandung untuk bekas suaminya. Tindakan tersebut akan menghilangkan kepentingan perkahwinan dan merendahkan kehebatannya pada pandangan manusia. Di samping itu, ia melahirkan gambaran pelacur. Bukankah seorang pelacur sentiasa ganti pasangan tanpa ada waktu menunggu?
  3. Langkah tambahan dalam memastikan isteri tidak mengandung anak bekas suaminya. Ini kerana kemungkinan berlaku perkara yang di luar jangkaan dan menyalahi kebiasaan tetap ada. Ia berlaku dari semasa ke semasa.

Pembahagian Edah

Edah yang diwajibkan kepada isteri terbahagi kepada dua:
1. Edah kematian.
2. Edah perceraian.

  1. Edah Kematian Suami
    Edah kematian ialah edah yang dikenakan kepada isteri yang kematian suaminya. Ia terbahagi kepada dua jenis:
    i. Jika isteri hamil ketika suami meninggal dunia, edahnya ialah sehingga melahirkan anak tanpa mengira panjang pendek tempoh hamil.
    ii. Jika isteri tidak hamil atau hamil dengan lelaki lain dan tidak mungkin hamil dengan bekas suaminya yang meninggal dunia; seperti suaminya belum baligh atau suaminya telah meninggalkannya lebih daripada empat tahun, edahnya ialah empat bulan sepuluh hari, sama ada dia disetubuhi oleh suaminya atau pun tidak.
    Dalilnya ialah firman Allah Taalaz

    Dan perempuan-perempuan yang mengandung, tempoh edah mereka ialah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. (At-Tolaq: 4)

    Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beredah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis edah, maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada diri mereka menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh syarak). Allah mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
  2. (Al-Baqarah: 234)

Ayat 234 surah al-Baqarah di atas adalah bersifat umum dan meliputi perempuan hamil dan lainnya. Ayat empat surah at-Tolaq di atas pula mengkhususkan keumuman tersebut dan meletakkan hukum khusus bagi perempuan hamil. Ayat ini menjadi dalil yang membezakan edah perempuan kematian suami dan sedang mengandung anak bekas suaminya, dengan perempuan yang kematian suami dan tidak mengandung.

Dalil daripada sunnah Nabi s.a.w. yang menerangkan edah perempuan hamil berakhir dengan melahirkan anak ialah:

Miswar bin Makhramah r.a. berkata: Subai’ah al-Aslamiyyah r.ha. melahirkan anak beberapa malam selepas kematian suaminya. Beliau pun menemui Nabi s.a.w. dan meminta izin untuk berkahwin. Baginda membenarkannya, dan dia pun berkahwin.

2. Edah Perceraian

Edah perceraian ialah edah yang diwajibkan ke atas isteri yang bercerai dengan suaminya selepas persetubuhan sama ada bercerai kerana talak atau fasakh.

  1. Jika dia hamil, edahnya tamat selepas melahirkan anak.
    Dalilnya ialah firman Allah Taala :

    Dan perempun-perempuan yang mengandung, tempoh edah mereka ialah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.
    (At-Tolaq: 4)
  2. Jika dia tidak hamil dan masih mempunyai haid (bukan kanak-kanak yang belum datang haid, atau orang tua yang telah putus haid), maka edahnya tamat dengan berlalunya tiga kali suci selepas diceraikan. Dalilnya ialah firman Allah:

    Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali suci (daripada haid). Tidaklah halal bagi mereka menyernbunyikan (tidak memberitahu) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.
    (Al-Baqarah: 228)

  3. Jika masih kecil (belum datang haid) atau sudah putus haid maka edahnya tamat dengan berlalunya tiga bulan dari tarikh perceraian. Dalilnya ialah firman Allah Taala:
    Dan perempuan-perempuan daripada kalangan kamu yang putus asa daripada kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (tentang tempoh edah mereka), maka edah mereka ialah tiga bulan, dan (demikian juga) edah perempuan-perempuan yang tiada haicl. (At-Tolaq: 4

___________________

1.Riwayat Bukhari dalam kitab talak, bab perempuan yang sedang hamil, no. 5014.

Perempuan yang Diceraikan Sebelum Disetubuhi

Seorang perempuan yang diceraikan secara fasakh atau talak m hulum disetubuhi tidak mempunyai apa-apa edah. Dalilnya ialah firman Allah:


Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuh (bersetubuh dengan) mereka, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka rnengenai sebarang edah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah mut’ah (pémberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan balk.
(Al-Ahzab: 49)

Hukum Hakam Mengenai Edah dan Kewajipannya

Di sana terdapat hukum hakam dan kewajipan-kewajipan yang mesti dilaksanakan disebabkan edah:

1.Edah Perceraian (talak)

Jika edah perempuan itu adalah edah perceraian, sama ada talak raj ‘ie atau talak bain:

Pertama:  Jika edahnya ialah edah talak rajie, hukum yang berlaku disebabkan edah tersebut ialah:

  1. Isteri Wajib mendapat tempat tinggal bersama suaminya Sebaiknya ialah tempat tinggalnya ketika talak dijatuhkan jika sesuai dengannya dan tidak ada halangan syarie yang menghalangnya, dan yang seumpamanya
  2. Isteri wajib mendapat semua bentuk nafkah seperti makanan, pakaian dan sebagainya, sama ada dia hamil atau tidak. Ini kerana isteri masih berada di bawah penguasaan dan pengawalan suami dan boleh dirujuk selagi dia berada dalam edah.
  3. Isteri Wajib berada di rumahnya dan tidak boleh meninggalkannya melainkan kerana dharurat (keadaan terpaksa).
    Dalil ketiga-tiga hukum di atas ialah firman Allah:
    Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani edah) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu. Janganldh kamu memudaratkan mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan kamu hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Jika mereka sedang mengandung, maka berikan nafkah kepada mereka sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.
    (At~Tolaq: 6)


    Jangan kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka (sehingga selesai edah mereka). Jangan pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ) kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.

    (At-Tolaq: 1)
  4. Isteri diharamkan mendedahkan diri kepada pinangan lelaki lain, kerana dia masih lagi di bawah kawalan suaminya, dan suaminya lebih berhak terhadapnya daripada lelaki lain.
  • Firman Allah

Dan suami-suami mereka lebih berhak merujuk mereka kembali dalam masa edah itu jika si suami bertujuan untuk berdamai. (Al»Baqarah: 228)

Kedua: Jika isteri dalam edah talak bain, hukumnya bergantung sama ada talak berlaku ketika hamil atau tidak

Jika isteri hamil, hukum-hakamnya adalah seperti berikut

  1. Suami mesti menyediakan tempat tinggal untuknya. Firman Allah:

    Wahai Nabi, apabila kamu hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan edah mereka. Hitunglah akan masa edah itu. (dengan betul) dan bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah tempat kediaman (sehingga selesai edah mereka). Janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali mereka melakukan perbuatan keji.
    (At-Tolaq: 1)

    Ayat ini umum merangkumi perempuan yang diceraikan dengan talak raji’e dan talak bain.
  2. Suami wajib memberikan semua jenis nafkah kepadanya. Firman Allah Taala: Dan jika mereka sedang hamil, maka berikanlah nafkah kepada mereka sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. (At-Tolaqz 6)
  3. Isteri mesti berada di rumah, tempat dia menghabiskan edahnya. Dia tidak boleh keluar melainkan kerana sesuatu keperluan seperti mencari makanan; atau kerana mata pencariannya ialah dengan berniaga dan tidak ada orang lain yang boleh menggantikan tempatnya itu; atau dia bekerja dan pekerjaannya menghalangnya daripada tinggal di rumah semasa edah. Dia juga tidak diharamkan keluar rumahnya untuk menghilangkan rasa bosannya dengan menziarahi jiran sebelah. Dalil tidak boleh keluar tanpa sebarang keperluan ialah firman Allah Taala:

    Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah tempat kediaman mereka (sehingga selesai edah mereka). Janganlah pula mereka keluar.
    (At-Tolaq: 1) Dalil dibolehkan keluar rumah kerana sesuatu keperluan ialah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya:
    Ibu saudara sebelah ibu saya telah diceraikan. Kemudian dia mahu memetik buah kurmanya, tetapi seorang lelaki telah menghalangnya daripada keluar. Dia pun datang bertanya kepada Nabi s.a.w., lalu Baginda bersabda: “Ya, keluarlah dan petiklah buah kurma kamu. Mudah-mudahan kamu akan bersedekah atau membuat kebaikan.”
    Jika isteri tidak hamil, hukum-hakamnya sama seperti dalam masalah sebelum ini kecuali nafkah dalam segala bentuknya. Dia tidak berhak mendapat Wang perbelanjaan, pakaian dan seumpamanya. Walau bagaimanapun dia wajib mendapat tempat tinggal dan wajib tinggal di situ.
    Dalilnya ialah peristiwa yang berlaku kepada Fatimah binti Quis r.ha. ketika diceraikan oleh suaminya dengan talak bain. Nabi saw. bersabda:
    Kamu tidak mempunyai hak nafkah kecuali jika kamu hamil.

________________________
1 Riwayat Muslim dalam kitab talak, bab isteri yang ditalak bain diharuskan keluar kerana sesuatu keperluan, no. 1483. –

2.Edah Kematian

Jika isteri berada dalam edah kematian suami, dia wajib:

  1. Berkabung atas kematian suaminya dengan meninggalkan memakai perhiasan dan wangi-wangian. Dia tidak dibenarkan memakai pakaian yang menarik perhatian, bercelak dan memakai alat solek, memakai barang-barang perhiasan seperti emas, perak dan sebagainya. J ika dia melakukannya, dia berdosa.
    Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.:

    Wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak boleh berkabung (meninggalkan perhiasan dan wangian) disebabkan kematian seseorang melebihi tiga hari kecuali kerana kematian suaminya, iaitu selama empat bulan sepuluh hari.

    Hadis di atas menunjukkan seseorang wanita haram berkabung kerana kematian seseorang selain suaminya iaitu selama empat bulan sepuluh hari. Walau bagaimanapun, Rasulullah s.a.w memberikan keizinan untuk menzahirkan kesedihan dan menyuruh memberikan takziah dalam tempoh tiga hari. Ini kerana jiwa manusia biasanya tidak mampu bersabar dan menyembunyikan kesedihan kerana kematian seseorang.

    Ummu Atiyyah al-Ansoriyyah r.ha. berkata: “(Pada zaman Nabi s.a.w.), kami dilarang berkabung kerana kematian seseorang lebih daripada tiga hari, melainkan kerana kematian suami, iaitu empat bulan sepuluh hari. Kami tidak dibenarkan memakai celak, memakai wangian dan memakai pakaian yang berwarna-warni (menarik perhatian) melainkan pakaian ‘asb (nama sejenis pakaian).
    Kami diberikan kelonggaran ketika suci, ketika kami selesai mandi wajib kerana haid untuk mengenakan sedikit wangian. Kami juga dilarang mengiringi jenazah. ”
  2. Wajib tinggal di rumah, tempat dia menghabiskan tempoh edahnya. Dia tidak boleh keluar dari rumah tersebut tanpa sebarang keperluan. Hukum ini sama seperti hukum perempuan yangiberada dalam edah talak.
    Zainab binti Ka’ab bin ‘Ujrah r.ha. meriwayatkan bahawa al-Furai‘ah binti Malik binti Sinan – sau-dara perempuan Abu Said al-Khudri r.a. – memberitahunya bahawa beliau datang berjumpa Rasulullah s.a.w. bagi merninta izin untuk pulang kepada keluarganya di Bani Khudrah. Suaminya telah keluar mencari beberapa orang hamba mereka yang melarikan diri.
    Apabila sampai di pinggir al-Qadum (satu tempat yang terletak enam batu dari Madinah), dia berjaya menjumpai mereka, tetapi mereka rnembunuhnya. Al-Furai’ah berkata:
    Aku meminta izin Rasulullah s.a.w. untuk pulang kepada keluargaku, kerana suamiku tidak meninggalkan untukku rumah yang dimilikinya dan juga nafkah. Nabi s.a.w. menjawab: ”Baiklah.” Al-Furai‘ah berkata lagi: Aku pun beredar. Ketika aku berada di dalam bilik atau di dalam Masjid, Rasulullah s.a.w. memanggilku atau Baginda menyuruh seseorang memanggilku. Baginda bertanya:
    ”Apakah yang kamu cakapkan tadi?” Al-Furai‘ah berkata:Aku menceritakan kembali kisah suamiku seperti yang telah aku ceritakan sebelum ini. Baginda bersabda: ”Tinggallah di rumah kamu sehingga habis edahmu. “Al-Furai‘ah berkata lagi: Aku menghabiskan edahku selama empat bulan sepuluh hari di rumahku. Pada zaman pemerintahan ‘Utsman r.a., beliau menghantar utusan untuk bertanya kepadaku mengenai perkara tersebut. Aku memberitahunya, lalu beliau mengikut dan berhukum dengannya.
    Mengenai perkara biasa yang difahami oleh masyarakat umum iaitu perempuan yang masih dalam edah tidak dibenarkan bercakap dengan orang lain dan orang lain tidak boleh mendengar suaranya adalah fahaman yang tidak berasas. Hukum dalam masalah ini sama saja ketika edah atau tidak.

____________________
1. Riwayat Abu Daud dalam kitab talak, bab nafl<ah perempuan yang diceraikan dengan talak bain, no. 229. ‘
2. Riwayat Bukhari dalam kitab talak, bab perempuan yang kematian suami hendaklah berkabung selama empat bulan sepuluh hari, no. 5024; dan Muslim dalam kitab talak, bab isteri wajib berkabung semasa edah kematian suaminya, no. 1486-1489, daripada Ummu Habibah r.ha..

3 Riwayat Bukhari dalam kitab haid. bab wanita memakai wangian ketika mandi wajib kerana haid, no. 307; dan Muslim dalam kitab jenazah, bab wanita dilarang mengiringi jenazah, no. 938. ‘ V

Kesimpulan Hukum Hakam Mengenai Edah

Kesimpulannya, semua jenis edah mempunyai beberapa hukum yang sama, iaitu perempuan yang masih dalam edah haram keluar rumah, tempat dia menghabiskan tempoh edahnya tanpa sebarang keperluan.
Bagi perempuan yang kematian suami, dia mempunyai hukum yang khusus. Iaitu wajib berkabung, seperti keterangan di atas.
Perempuan yang masih dalam edah talak rajie dan talak bain juga mempunyai hukum yang khusus jika dia hamil. Iaitu wajib mendapat tempat tinggal dan semua jenis nafkah. “
Perempuan yang masih dalam edah talak babn juga mempunyai hukum khusus jika dia tidak hamil. Iaitu wajib mendapat tempat tinggal sahaja tanpa mendapat semua jenis nafkah.

Penutup

Kita mengakhiri perbahasan ini dengan menerangkan satu perkara penting iaitu isteri haram berkabung kerana kematian selain suaminya seperti kematian kaum keluarga, sama ada lelaki atau perempuan. Iaitu berkabung yang menyerupai amalan jahiliah yang tidak bertamadun. Amalan térsebut mewajibkan isteri yang kematian kaum keluarga terdekat sama ada lelaki atau perempuan memakai pakaian hitam atau seumpamanya untuk menzahirkan kesedihannya.
Mereka juga tidak dibenarkan berada di tempat-tempat awam atau menghadirkan diri di majlis perkahwinan dan perayaan.
Keadaan ini berterusan selama setahun atau lebih. Boleh jadi dalam tempoh itu rnereka tidak lagi bersedih atau berada dalam kesusahan, sebaliknya hanya berpura-pura dan menunjuk -nunjuk di hadapan manusia.
Adat ini sebenarnya jelas bertentangan dengan perintah Rasululah s.a.W. dalam hadis yang jelas dan sahih daripada Ummu Habibah r.ha.. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak dihalalkan berkabung (meninggalkan perhiasan dan wangian) disebabkan kematian seseorang melebihi tiga malam kecuali kerana kematian suaminya, iaitu selama empat bulan sepuluh hari.’
Zainab binti Abi Salmah r.ha. berkata:

Saya rnasuk menemui Zainab bin Jahsy r.ha. sewaktu beliau kematlan saudara lelakinya. Beliau mengambil wangian dan menyapunya sambil berkata: “Demi Allah, aku tidak memerlukan wangian ini. Tetapi aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak dihalalkan berkabung (meninggalkan perhiasan dan wangian) disebabkan kematian seseorang melebihi tiga malam, kecuali kerana kematian suaminya, iaitu selama empat bulan sepuluh hari.”‘
Sebenarnya dalam masalah ini tiada perbezaan di antara perbuatan berpura-pura sedih yang dilakukan oleh wanita sesama mereka dengan tindakan lelaki yang berpura-pura rnenunjukkan kesedihan dengan mengikat kain di leher dan sebagainya. merupakan satu ikutan masyarakat asing yang buruk dan tenggelam di dalam noda dan dosa.
Kita memohon agar Allah menganugerahkan kita hakikat ubudiah kepadaNya dan kita juga memohon agar kita reda dengan hukum Allah serta mengikut syariat dan petunjuk Nabi-Nya.

1.Riwayat Bukhari dalam kitab talak, bab perempuan yang kematian suami hendaklah berkabung selama empat bulan sepuluh hari, no. 5024; Muslim dalam kitab talak, isteri wajib berkabung semasa edah kematian suaminya, no. 1486-1489, daripada ummu Habibah.
2 ibid


1 Riwayat Tirmizi dalam kitab talak, bab di manakah perempuan yang kematian suami tinggal semasa edah?, no. 1204; Abu Daud dalam kitab talak, bab isteri yang kematian suami berpindah rumah, no. 2300; dan Iain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *