Jenis Nafkah

Jenis Nafkah

Terdapat lima jenis nafkah:

  1. Nafkah manusia kepada dirinya.
  2. Nafkah usul (ayah datuk) kepada furu’ (anak cucu).
  3. Nafkah furu’ kepada usul.
  4. Nafkah suami kepada isteri.
  5. Nafkah-nafkah lain.

1. Nafkah Manusia kepada Dirinya Sendiri

Kewajiban nafkah yang paling rendah ialah nafkah kepada diri sendiri, jika mampu. Nafkah kepada diri sendiri hendaklah didahulukan daripada yang lain-lain.
Nafkah ini meliputi semua perkara yang diperlukan oleh seseorang manusia seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman dan sebagainya.
Nafkah yang diwajibkan terhadap diri sendiri hendaklah diambil daripada hartanya sendiri, selagi dia memiliki harta yang boleh digunakan sebagai nafkah kepada dirinya.

Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan daripadai Jabir r.a katanya:
Seorang lelaki Bani ’Uzrah (5335) telah memerdekakan seorang hamba miliknya secara taklik (dengan kematiannya, seperti dia berkata: Kamu merdeka pada hari kematianku). Berita ini sampai kepada Rasulullah s.a.w., lalu Baginda bertanya kepada lelaki itu: “Adakah kamu memiliki harta selainnya?”
Lelaki itu menjawab: “Tidak.” Baginda s.a.w. berkata: “Siapakah yang ingin membeli hamba ini daripadaku,?” Lalu Nu’aim bin Abdullah al-‘Adawi membelinya dengan harga lapan ratus dirham. Rasulullah s.a.w. membawa wang itu lalu menyerahkannya kepada lelaki Bani ‘Uzrah tersebut.
Kemudian Baginda bersabda: “Mulakan dengan dirimu lalu bersedekahlah untuk dirimu (belanjakanlah untuk dirimu dahulu). Jika berbaki, berilah nafkah (berbelanjalah) untuk ahli keluarga kamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada kaum keluarga kamu yang terdekat. Jika masih lagi berbaki, berikanlah kepada orang ini dan orang ini. “

2. Nafkah Usul (ayah datuk) Kepada Furu’ (anak cucu)

Bapa dan datuk ke atas (usul keturunan) wajib memberikan nafkah kepada anaknya dan cucu ke bawah (furu’ keturunan).
Oleh itu, bapa bertanggungjawab memberikan semua jenis nafkah kepada anak-anaknya sama ada lelaki atau perempuan. Jika mereka tidak mempunyai bapa, datuk (ayah kepada bapa) wajib mengambil tanggungjawab ini. Begitulah seterusnya berdasarkan hubungan usul yang terdekat dengan furu’.

Dalilnya ialah firman Allah Taala:

Kemudian, jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya.
(At-Tolaq: 6)

Ayat ini menjelaskan kewajiban bapa membayar upah munyusukan anaknya. Ini bermakna kewajiban memberi nafkah kepada anak lebih utama untuk dilaksanakan oleh bapa.
Dalil lain ialah Firman Allah Taalar

Dan ibu-ibu. hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan. Kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian leepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. .
(A1-Baqarah: 233)


Dalam ayat di atas, anak telah disandarkan secara khusus kepada bapanya menggunakan huruf lam ( J ). Ini bermakna bapa bertanggungjawab memberi nafkah kepada anaknya. Begitu juga dalam masalah bapa wajib memberi nafkah kepada ibu yang menyusukan anaknya, ini menunjukkan kewajiban bapa memberikan nafkah kepada anaknya adalah lebih utama.

Dalil hadis pula ialah hadis Aisyah r.ha. katanya:

Hindun binti Utbah berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah seorang lelaki yang bakhil dan tidak pernah memberikan aku harta yang mencukupi untuk aku dan anakku melainkan harta yang aku ambil tanpa pengetahuannya.” Baginda s.a.w. bersabda: “Ambillah (daripada harta Abu Sufyan) apa yang mencukupi untuk kamu dan anak-anak kamu dengan cara yang baik. ”

Cucu juga termasuk dalam hukum ini kerana persamaan ‘illah diantara anak dan cucu iaitu keturunan (nasab) dan masing-masing memerlukan nafkah

_________________________
1.Riwayat Bukhari dalam kitab hukum-hakam, bab pemerintah menjual harta dan baranq orang lain, no. 6763; Muslim dalam kitab zakat, bab memulakan nafkah terhadap sendiri, no. 997; dan lain-lain.

1 Riwayat Bukhari dalam kitab nafkah, bab jika bapa tidak memberikan nafkah, ibu boleh mengambiI…, no. 5049; dan Muslim dalam kitab hukum-hakam, bab kes Hindun, no. 1714.

Syarat Usul Wajib Memberikan Nafkah kepada Furu’

  1. Syarat-syarat yang menjadikan usul wajib memberikan nafkah furu’ ialah:Mereka mempunyai makanan yang melebihi keperluan diri dan isteri untuk tempoh sehari semalam.
    Jika makanan yang dimiliki hanya cukup digunakan dalam tempoh tersebut untuk dirinya sahaja, atau untuk diri dan isterinya, dia tidak dipertanggung-jawabkan untuk memberikan nafkah kepada furu’nya.
    Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.:

    Mulakan dengan dirimu sendiri.’
  2. Furu’ hendaklah di kalangan orang-orang fakir. Di samping itu dia hendaklah memiliki salah satu daripada ciri berikut;
    a. Masih kecil (kanak-kanak).
    b. Sakit yang berpanjangan (tidak mampu berkerja).
    c. Gila.

Oleh itu, nafkah furu’ yang masih kecil (kanak-kanak) dan fakir adalah tanggung jawab bapanya. Jika bapanya tidak ada, ia menjadi tanggung jawab datuknya. Begitu juga dengan furu’ yang fakir dan menghadapi sakit yang berpanjangan (tidak mampu bekerja), serta furu’ yang fakir dan gila. Dimaksudkan dengan fakir di sini ialah tidak mampu bekerja

Jika anak itu telah baligh dan mampu bekerja, bapa tidak wajib memberikan nafkah sekalipun anaknya tidak bekerja.

Jika anak itu tidak bekerja kerana sibuk mencari ilmu;

Jika ilmu itu ialah ilmu yang bersangkut dengan kewajipan dirinya seperti ilmu akidah dan ibadah, ia dikira tidak mampu bekerja dan bapa wajib memberikan nafkah kepadanya

Jika ilmu yang dipelajari adalah ilmu fardu kifayah yang diperlukan oleh masyarakat seperti ilmu perubatan, perindustrian dan sebagainya, dan dia tidak bekerja sedangkan dia mampu bekerja, bapa mempunyai pilihan sama ada membenarkan anak tersebut terus belajar dan dia memberikan nafkahnya, atau bapa tidak rnemberikan nafkah menyebabkan anak tersebut bekerja.


1 Riwayat Muslim, dalam kitab zakat, bab memulakan nafkah kepada diri sendiri…. no. 95

Kadar Nafkah

Nafkah tidak mempunyai kadar tertentu. Ia hanya ditentukan berdasarkan konsep cukup. Cukup ditentukan berdasarkan adat kebiasaan dan kemampuan pemberi nafkah.

Firman Allah Taala:

Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah menurut kemampuannya. Sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberikan nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberatkan seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
(At-Tolaq: 7)

Apabila Nafkah Tidak Diberikan pada Waktunya, Adakah Ia Dianggap sebagai Hutang?

Nafkah kepada furu’ tidak menjadi hutang kepada pemberi nafkah apabila tidak diberikan pada Waktunya. Ini kerana nafkah adalah pertolongan daripada usul kepada furu’. Oleh itu ia bukanlah pemilikan terhadap hak tertentu, tetapi ditetapkan kerana hubungan kekeluargaan.

Maksudnya, furu’ mendapatkan keperluannya melalui nafkah. Jika keperluan tersebut tidak diperlukan lagi dan penerima tidak mahu ditunaikan kerana ingin menjaga kehormatan diri, lupa atau sebagainya sedangkan usul mampu melaksanakannya, adalah tidak lojik tanggungjawab tersebut menjadikan bapa berhutang kepada anaknya disebabkan keperluan yang anaknya sendiri tidak meminta ditunaikan kerana menjaga kehormatan diri, tidak mengambil berat atau lupa sehingga luput waktunya dan ia tidak diperlukan lagi.

Ini adalah hukum asal yang digunapakai ketika hubungan di antan anak dan ayah berlaku seperti biasa.

Tetapi ketika berlaku perselisihan, qadi perlu masuk campur untuk menyelesaikannya. Qadi hendaklah menetapkan nafkah tertentu yang mesti diberikan oleh bapa, atau memberi izin kepada anak untuk berhutang dengan kadar tertentu atau kadar yang diperlukannya menggunakan nama bapanya (maksudnya, bapa yang menanggung hutang tersebut).

Oleh itu, nafkah tersebut menjadikan bapa berhutang apabila tidak ditunaikan ada waktunya. Nafkah tersebut tidak digugurkan dengan luputnya masa kerana ia telah menjadi hak milik anak disebabkan hukuman yang dijatuhkan oleh qadi. Sekalipun sebelum itu ia hanya dianggap sebagai pertolongan dan bantuan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *