22.1. Definisi syafa’ah
22.2. Syafa’ah dan Faslu al-Qadha’
22.3. Jenis syafa’at
ASY-SYA FA’AH
Adalah tiap-tiap seorang wajib beri’tiqad Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam akan memberi syafa’at kepada sekalian hamba Allah pada hari qiamat kelak ketika di dalam huru-hara yang amat besar, kesusahan bahaya yang amat berat dalam Padang Mahsyar ialah syafa’at meringankan ‘azab dengan dijalankan hisab pada sekalian manusia daripada ‘amal dan pekerjaan yang dilakukan semasa hidup dalam dunia. Maka inilah syafa’at yang paling besar dan yang mula-mula didapati.
A. SYAFA’AH ATAU FASLU AL-QADHA’
Setelah sekalian manusia menerima berbagai-bagai ‘azab sengsara di Padang Mahsyar yang tiada dapat ditanggung, maka dengan taufik dan hidayah Tuhan, muafaqatlah sekalian manusia mencari dan mendapatkan nabi-nabi bagaimana di bawah:
- Mendatangkan Nabi Adam dengan tujuan memohon syafa’at kepada Allah menyegerakan hisab, maka permohonan itu tiada hasil dengan mendapat jawapan nafsi-nafsi.
- Mendapatkan Nabi Nuh dengan tujuan bagaimana yang tersebut, maka tiada hasil jua setelah menerima jawab seperti itu.
- Mendapatkan Nabi Ibrahim, demikian juga tiada hasil seperti yang tersebut.
- Mendapatkan Nabi Musa, maka tidak juga hasil pcrmohonannya.
- Mendapatkan Nabi ‘Isa memohon syafa’at, maka didapati tidak juga hasil.
- Pada akhirnya mereka itu mcndapatkan junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, baharulah hasil syafa’at daripadanya memohon kepada Tuhan menyegerakan hisab atas ‘amalan dan pekerjaan sekalian manusia (Faslu Al-Qadha’).
Adalah tujuan didapatkan syafa’at selepas manusia menerima ‘azab sengsara ialah supaya betul terbit syafa’at itu kepada manusia dan tujuan dijumpakan daripada satu nabi kepada satu nabi. Akhirnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam jua yang dapat menghasilkan
syafa’at itu ialah kerana menunjukkan kelebihan pangkat nabi Muhammad daripada nabi-nabi yang lain sekalipun nabi-nabi yang lain itu ada mempunyai syafa’at.
B. JENIS SYAFA’AT
Adalah syafa’at yang akan didapati daripada hari qiamat sehingga tiada kesudahanitu terbahagi kepada enam jenis syafa’at:
- 1. Syafa’at menyegerakan hisab di Padang Mahsyar (Faslu
- Al-Qadha’).2. Syafa’at menambah pangkat ahli-ahli
- di dalam syurga.3. Syafa’at meringankan ‘azab daripada orang yang mustahak di‘azab.
- Syafa’at memasukkan suatu kaum ke syurga dengan tiada hisab.
Maka keempat-empat jenis syafa’at yang di atas ini tcrtentu didapati daripada nabi Muhammad
Shallallahu ‘alaihi wasallam. - Syafa’at kepada orang yang tertentu masuk neraka,maka tidak dimasukkan ke neraka.
- Syafa’at kepada ahli tauhid yang masuk neraka, maka dikeluarkan.
Maka dua syafa’at yang akhir di atas ini boleh didapati daripada anbiya’, malaikat-malaikat dan orang-orang mu’min.