Perkahwinan mempunyai hukum yang berubah-ubah berdasarkan keadaan individu itu sendiri. Berikut dijelaskan hukum-hukum perkahwinan.
1. Sunat
Ini berlaku jika individu itu berhajat kepada perkahwinan; dengan erti kata lain dia ingin berkahwin, memiliki kemampuan dari segi nafkah, mas kahwin serta nafkah kehidupannya dan kehidupan isterinya dan dia merasakan bahawa dia tidak akan terjerurnus kedalam perkara maksiat (zina) jika tidak berkahwin.
Dalam keadaan ini perkahwinan adalah sunat kerana perkahwinan itu dapat melahirkan generasi, menjaga keturunan dan membantu untuk mendatangkan maslahat.
Abdullah bin Mas‘ud r.a. berkata:
“Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w., dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda, jika kamu mampu, hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu lebih menutup pandangan mata dan lebih menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu adalah pendinding baginya.”
Kahwin dalam keadaan ini adalah lebih baik daripada menumpukan perhatian untuk beribadah dan hidup membujang.
Di atas asas inilah Rasulullah s.a.W. menujukan sabdanya kepada sekelompok sahabat Baginda yang bernekad untuk tidak berkahwin kerana ingin rnenumpukan diri kepada ibadat.
1 Riwayat Bukhari dan Muslim. Takhrijnya telah berlalu.
Anas r.a. berkata:
“Sesungguhnya beberapa orang sahabat Nabi s.a.w. bertanya isteri-isteri Nabi s.a.w. tentang amalan Baginda yang tidak diketahui oleh orang ramai. Sesetengah mereka berkata: “Aku tidak akan berkahwin dengan perempuan.” Sesetengahnya pula berkata: ‘Aka tidak akan makan daging.” Sebahagian yang lain pula berkata: “Aku tidak akan tidur di atas hamparan.” (Setelah Rasulullah s.a.w. mendapat tahu), Baginda mengucapkan pujian kepada Allah, lalu bersabda: “Apakah halnya orang-orang yang berkata begian begian?
Tetapi aku bersembahyang dan tidur. Aku berpuasa dan berbuka. Aku juga mengahwini wanita. Maka sesiapa yang benci kepada sunnahku (meninggalkannya kerana keengganan dan memahaminya dalam bentuk yang salah), maka dia bukanlah daripada kalangan umatku.”
Perempuan rnempunyai hukum yang sama dengan lelaki. Apabila dia memerlukan kepada perkahwinan untuk menjaga diri, agama serta mendapatkan nafkah, maka dia juga disunatkan berkahwin.
2 Sunat Meninggalkannya (Makruh dan Melakukannya Dikira Khilaful Aula)
Hukum ini berlaku jika individu itu berhajat untuk berkahwin tetapi tidak mempunyai kemampuan dan nafkah.
Dalam keadaan ini individu itu hendaklah beribadat dan berpuasa untuk menjaga kesucian dirinya. Ini kerana kesibukan beribadat dan berpuasa akan melupakannya dari memikirkan soal kahwin serta mengurangkan keinginannya. Mudah~mudahan Allah akan mengurniakan kekayaan kepadanya dari limpahan kurnia-N ya
Dalil hukum ini ialah firman Allah Taala:
Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin hendaklah menjaga kehormatan mereka sehingga Allah mernberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya.
(An-Nur: 33)
1 Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab sunat berkahwin bagi sesiapa yang ingin berkahwin, no. 1401; dan lain-Iain.
Hukum ini juga difahami daripada hadis Nabi s.a.w.:
Sesiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan, hendaklah dia berkahwin.
Oleh itu, jika dia tidak mempunyai kemampuan, maka meninggalkan berkahwin adalah sunat baginya.
3. Makruh
Hukum ini berlaku jika individu itu tidak berhajat untuk berkahwin, seperti dia tidak berkeinginan sama ada disebabkan oleh faktor semulajadi, sakit atau sebab-sebab lain.
Pada masa yang sama dia juga tidak memiliki kemampuan untuk berkahwin. Ini berlaku kerana perkahwinan menuntutnya sesuatu yang tidak mampu dilakukannya seperti menyediakan mas kahwin serta memberikan nafkah. Oleh itu perkahwinan adalah makruh baginya.
4. Afdhal Tidak Berkahwin
Hukum ini berlaku jika individu itu mempunyai kemampuan, tetapi dia tidak berhajat untuk berkahwin kerana tidak mempunyai keinginan. Pada masa yang sama, dia sibuk beribadat atau menuntut ilmu.
Dalam keadaan ini, menumpukan perhatian kepada menuntut ilmu dan beribadat adalah lebih baik daripada berkahwin, kerana perkahwinan mungkin akan mengganggu tumpuannya.
5. Afdhal Berkahwin
Hukum ini berlaku jika individu itu tidak sibuk beribadat dan tidak juga sibuk menuntut ilmu, dan dia mempunyai kemampuan untuk berkahwin, tetapi tidak berhajat untuk berkahwin. Oleh itu, perkahwinan adalah lebih baik dalam keadaan ini.
Ini adalah untuk mengelakkan dirinya daripada menggunakan masa lapang dengan melakukan perkara maksiat dan mungkar. Perkahwinan akan mendatangkan maslahat, melahirkan zuriat serta meramaikan keturunan.