16.1. Bilangan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
16.2. Wajib melebihkan pengetahuan pada Nabi kita
16.3. Sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus pada Para Rasul
Wajib atas tiap-tiap mukallaf percaya bahawa ada bagi Allah Ta’ala beberapa banyak nabi-nabi dan rasul-rasul yang ia jadikan mereka itu kerana membcri rahmat kepada ‘alam. Mulanya Nabi Adam dan kesudahannya ialah nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Maka jadi suatu kewajipan atas kita orang mukallaf mengetahui bilangan rasul-rasul itu dengan jalan ijmal (‘am) iaitu bahawa kita beri’tiqad dan percaya ada bagi Tuhan beberapa banyak nabi-nabi dan rasul yang tiada mengetahui bilangannya melainkan Allah Ta’ala jua. Tetapi fardhu ‘ain kita mengetahui dengan jalan tafsil (satu persatu) akan bilangan-bilangannya bagaimana yang telah ada ketentuan di dalam Qur’an, maka wajiblah kita beriman kepadanya satu persatu sebanyak 25 orang.
Adapun kehendak mengetahui seseorang dengan jalan tafsil (satu persatu) itu iaitu sekira-kira jika ditanya orang akan dia daripada tiap-tiap seorang daripada rasul yang 25 orang itu nescaya dapat dijawabnya dengan bahawasanya ia rasul (bukan mahu dihafaz nama-namanya itu).
Maka nama rasul yang 25 orang itu, iaitu:
1 | Adam | 2 | Idris. | 3 | Nuh. |
4 | Hud | 5 | Shaleh | 6 | Ibrahim |
7 | Isma’il | 8 | Luth | 9 | Ishaq |
10 | Ya’qub | 11 | Yusuf | 12 | Ayyub |
13 | Syu’aib | 14 | Harun | 15 | Musa |
16 | Ilyasa’ | 17 | Zulkifli | 18 | Daud. |
19 | Sulaiman | 20 | Ilyas | 21 | Yunus |
22 | Zakaria | 23 | Yahya | 24 | ‘Isa. |
25 | Saiyidina Muhammad Shalawatullah wasalamuhu ‘alaihi wa’alaihim ajma’in. |
A. BILANGAN NABI-NABI DAN RASUL-RASUL
Adalah bilangan nabi-nabi itu tiada diketahuikan banyaknya, inilah qaul yang terlebih utama daripada qaul yang menetapkan bilangan mereka itu kerana ditakuti barangkali termasuk orang yang bukan nabi atau terkeluar orang yang betul nabi, tetapi pada setengah riwayat ada yang menyebutkan sehingga 124,000 orang nabi, dan yang jadi rasul daripadanya sebanyak 313 orang dan yang wajib diketahui satu-persatu sebanyak 25 orang bagaimana namanya yang tersebut di atas ini dan berpangkat Ulul ‘Azmi daripadanya ialah 5 orang, iaitu:
- NabiNuh.
- Nabi Ibrahim.
- NabiMusa.
- Nabi ‘Isa. ‘
- Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Dan yang mempunyai syari’at sebanyak 6 orang, iaitu:
- Nabi Adam.
- Nabi Nuh.
- Nabi lbrahim.
- Nabi Musa.
- Nabi ‘Isa.
- Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Dan yang terima kitab yang wajib diketahui dengan tafsil 4 orang, iaitu:
- Nabi Daud.
- Nabi Musa.
- Nabi ‘Isa.
- Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Sanya telah bersetuju segala umat atas mengatakan anbiya’ itu setengah dengan setengahnya ada yang lebih dari yang lain, maka pada tentang kelebihan itu tidak dapat kita tentukan tetapi rasul-rasul yang berpangkat Ulul ‘Azmi itu terlebih (afdhal) daripada rasul-rasul yang tiada berpangkat Ulul ‘Azmi. Ulul ‘Azmi itu maknanya yang mempunyai cita-cita yang kuat dan tahan menanggung sabar.
Maka yang paling afdhal daripada sekalian anbiya’- anbiya’ dan rasul-rasul, ialah:
Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam kerana syari’atnya kekal sehingga hari qiamat. Syari’atnya itu memansukhkan syari’at rasul-rasul yang telah lalu, sekalian umat jadi umatnya. Ia memberi syafa’at kctika “Fashlu Al-Qadha’ (memberi keputusan bicara) pada hari qiamat, dan banyak masyaqqah yang didatangkan orang kafir ke atasnya bagaimana yang berlaku di dalam tarikh kehidupannya pada menyeru manusia kepada Allah Ta’ala.
Yang kedua afdhal, ialah Nabi Ibrahim, kerana ia sabar atas perintah Tuhan menyembelih anaknya nabi Isma’il dan kerana sabar ia dilontar oleh kaumnya ke dalam api di dalam masa perintahan raja Namrud.
Yang ketiga afdhal, ialah Nabi Musa, kerana sabar atas kezaliman Fir’aun kepadanya daripada masa kecilnya ia telah dimasukkan ke dalam tempat bakar roti ( ) yang sedang api menyala tetapi terselamat daripada terbakar.
Yang keempat afdhal, ialah Nabi ‘Isa, kerana banyak sabarnya yang disakiti oleh Yahudi sehingga ia hendak dibunuh, tetapi telah diangkatkan Allah Ta’ala ke langit. Hanya yang dibunuh, mcreka yang serupa dengan Nabi ‘Isa bukanlah Nabi ‘Isa yang dibunuhnya.
Yang kelima afdhal, ialah Nabi Nuh, kerana sabarnya akan apa-apa yang disakiti oleh kaumnya sehingga seribu tahun ia menyeru kaumnya tidak beriman melainkan sedikit jua.
B. WAJIB MELEBIHKAN PENGETAHUAN PADA NABI KITA
Wajib atas tiap-tiap mukallaf melebihkan pengetahuan pada nabi kita, iaitu tentang bangsanya, bondanya, ayahandanya, warna tubuhnya, hal kenabiannya, kerasulannya, tempat diputerakan dia, hal syari’at dan kerasulannya, tempat dia, hal syari’at dan perjalanannya.
Bangsanya ialah ‘Arab sejati lagi Quraisy yang mulia bahkan menjadi penghulu bagi kaumnya.
Keturunannya, ialah; Saiyidina Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Mutthalib bin Hasyim bin ‘Abdu Manaf bin Qusai bin Hakim (yang bergelar Qilab) bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihrin bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin‘Adnan, sehingga inilah sahaja yang wajib diketahui.
Maka berhubunglah keturunan ‘Adnan ini dengan Nabi Isma’il anak Nabi Allah Ibrahim adalah sekalian datuk-nenek junjungan kita jadi raja Hijaz dari semenjak 122 tahun dahulu daripada milad (kelahiran) Al-Masih sehingga tahun 538, milad (kelahiran) Al-Masih.
Adapun mengetahui keturunan lebih atas daripada ‘Adnan telah enggan daripadanya oleh syara’ bagaimana nas-nas yang di dalam hadith, maka keturunan yang dapat di dalam setengah nasab-nasab sehingga kepada Adam tidak dii’timadkan (tidak dapat keterangan yang boleh dipegang atasnya).
Adalah keturunan pihak bondanya ialah Aminah binti ‘Abdul Wahhab bin ‘Abdu Manaf bin Zuhrah bin Hakim yang bergelar Qilab itu bagaimana keturunan pihak ayahandanya. Adapun ‘Abdu Manaf ini bukan ‘Abdu Manaf yang pada keturunan ayahandanya.
Maka jadilah bersatu keturunan pihak ayahandanya dan bondanya pada datuk yang bernama Hakim yang bergelar Qilab itu.
Diputerakan junjungan kita Shallalllahu ‘alaihi wasallaam itu pada subuh hari Isnin 12 haribulan Rabi’ul Awal bersamaan 20 April tahun 571 Masehi. Keadaannya yatim lagi fakir, maka dipeliharakan dia oleh Allah Ta’ala dan dikayakan serta dijaga oleh Allah Ta’ala akan perjalanannya dan santun-sopannya sehingga jadilah ia seorang muda yang berperangai baik dan mempunyai kelebihan dan sifat yang sempurna mum ’ah dan mulia lagi pemurah, berani dengan sebaik-baik tingkah-laku serta benar dan amanah dan tiada padanya kejahatan dan kelakuan yang cacat sehingga sahlah bahawa diperhadapkan kepadanya dengan firman Tuhan:
Bahawa engkau itu (Ya Muhammad) ssungguhnya berperangai dengan perangai yang mulia. (Surah Al-Qalam: Ayat 4)
Adapun tempat diputerakan dia di dalam negeri Mekah Al-Mukarramah dan di Mekah juga dijadikan dia rasul tatkala umurnya 40 tahun dan duduk ia di Mekah selama 13 tahun, berpindah ke Madinah Al-Munawwarah dan di Madinah tempat maqamnya. Ia di Madinah selama 10 tahun jumlah umurnya sehingga wafat 63 tahun.
Hal kenabiannya dan kerasulannya ialah kesudahan sekalian nabi-nabi dan rasul-rasul dan keadaan syari’atnya itu memansukhkan syari’at-syari’at rasul-rasul yang dahulu serta kekal syari’atnya sehingga hari qiamat.
Adapun perjalanannya terlalu banyak tetapi perjalanan yang wajib diketahui serta beriman ialah perjalanan isra‘ dan Mi’raj yang dijalankan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam pada malam Isnin, 27 Rejab setahun sebelum hijrah daripada Mekah ke Baitul Maqdis dan daripadanya dinaikkan pula kepada Segala tingkat langit yang tujuh sehingga kepada Sadralul Muntaha dan munajat Tuhan di sana diterima fardhu sembahyang bagaimana yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengerjakannya setiap-tiap waktu.
Puteranya tiga orang, iaitu:
- Qasim.
- Abdullah yang bergelar Thaiyib dan At-Thahir.
- Ibrahim.
Dan puterinya empat orang, iaitu:
- Zainab.
- Ruqaiyah.
- Fathimah.
- Ummi Kalthum.
Maka puterinya yang bernama Fathimah Az-Zahra’ itu ialah isteri kepada Saiyidina ‘Ali bin Abu Thalib yang berpangkat sepupu kepada Nabi Muhammad. Maka jadilah Saiyidatina Fathimah itu isteri kepada Saiyidina ‘Ali lagi anak saudara sepupu waris, maka daripada Saiyidatina Fathimah inilah berketurunan anak-anak cucu sentiasa bertambah-tambah banyak sehingga sekarang ini.
Maka sekalian putera dan puterinya yang tersebut daripada isterinya yang bernama Saiyidatina Khadijah melainkan Saiyidina Ibrahim, maka ia daripada Mariah Al-Qibtiyyah yang dihadiah oleh raja Mesir (Muqauqis).
Masa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalllam itu wafat, ia ada meninggalkan isteri sebanyak 9 orang, iaitu:
- ‘A’isyah.
- Safiyyah.
- Saudah.
- Hafsah.
- Maimunah.
- Ramlah.
- Hindun.
- Zainab.
- Juwairiyyah Radhiyallahu ‘anhunna.
SIFAT-SIFAT YANG WAJIB PADA HAK RASUL-RASUL
Wajib atas tiap-tiap mukallaf mcngetahui sifat-sifat yang wajib bagi rasul-rasul yang mustahil atasnya dan yang
harus padanya, maka sifat yang wajib bahagiannya empat, iaitu:
- Siddiq.
- Amanah.
- Tabligh.
- Fathanah.
Dan empat sifat yang mustahil lawan sifat yang wajib itu, iaitu:
- Dusta.
- Khianat.
- Menyembunyikan.
- Bodoh. .
Dan satu sifat yang harus, iaitu bcrperangai seperti perangai manusia yang tiada menjatuhkan pangkatnya bagaimana sudah lepas dinyatakan dahulu.
1. SIDDIQ
Adalah siddiq itu ertinya benar iaitu betul apa-apa yang dikhabarkan rasul dan bersetuju dengan hak pada tiap-tiap yang disampaikannya daripada Allah Ta’ala sama ada pada perkataan atau perbuatan.
Lawannya: Dusta. Iaitu tiada muafakat dan tiada berbetulan dengan hukum dan perintah-perintah yang ada pada Allah Ta’ala, iaitu mustahil.
Dalil menthabitkan rasul itu bersifat siddiq, iaitu jikalau rasul-rasul itu dusta nescaya jadilah apa yang dikhabarkan daripada Tuhan itu dusta kerana Allah Ta’ala telah menthabitkan kebenaran rasul-rasul itu dengan mu’jizat. Yang dikurniakan kepada rasul-rasul yang demikian itu samalah seolah-olah Tuhan berfirman:
Benarlah hambaku pada tiap-tiap yang disampaikannya daripada aku.
Maka dusta Tuhan itu mustahil. Dari itu dusta rasul-rasul itupun mustahil juga yang demikian thabitlah rasul itu benar.
Maka yang dikehendaki clengan firman Allah Ta’ala yang di atas itu ialah mu’jizat yang menepati seolah-olah macam Tuhan ada berfirman:
Bukan berfirman betul-betul kcrana lidak ada di dalam Qur’an Tuhan berfirman begitu, hanya yang dapat ialah
mu’ jizat sahaja yang menepati ia akan firman:
Hasilnya “ ” itu bukan firman Tuhan dan dinanaakan mu’jizat itu ialah “ ” bukan
Dalil naqli pada siddiq itu ialah firman Tuhan:
Ertinya: Adalah oramg-orang yang mendustakan Qur’an dan mendusta apa-apa perkara yang telah kita utuskan kepada rasul-rasul kita, ingatlah mereka itu akan mengetahui pada hari qiamat manakala belenggu-belenggu dan rantai-rantai diletakkan pada batang lehemya, kemudian mereka itu dijurus ke dalam neraka dan dijadikan umpan api di dalam neraka itu. (Surah Al-Mu’min: Ayat 70-72)
Ketahui olehmu bahawasanya jika sekiranya ada berlaku daripada rasul-rasul itu keadaan yang dipandang pada zahirnya kurang baik atau menyalahi utama seperti terlalai, maka iaitu semata-mata tasyri’ (kerana mengajar manusia). Adapun sahwun (terlalai) itu harus pada rasul-rasul tetapi nisyan (lupa) mustahil pada mereka itu kerana yang dikatakan sahwun itu hilang rupa sesuatu dari perasaan, padahal rupa itu masih kekal di dalam ingatan.
Adapun nisyan itu hilang rupa ingatan dari perasaan, maka hendak mendapatkan balik peringatan itu berkehendak kepada sebab yang baharu harus orang boleh i’tiradh macam mana bolch berlaku terlalai pada rasul-rasul? Jawabnya berlaku itu kerana hendak mengajar manusia perjalanan syara’ dan lagi kerana kuat hatinya terhadap kepada Tuhan hingga menjadikan ia terlalai pada barang yang lain.
2. AL-AMANAH
Adalah makna Al-Amanah itu kepercayaan, maka hakikatnya terpelihara rasul-rasul pada zahir dan pada batin daripada melakukan pekerjaan yang haram, yang makruh, dan yang menyalahi utama daripada permulaan kejadiannya sehingga ia wafat.
Lawannya: Khianat. Iaitu tidak terpelihara rasul-rasul itu pada zahir dan batin daripada melakukan pekerjaan
yang ditegah sama ada tegah haram atau makruh atau khilaful aula, iaitu mustahil.
Dalil ‘aqlinya jika rasul-rasul itu tiada amanah nescaya jadilah rasul-rasul itu khianat pada perjalanan syara’ Allah Ta’ala dengan mengerjakan yang haram-haram, yang makruh-makruh dan yang menyalahi utama tatkala itu jadilah bertukar yang haram-haram, yang makruh-makruh dan yang menyalahi utama kepada ta’at pada hak rasul-rasul tetapi bertukar itu batil. Yang demikian tetap batil khianat, maka tetaplah lawannya iaitu amanah kerana Tuhan telah memerintah kita sekalian mengikut rasul-rasul pada segala perbuatan dan perkataan mercka itu, pada hal Tuhan tiada menyuruh memperbuat yang haram-haram, yang makruh-makruh dan yang menyalahi utama.
Bagaimana firmanNya:
Ertinya: …. kata olehmu, ya Muhammad bahawasanya Allah Ta’ala tidak menyuruh dengan pekerjaan yang jahat (Surah Al-A’raf: Ayat: 28)
Dalil naqlinya iaitu:
Ertinya: Bahawa aku ini jadi utusan dan penasihat yang kepercayaan kepada kamu sekalian. (Surah Asy-
Syu‘ara’: Ayat 107)
3. AT-TABLIGH
Adalah makna At-Tablzgh itu menyampaikan apa-apa yang dititahkan Allah Ta’ala kepada sekalian makhluk. Maka hakikatnya mengajar rasul-rasul itu akan sekalian manusia syari’at Allah Ta’ala kerana menunjukkan mereka-mereka kepada kcbahagiaan dalam dunia dan akhirat.
Lawannya: Kitman (menyembunyikan), iaitu mustahil.
Dalil ‘aqlinya, iaitu jika ia tiada menyampaikan nescya lazim ia menyembunyikan yang demikian, lazim pula kita disuruh dengan mengikut menyembunyikan kerana kita wajib mengikut perkataan dan perbuatan rasul-rasul, maka menyembunyikan itu haram lagi diamanah Allah Ta’ala, maka Tuhan tiada menyuruh dengan mengerjakan yang haram dan yang makruh, yang demikian tetaplah rasul- rasul itu bersifat tabligh.
Dan lagi jika rasul-rasul itu menyembunyikan, nescaya lazim satu cacat yang besar, oleh sebab tiap-flap orang yang kurang pengetahuan di dalam syari’at dengan sebab tidak disampaikan itu, nescaya ada baginya peluang untuk berdalih di akhirat kelak. Maka ini telah ditetapkan Tuhan dengan firmanNya:
Ertinya: Sekalian rasul-rasul ini kita utuskan kepada manusia hal keadaannya mengalu-alu dengan kisah syurga kepada mereka yang percaya, dan menakut-nakutkan dengam kisah neraka kepada mereka yang tiada percaya ialah supaya tidak ada lagi bagi manusia itu kemudian dar¢ada telah kita utuskan rasul-rasul suatu dalih kepada Allah Ta’ala (mengatakan Ya Tuhanku, mengapalah sebab Tuhan/eu lebih dahulu tidak utuskan kepada kami ini rasul-rasul mengajar akan kami supaya boleh dapat tahu?) (Surah An-Nisa’: Ayat 165)
Dalil naqlinya iaitu firman Tuhan:
Ertinya: Wahai Rasul, wajiblah engkau sampaikan kepada manusia segala perkara yang diturunkan leepada engkau daripada Tuhan engkau, dengan tidak memilih orang, sama ada mereka suka atau benci. Dan jika engkau tidak berbuat demikian itu, jadilah keadaan engkau itu tidak menyampaikan suatu daripada suruhanN ya dan adalah Tuhan itu memelihara engkau daripada mereka yang kafir (Surah Al-Ma’idah: Ayat 67)
4. AL-FATHANAH
Adalah Al~Fathanah ini ertinya cerdik bijaksana, maka hakikatnya iaitu kesempurnaan cerdik-pandai bijaksana bagi melawan musuhnya di dalam segala hujah yang hendak melawan dia dan berkuasa membatalkan segala dakwaan yang tiada betul.
Lawannya: Bodoh. Iaitu tiada boleh menolak hujah yang didatangkan musuhnya dan tiada boleh membatalkan dakwaan yang tiada betul, iaitu mustahil.
Dalil ‘aqli atas wajib rasul-rasul itu bersifat fathanah, iaitu jika ia tiada cerdik dan bijaksana, nescaya tiadalah boleh ia mendirikan hujah untuk melawan orang yang ingkarkan seruannya. Yang demikian itu menyalahi dengan pangkat RasulNya, iaitu mustahil, maka tetaplah rasul-rasul itu bersifat fathanah.
Dalil naqlinya iaitu:
Ertinya: .. hendaklah engkau berbalah dengan mereka itu dengan perbalahan yang lebih baik (Surah An-Nahl: Ayat 125)
D. DALIL ATAS HARUS RASUL-RASUL BERSIFAT MANUSIA
Adalah dalil atas harus rasul-rasul itu bersifat atau berperangai manusia ialah tiada mustahil mereka itu berperangai dengan perangai manusia kerana telah dilihat oleh orang-orang yang semasa dengannya bahawa mereka itu berperangai seperti mereka itu seperti makan , minum,
berumahtangga, beranak, beristeri dan sebagainya, bagaimana sudah dinyatakan dahulu. Dan bagi mereka yang kemudian daripada wafat rasul-rasul ialah perkhabaran yang mutawatir (perkhabaran daripada orang ramai yang mustahil dustanya).
Dan lagi tiada wajib pula mereka berperangai dengan perangai manusia itu kerana jika wajib nescaya apa-apa perangai sama ada baik atau jahat ada pada rasul, yang demikian itu mustahil.
Sebaliknya apabila dikata rasul-rasul bersifat manusia, maka mustahillah mereka itu bersifat dengan sifat Tuhan seperti i’tiqad orang-orang Kristian atau bcrsifat dengan sifat malaikat pada zahir dan batin. Demikian jua mustahil bersifat dengan perangai yang membawa kepada mengurangkan pangkatnya yang mulia dan yang tinggi itu.
lnilah dalil ‘aqli (apabila sifat atau perangai manusia itu tiada mustahil, tiada wajib pada ‘aqal, nescaya thabitlah harusnya pada ‘aqal.)
Adapun dalil naqlinya pula iaitu firman Tuhan:
Ertinya: Katakan (wahai Muhammad kepada kaum engkau) bahawa sunggukmya aku ini manusia sama macam kamu malahan aku menerima dan mendapat wahyu (Surah Al-Kahfi: Ayat 110)