20.1. Soal munkar nakir, ni‘mat dan ’azab kubur bangkit, mahsyar, syafaat
20.3. Hisab dan Mizan
20.4. Al-Sirat
20.5. AI-Kauthar
20.6. Syurga
20.7. Neraka
20.8. Melihat Allah
KEPERCAYAAN TERHADAP HARI YANG KEMUDIAN
- Soal dua daripada malaikat Munkar Nakir kepada mercka yang mati.
- Ni’mat atau ‘azab di dalam kubur.
- Dihidupkan semula mereka im bagaimana rupa asli.
- Dihimpunkan di Padang Mahsyar menerima berbagai-bagai hal mengikut iman dan ‘amalan masing-masing.
- Memohon syafa’at daripada anbiya’.
- Dijalankan kira-kira atas segala ‘amalan yang di1akukan di dalam dunia.
- Ditimbang segala ‘amalan manusia antara ‘amalan yang baik dengan ‘amalan yang jahat.
- Dibahagikan kepada semua orang surat, kemudian dikira dan ditimbang ‘amalannya.
- Melalui titian terletak atas neraka menyeberang ke syurga.
- Orang mu’min masuk ke syurga dan orang-orang kafir dan munafik masuk ke neraka.
A. SOAL MUNKAR NAKIR, NI’MAT DAN ‘AZAB KUBUR
Wajib kita percaya dan beri’n’qad sesungguhnya mayat itu apakala diletakkan ke dalam kubur, maka dikembalikan rohnya kepada jasadnya sekira-kira faham ia akan pertanyaan dan soalan dan boleh dapat menjawabnya, setelah itu didatangkan Tuhan dua malaikat Munkar Nakir bertanya dan soal-soal akan mayat itu darihal Tuhannya, nabinya, agamanya, ikutannya dan dari hal kewajipannya yang diperintah Tuhan supaya ditunaikan.
Kiranya mayat ini daripada mereka yang beriman lagi membuat ‘amalan yang soleh, maka ditaufikkan Tuhan dapatlah ia menjawabnya dengan sebaik-baik jawapan, orang ini beroleh ni’mat dan kesenangan di dalam kubur hingga qiamat. Sekiranya mayat itu kafir atau munafik, maka tidaklah ia mendapat jawab. Orang ini kena ‘azab dalam kubur hingga qiamat.
Maka tiap-tiap orang yang mati, tentu kena soal Munkar Nakir dan merasa ‘azab atau ni’mat dengan tidak ada beza di antara mayat yang ditanam atau mayat yang tiada ditanam seperti dimakan binatang yang buas-buas atau mati hilang di dalam laut kerana Allah Ta’ala amat berkuasa atas tiap-tiap suatu lagi sangat mengetahui, tetapi segala hal yang berlaku pada mayat itu dilindungkan Tuhan daripada mata kepala manusia kerana menduga
manusia supaya zahir dan nyata mereka yang percaya perkara yang ghaib dan yang tiada percaya.
B. SYURGA
Iaitu sesuatu ni’mat balasan yang ber‘amal menurut perintahnya penuh berbagai ni’mat kelazatan dilihat, dirasa, didengar dan terlintas
manusia di dunia. Maka kekal orang dalamnya.
C. NERAKA
Iaitu suatu tempat balasan mereka yang kafir orang mu’min yang derhaka, maka di dalamnya penuh berbagai-bagai ‘azab, siksa yang belum ada ‘azab dan siksa seperti itu berlaku di dalam dunia, maka ia tempat yang kekal bagi mereka yang kafir. Adapun mu’min yang derhaka duduk ia sekadar banyak dosanya jua.