Hukum Talak Tiga dengan Satu Lafaz

Hukum Talak Tiga dengan Satu Lafaz

Jika suami menceraikan isterinya tidak menggunakan cara yang paling afdhal (sebagaimana yang disebutkan sebelum ini), ini tidak bermakna talak tidak jatuh. Bahkan talak tetap jatuh dalam apa juga keadaan selagi syarat-syarat yang telah kita bincangkan terdapat pada suami yang menceraikan isterinya.

Berdasarkan kenyataan di atas, jika suami melafazkan talak tiga dengan satu lafaz dalam satu masa seperti dia berkata: “Aku ceraikan engkau dengan talak tiga,” jatuh talak dengan talak tiga. Keadaannya adalah sama seperti dia melafazkan talak dengan cara yang berasingan (satu persatu sebanyak tiga kali).

Talak seperti itu tidak haram, malah ia hanyalah khilaf sunnah dan tidak bertepatan dengan cara talak yang terbaik. Dalilnya ialah hadis yang menyebut bahawa:

Rukanah telah menceraikan isterinya sama sekali (iaitu beliau berkata kepada isterinya: ‘Aka ceraikan engkau sama sekali). ” Nabi s.a.w. berkata kepadanya selepas beliau bertanyakan cara untuk rujuk kepada isterinya: “Demi Allah, adakah kamu hanya bermaksud talak satu sahaja?” Rukanah menjawab: “Demi Allah, aku hanya bermaksud talak satu sahaja.!” Maka Nabi s.a.w. mengembalikan semula isterinya kepadanya.’ 1

Hadis di atas menjadi dalil kerana jika Rukanah bermaksud talak tiga semasa dia berkata semua sekali, nescaya talak tiga itu akan berlaku, dan Nabi s.a.w. tidak akan membenarkan dia kembali rujuk kepada isterinya. Jika Nabi s.a.w. tidak mengizinkannya, permintaan dan sumpah yang dilakukan tidak akan membawa apa-apa makna. Tetapi di sini permintaan dan sumpah memberi makna kepadanya, kerana Nabi s.a.w. membenarkannya kembali
merujiuk kepada isterinya.

  1. Rlwayat Tirmizi dalam kitab talak, bab hadis tentang seorang Ielaki yang menceraikan isterinya secara semua sekali, no. 1177; Abu Daud dalam kitab talak, bab talak semua sekali,, no. 2208; dan Ibnu Majah dalam kitab talak, bab talak semua sekali, no. 20511.
  2. Kalimah sifat di sini hendaklah difahami dengan makna yang dikehendaki dalam tajuk sifat dan mausuf dalam tatabahasa bahasa Arab.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *