Galakan Mempelajari Ilmu Faraidh dan Mengajarnya

Galakan Mempelajari Ilmu Faraidh dan Mengajarnya

Nabi s.a.w. memberi perangsang dan galakan kepada umat Islam agar mempelajari ilmu pusaka. Di samping itu, Baginda s.a.w. juga memberi amaran agar umat Islam tidak mengabaikan ilmu ini.
Baginda bersabda:

Pelajarilah ilmu Faraidh, dan ajarkanlah ia kepada orang lain. Sesungguhnya aku seorang yang akan mati. Sesungguhnya ilmu ini juga akan diangkat, dan akan berlaku kacau bilau . Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak dapat memzmui sesiapa yang boleh menyelasaikan kes mereka. 1

Dalam sebuah hadis yang lain pula, baginda s.a.w. bersabda:

Pelajarilah ilmu Faraidh, kerana sesungguhnya ia sebahagian daripada agama kamu. Sesungguhnya ia adalah separuh  ilmu, dan ia adalah ilmu yang pertama akan dicabut daripada umatku.2

1. Riwayat al-Hakim (4/333) daripada Ibnu Mas‘ud r.a., dalam Kitab Faraidh, Bab Pelajarilah Faraidh dan Ajarkanlah Kepada Orang Lain, beliau mensahihkan hadis in

2. Riwayat Ibnu Majah (2719) dengan sanad hasan daripada Abu Hurairah r.a. dalam Kitab Bab Galakan Mempelajari Ilmu Faraidh ‘

Ilmu Faraidh disebut sebagai “separuhi1mu” kerana manusia ini terbahagi kepada dua keadaan, iaitu keadaan hidup dan keadaan mati. Keadaan hidup berkaitan dengan sembahyang, zakat dan sebagainya. Sementara keadaan mati pula berkaitan dengan pusaka, wasiat dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *