Pergantungan Kepada Rezeki

GANGGUAN RINTANGAN IBADAH ADA 4:

  1. REZEKI
  2. MARA BAHAYA
  3. QADA’ ALLAH
  4. KESUSAHAN DAN BALA BENCANA

GANGGUAN RINTANGAN IBADAH PERTAMA: REZEKI

Pengertian Rezeki

Bahasa:  ar-Rizq, dalam bahasa Arab berasal dari  Razaqa-Yarzuqu-Rizq yang berarti pemberian.

Istilah:

هُوَ كُلُّ مَا تَنْتَفِعُ بِهِ مِمَّا اَبَاحَهُ اللهُ لَكَ سَوَاءٌ كَانَ مَلْبُوْسٌ اَوْ مَطْعُوْمٌ … حَتَّى الزَّوْجَة رِزْق، الاَوْلاَدُ وَ البَنَاتُ رِزْقٌ وَ الصِّحَةُ وَ السَّمْعُ وَ العَقْلُ …الخ

“Segala sesuatu yang bermanfaat yang Allah halalkan untukmu, samada berupa pakaian, makanan, sehingga pada istri. Itu semua termasuk rezeki. Begitu pula anak laki-laki atau anak peremupuan termasuk rezeki. Termasuk pula dalam hal ini adalah kesehatan, pendengaran dan akal.”

Rezeki mengganggu ibadah?

  • Seseorang yang fikirannya selalu terpusat pada rezeki, keperluan, dan urusan-urusan lain tidak akan beribadah dengan baik.
  • Terlalu sibuk mencari rezeki menyebabkan tidak dapat melakukan ibadah
  • Selalu memikirkan rezeki menyebabkan perasaan waswas dalam ibadah.
  • Ketamakan terhadap rezeki menyebabkan tidak ambil berat kepada sumber rezeki sama ada halal mahupun haram.

Kenapa wajib bertawakkal dalam urusan rezeki?

  1. Supaya dapat menumpukan dan melaksanakan ibadah dengan semestinya.
  2. Menjauhkan diri daripada bahaya dan kebinasaan yang besar.
    • Tidak yakin dengan janji, jaminan dan sumpah  Allah.
    • Tidak memperdulikan dengan perintah, janji dan ancaman Allah.

HAKIKAT TAWAKKAL DAN HUKUMNYA

PENGERTIAN TAWAKKAL

Bahasa:

Dari segi bahasa, tawakkal berasal dari kata ‘tawakkala’ yang memiliki erti; menyerahkan, mempercayakan dan mewakilkan (Munawir, 1984 : 1687). Seseorang yang bertawakkal adalah seseorang yang menyerahkan, mempercayakan dan mewakilkan segala urusannya hanya kepada Allah SWT.

Istilah:

  • Imam al-Ghazali “Tawakkal ialah menyandarkan kepada Allah swt tatkala menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepadaNya dalam waktu kesukaran, teguh hati tatkala ditimpa bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram.
  • Menurut Abu Zakaria Ansari, tawakkal ialah “keteguhan hati dalam menyerahkan urusan kepada orang lain”.
  • Imam Ahmad bin Hambal:Tawakkal merupakan aktiviti hati, ertinya tawakkal itu merupakan perbuatan yang dilakukan oleh hati, bukan sesuatu yang diucapkan oleh lisan, bukan pula sesuatu yang dilakukan oleh anggota tubuh. Dan tawakkal juga bukan merupakan sebuah keilmuan dan pengetahuan. (Al-Jauzi/ Tahdzib Madarijis Salikin, tt : 337)
  • Ibnu Qoyim al-Jauzi “Tawakal merupakan amalan dan ubudiyah (penghambaan) hati dengan menyandarkan segala sesuatu hanya kepada Allah, tsiqah terhadap-Nya, berlindung hanya kepada-Nya dan redha atas sesuatu yang menimpa dirinya, berdasarkan keyakinan bahwa Allah akan memberikannya segala ‘kecukupan’ bagi dirinya…, dengan tetap melaksanakan ‘sebab-sebab’ (faktor-faktor yang menjurus pada sesuatu yang dicarinya) serta usaha sedaya upaya untuk dapat memperolehnya” (Al-Jauzi/ Arruh fi Kalam ala Arwahil Amwat wal Ahya’ bidalail minal Kitab was Sunnah, 1975 : 254).

Tawakal  digunakan dalam tiga tempat:

  1. Tawakal kepada keputusan (pembahagian) Allah. Iaitu berkeyakinan penuh dan merasa lapang dada dengan keputusan apa pun dari Allah. Hukum Allah tidak akan berubah, seperti yang tercantum dalam Al-Quran dan hadith.
  2. Tawakal kepada pertolongan Allah. Yakni pergantungan dan percaya penuh pada pertolongan Allah Azza wa Jalla. Jika engkau menyandarkan diri pada pertolongan Allah dalam dakwah dan perjuangan bagi agama Allah, maka Allah pasti akan menolongmu.
  3. Tawakal berkaitan dengan pembahagian rezeki dan hajat keperluan. Yakni meyakini bahawa Allah akan menjamin nafkah dan keperluan hambaNya untuk kekuatan beribadah kepadaNya.

Hukum Tawakkal

Bertawakkal pada tempat rezeki dan keperluan hajat adalah fardhu atau wajib.

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-nya. (QS At-Tolaq: 3)

حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ أَخْبَرَنِي بَكْرُ بْنُ عَمْرٍو أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ هُبَيْرَةَ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ أَبَا تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيَّ يَقُولُ سَمِعَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا (رواه أحمد(

Rasulullah SAW bersabda, “Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal kepada-Nya, niscaya Dia akan memberimu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Burung itu keluar dari sarangnya di pagi hari dalam keadaan perut yang kempis (kosong temboloknya) dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang perut perutnya” (HR Imam Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasa-i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

PEMBAHAGIAN JENIS-JENIS REZEKI

Rezeki itu ada empat  bahagian:

  1. Rezeki yang dijamin.
  2. Rezeki yang dibahagi.
  3. Rezeki yang dimiliki.
  4. Rezeki yang dijanjikan oleh Allah.

1. Rezeki yang dijamin.

Rezeki yang dijamin merujuk kepada makanan dan segala apa yang penguat tubuh dan jiwa hambaNya. Jenis rezeki seperti itu  tanpa sebab dengan sumber-sumber lainnya di dunia. Jaminan terhadap rezeki jenis ini datang dari Allah Ta’ala. Maka, bertawakkal terhadap rezeki jenis ini wajib berdasarkan dalil aqli dan syar’i. Sebab  Allah telah membebankan kita untuk mengabdi kepada-Nya dan mentaati-Nya dengan tubuh kita. Dia telah menjamin apa-apa yang menjadi sumber energi bagi sel-sel tubuh kita agar kita dapat melaksanakan apa yang telah diperintahkan-Nya.

2.Rezeki yang dibahagi

Rezeki yang dibahagi adalah apa yang telah dibagikan oleh Allah dan telah tertulis di Lauwhun Mahfuzh secara  terperinci. Masing-masing dibahagikan sesuai dengan kadar yang telah ditentukan dan waktu yang telah ditetapkan, tidak lebih dan tidak kurang, dari apa yang tertulis itu. Rasulullah SAW bersabda, “Rezeki itu telah dibahagi dan kemudian telah diberikan semuanya. Tidaklah ketakwaan seseorang dapat menambahkannya dan tidak pula kejahatan orang yang berlaku jahat dapat menguranginya.”

3.Rezeki yang dimiliki

Rezeki yang dimiliki adalah harta benda dunia yang dimiliki oleh manusia sesuai dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk dia miliki. Dan ini termasuk rezeki dari Allah. Allah berfirman,

أَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُمْ

“Belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu” (QS al-Baqarah: 254).

4.Rezeki yang dijanjikan

Rezeki yang dijanjikan adalah segala apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa dengan syarat ketakwaan, sebagai rezeki yang halal, tanpa didahului oleh usaha yang bersusah payah.

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا   # وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan menjadikan bagianya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (QS At-Tolaq : 2-3)

BENTENG PERTAHANAN TAWAKKAL

Benteng dari benteng tawakkal ialah mengingatkan keagungan Allah, kesempurnaan ilmuNya serta Maha Sucinya Allah dari mungkir janji, lupa, lemah dan kekurangan.

Adakah wajib menuntut  cari sebab?

Tidak.

  • Kerana Allah akan  membuat sesuatu dengan sebab dan dengan tidak bersebab
  • Allah telah menjamin kepada hambanya dengan jaminan yang mutlak.
  • Allah tidak memerintahkan apa yang tidak diketahui oleh hambanya.
  • Kebanyakan para nabi dan wali tidak menuntut cari rezeki,

Adakah rezeki bertambah dengan menuntut cari?

  • Rezeki yang telah dibahagi (maqsum) dan ditetapkan dalam luh mahfuz secara Qadak mubram tiada perubahan, manakala rezeki yang dijanjikan oleh Allah atau rezeki yang dita’liqkan dengan qadak muallaq atau di syaratkan dengan sesuatu perkara mengikut perbuatan-perbuatan dan sunnatullah akan berubah dengan iradat Allah.
  • Masalah membawa bekal dalam perjalanan
  • Mengembara di padang pasir tanpa bekal.
  •  وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى
  • Hendaklah kamu membawa bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik perbekalan itu ialah taqwa (Al-Baqarah: 197)
  • Antara mengambil bekal atau meninggal bekal?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *