Syarat-syarat Pewakaf

A. Syarat-syarat Pewakaf

Bagi menjadikan wakaf ini sah dari segi syarak, pewakaf disyaratkan:

1. Beliau adalah seorang yang merdeka, baligh dan berakal. Wakaf seorang hamba tidak sah. Kerana hamba tiada hak milik, bahkan dirinya sendiri adalah harta yang dimiliki oleh tuannya. Wakafan kanak-kanak dan orang gila juga tidak sah walaupun ia dilakukan melalui penjaga mereka. Sekiranya seorang kanak-kanak (walaupun sudah mumaiyiz) atau seorang gila mewakafkan hartanya, maka wakaftersebut batal walaupun dengan persetujuan
penjaga mereka. Ini kerana perbuatan kanak-kanak dan orang gila tidak diiktiraf oleh syarak. Penjaga mereka juga tidak dibenarkan mengeluarkan sedekah menggunakan harta ini.

2. Berkelayakan untuk bersedekah. Orang yang dihalang berbelanja (al-mahjur ‘alaih) kerana tidak siuman atau kerana muflis tidak sah mewakafkan harta. Ini kerana mereka tidak dibenarkan sama sekali membelanjakan harta mereka apatah lagi mewakafkan harta, dan tidak dibenarkan juga diserahkan kepada mereka harta tersebut.

Larangan ini adalah demi kepentingan diri orang yang tidak siuman itu sendiri, dan untuk si muflis kerana mengambil kira kepentingan pemiutang-pemiutang. Allah berfirman:

Janganlah kamu memberikan (menyerahkan) kepada orang-orang yang tidak pandai membelanjakan harta dengan baik, akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, yang Allah telah menjadikannya untuk kamu. semua sebagai asas pembangunan kehidupan.
(An-Nisa‘: 5)

……….. dalam ayat ini ialah orang yang tidak pandai membelanjakan hartanya dengan baik.

Asy-Syafie menafsirkan kalimah  ………….  di sini sebagai orang yang membazirkan harta dengan membelanjakannya pada perkara yang haram.

Ayat di atas menyandarkan harta-harta itu kepada penjaga-penjaganya sedangkan pada hakikatnya ia adalah milik as-sufahak. Ini kerana harta-harta tersebut berada di dalam genggaman penjaga-penjaga dan mereka inilah sebenarnya yang memeliharanya.

Kaab bin Malik r.a. menceritakan:

Nabi s.a.w. telah menahan Muaz bin Jabal r.a. daripada menguruskan hartanya, dan baginda menjual harta Muaz
kerana hutang yang dimilikinya. Hasilnya dibahagi-bahagikan kepada pemiutang-pemiutang namun mereka hanya memperoleh lima pertujuh daripada hak mereka. Lalu Nabi s.a.w. bersabda: “Hanya itu yang boleh kamu perolehi. “1
1 Riwayat al-Hakim (2/58) di dalam [Kitab Jual Beli Bab Gadaian Haiwan Bersusu Dan Haiwan Yang Ditunggang] dan diriwayatkan juga oleh al-Daruqutni dan yang lain

3.  Sukarela. Tidak sah wakafan orang yang dipaksa kerana syarat sukarela adalah antara syarat taklif.

Wakafan Pesakit yang Nazak

Pesakit yang berada dalam keadaan nazak hanya dibenarkan mcwakafkan tidak lebih daripada satu pertiga (1/3) hartanya. Ini bertujuan memelihara kepentingan pewaris-pewarisnya. Sekiranya pesakit ini mewakafkan satu pertiga (1/3) atau kurang, Wakafan lni dibenarkan bagi memelihara kepentingan dirinya sendiri untuk menerima ganjaran pahala selepas kematiannya. Dalilnya ialah hadis daripada Saad bin Abi Waqqas r.a. katanya:

Pada Tahun Hajjatul Wada’, Rasulullah s.a.w. telah menziarahiku kerana sakitku yang semakin tenat. Lalu aku. bertanya: ‘§4ku menghidap sakit yang tenat dan aku seorang yang berharta, sedangkan aku hanya diwarisi oleh
seorang anak perempuan. Apakah boleh aku sedekahkan dua pertiga daripada hartaku?”Baginda bersabda: “Tidak. “Aku bertanya: “Separuh?” Baginda bersabda: “Tidak.” Seketika kemudian baginda bersabda: “Satu pertiga. Satu pertiga pun sudah besar atau banyak. Sesungguhnya tindakan engkau meninggalkan waris-warismu dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan melarat dan meminta-minta belas ihsan daripada orang lain. ”‘

1 Riwayat Bukhari (1233) di dalam [Kitab Jenazah Bab Nabi s.a.w. meratapi Saad bin KhauIah] dan Muslim (1628) di dalam [Kitab Wasiat Bab Wasiat Satu Pertiga]

Wakafan Orang Kafir

Ulamak-ulamak mazhab Syafie berpendapat bahawa wakaf seorang kafir adalah sah, walaupun ia disedekahkan untuk masjid. Walau bagaimanapun, ia bukan berniat taqarrub sebagaimana ikbikad kita. Golongan kafir terrnasuk dalam golongan yang layak bersedekah.

Dalam keadaan ini, kesahihan sedekah tidak bergantung kepada niat, kerana syarat niat adalah Islam sebagaimana diketahui umum. Bagi orang-orang kafir, mereka akan memperoleh ganjaran mereka di dunia kerana sumbangan dan sedekah mereka. Tetapi di akhirat, mereka tidak akan beroleh apa-apa. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seseorang mukmin pada sesuatu kebajikan (yang dia lakukan). Dia akan diberi ganjaran dengan sebabnya di dunia, dan akan diberi pahala dengan sebabnya di akhirat. Adapun orang kafir pula, dia akan diberi makan di dunia dengan sebab kebaikan-kebaikan yang dia lakukan kerana Allah, sehingga apabila dia kembali ke akhirat, tiada lagi pahala yang akan dibalas kepadanya.

1 Riwayat Muslim (2808) di dalam [Kitab Sifat Dan Hukum Munafik, Bab Ganjaran Mukmin Di Dunia Dan Akhirat Kerana Amalan Baiknya Dan Ganjaran Baik Untuk Kafir Diberikan Di Dunia] daripada Anas bin Malik r.a.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *