19.1. Definisi hari qiamat
19.2. Nama-nama hari qiamat dan bahagiannya
19.3. Dalil aqli dan naqli
19.4. Tanda-tanda awal dan akhir qiamat
19.5. Kepentingan kepercayaan kepada hari qiamat
19.6. Qiamat dan ’alam
HARI QIAMAT
Adalah yang dikatakan hari qiamat itu ialah nama bagi masa yang berlaku di dalamnya segala kejadian huru-hara. Mulanya dari semenjak dibangkitkan semula sekalian makhluk yang telah mati dihidupkan semula hingga ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka masuk kc neraka. Disebut juga hari akhirat kerana masa ini penghabisan hari dunia. Dinamakan juga Yaumuddin (hari balasan) kerana di dalam tempoh itu manusia dibalas segala pekerjaannya, sama ada baik atau jahat dan lain-lain nama lagi seperti Yaumul Al -Hasyar dan Yaumu Nusyur.
Maka termasuklah di dalam qiamat itu segala huru-hara yang akan berlaku seperti dihimpunkan manusia di Padang Mahsyar, dikira dan ditimbang segala ‘amalan di dunia (Hisab dan Mizan) meniti shirath dan lain-lain, bagaimana akan disebutkan setengah-setengahnya dahsyatnya huru-hara pada masa itu hatta masing-masing tidak kenal mengenal, anak tidak kenalkan bapa, suami tidak kcnalkan isteri dan lain-lain. Tujuan hari ini ialah
kcrnna hendak dijalankan kira-kira dan memutuskan hukum pekerjaan yang dilakukan pada masa hidup di dunia, lepas itu dapatlah ketentuan hal masing-masing sama ada ke syurga atau ke neraka.
A. KEPERCAYAAN TERHADAP HARI QIAMAT
Wajib atas tiap-tiap mukallaf percaya dan mengi’tiqadkan bahawa sungguhnya Hari Qiamat itu mesti akan datang dengan tiada ditentukan masanya dan di masa itulah berlakunya segala perkara yang tersebut bagaimana yang diberitakan di dalam Qur’an dan hadith-hadith nabawi, wajib ia percaya dan mengi’tiqadkan bahawa sekalian manusia dihidupkan oleh Tuhan semula, kemudian daripada matinya. Keadaannya serupa bagaimana kejadian yang ia masa di dunia sekaliannya bangun daripada kubur, dihimpunkan di Padang Mahsyar dan berlakulah di sana segala hal yang tersebut itu. Demikian jua dihimpunkan di tempat ini sekalian jin, malaikat dan binatang.
B. QIAMAT DAN ‘ALAM
Apabila hampir qiamat, ditiup sangkakala yang pertama, binasalah alam semuanya hancur lebur, tiada tinggal suatu apapun bagaimana di dalam Qur’an telah menerangkan cara hancurnya ‘alam ini dengan keadaannya:
1 . Pecah-belah langit, runtuh berterbangan berketul-ketul sehingga berlaga di antara setengah dengan setengahnya bagaimana firman Tuhan:
Ertinya: Apabila langit itu pecah-belah dan runtuh. (Surah Al-Infithar: Ayat 1)
Habis bintang berselerak jatuh dan berubah dari tempatnya yang sedia dan tidaklah lagi matahari dan bulan berjalan dengan teratur seperti biasa bagaimana firman Tuhan:
Ertinya: Apabila bintang-bintang itujatuh berselerak diudara dan berubah dari tempatnya. (Surah Al-Infithar: Ayat 2)
Apabila telah berlaku dua hal yang di atas ini sehingga pecah-belah bercerai-berai dan bergoncang yang di atas ke bawah dan yang bawah kc atas (berbalik ponggong), maka tiba-tiba laut pun menyemburkan air naik melimpah ke atas bumi hingga tenggelam semuanya, tidak ada daratan lagi dan tidak diketahui di mana lautan Pasifik, di mana lautan Atlantik dan lain-lain dan tidak diketahui di mana Utara, di mana Selatan, di mana Timur dan di mana Barat, bahkan semuanya jadi laut, bagaimana firman Tuhan:
Ertinya: Dan apabila laut menyemburkan aimya naik ke bumi. (Surah Al-Infithar: Ayat 3)
Apakala telah naik air gunung berapi meletup mengeluarkan apinya, maka pada waktu itulah terbungkus naik tanah kubur serta keluar barang yang di dalam bumi daripada tulang-tulang dan sebagainya, kemudian titah Tuhan kepada malaikat meniup sangkakala yang kedua kali membangkitkan ‘alam dan mengidupkan semula, maka tiba-tiba hidup tiap-tiap orang bagaimana rupa asal masa di dunia bagaimana firman Tuhan:
Ertinya: Dan apabila tanah kubur terbungkus naik keluar barang yang di dalamnya. (Surah Al-Infithar: Ayat 4)