Bahagian Sifat Dua Puluh

9.1. Sifat Nafsiyyah
9.2. Sifat Salbiyyah
9.3. Sifat Ma‘ani
9.4. Sifat Ma’nawiyyah

Adalah sifat dua puluh yang wajib bagi Tuhan itu terbahagi kepada empat bahagian.

  1. Sifat Nafsiyyah. Maka dinamakan juga sifat Thabutiyyah (yang ditetapkan sahaja tidak tcrmasuk di dalam golongan ada dan golongan tiada).
  2. Sifat Salbiyyah. Maka dinamakan juga sifat ‘Adamiyyah (yang terbangsa kepada tiada).
  3. Sifat Ma’ani. Maka dinamakanjuga sifat wujudiyyah (yang terbangsa kepada ada)
  4. Sifat Ma’nawiyyah. Maka dinamakan juga sifat Haliyyah (yang terbangsa kepada keadaan, sama
    seperti yang pertama).

A. SIFAT NAFSIYYAH

Adalah makna sifat Nafsiyyah itu ialah sifat yang dibangsakan kepada dzat iaitu sifat wujud Allah Ta’ala, tiada menunjuk kepada makna yang lain lebih daripada berdirinya pada dzat. Maka wujud itulah yang dikatakan nafsiyyah bagi dzat Allah Ta’ala yakni sifat yang tetap bagi dzat selagi ada dzat dengan tiada suatu kerana pun, maka sebab wujud itu dinamakan sifat Nafiiyyah kerana sebenar-benar wujud itu menunjuk kepada diri dzat sahaja tiada
lain dan tiada boleh dipisahkan sifat wujud itu daripada dzat, bagaimana sifat-sifat yang lain. Maka hakikatnya
sifat Nafiiyyah itu iaitu hal yang wajib bagi dzat selagi ada dzat tidak dikeranakan dengan suatu kerana pun. la
maujud pada zihin (fikiran) tetapi tiada maujud pada kharij (luar fikiran).

B. SIFAT SALBIYYAH

Adalah ma’na sifat Salbiyyah itu ialah sifat yang dibangsakan kepada menafikan atau menidakkan, maka
sifatnya lima:

  1. Qidam.
  2. Baqa’.
  3. Mukhalafatuhu Lil Hawadith.
  4. Qiamuhu Ta’ala Binafsihi.
  5. Wahdaniyyah.

Maka sebab dinamakan sifat Salbi’yyah kerana dengan lima sifatitulah yang menolak dan menafikan Allah T a’ala
bersifat dengan lawannya dan segala sifat kekurangan atasNya seperti di bawah ini kenyataannya:

  1. Qidam. Menafikan Tuhan ada permulaan.
  2. Baqa’. Menafikan Tuhan ada kesudahan.
  3. Mukhalafatuhu Lil Hawadith. Mecnafikan bersamaan dcngan segala yang baharu.
  4. Qiamuhu Ta’ala Binafsihi. Mcnafikan berhajat kepada yang lain.
  5. Wahdaniyyah. Menafikan berbilang-bilang.

Maka hakikat sifat Salbiyyah itu iaitu ibarat daripada menolakkan dan menafikan perkara yang tiada layak atas
Allah Ta’ala. Sifat-sifat itu tiada maujud pada kharij dan tiada maujud pada zihin. Dari itu dinamakan dia sifat
Adamiyyah tetapi tidak dihukumkan nafi kerana antara nafi dengan ‘adam ada berbeza iaitu tiap-tiap nafi dihukumkan ‘adam, maka tidak tiap-tiap ‘adam itu dihukumkan nafi seperti sifat Salbiyyah, maka ia ‘adam tctapi tiada nafi, maka nyatalah ‘adam itu ‘am dan nafi itu khas.

C. SIFAT MA’ANI

Adalah kalimah Ma’uni ‘itu pecahan daripada kalimah ma’na ertinya di dalam Bahasa Melayu “erti atau tujuan”
seperti mendengar ialah ma’na atau tujuan yang terbit daripada telinga, maka dikatakan Tuhan itu bersifat
makna jua, iaitu sifat mendengar dengan tiada sifat telinga kerana ia mendengar tiada telinga.

Maka jadilah tujuan sifat Ma’ani itu ialah sifat yang ada lagi thabit berdiri pada dzat Allah Ta’ala. Maka apabila kita kata kuasa menghendaki, mengetahui, mendengar, melihat, hidup, berkata-kata, maka perkataan ini menunjukkan ada sifat-sifat bersendirian berdiri pada dzat Allah Ta’ala.

Adapun sifat Mauni itu tujuh, iaitu:

  1. Qudrat.
  2. lradat.
  3. llmu.
  4. Hayat.
  5. Sama’.
  6. Bashar.
  7. Kalam

Maka sebab dinamakan dia sifat Ma’ari kerana sifat itu menunjuk kepada makna-makna Wujudiyyah yang
thabit bagi Allah Ta’ala dan layak dengan kesempurnaannya.

Maka hakikatnya iaitu sifat Wujudiyyah yang thabit berdiri pada dzat Allah Ta’ala yang menyebabkan ada perkara yang lain, iaitu Mahawiyyah dan sifat-sifat ini maujud pada kharij dan maujud pada zihin.

D. SIFAT MA’NAWIYYAH ’

Adalah kalimah Ma’nawz’yyah itu nisbah kepada ma’na (terbangsa kepada ma’anz). Maka sifatnya tujuh, iaitu:

  1. Kaunuhu Qadiran.
  2. Kaunuhu Muridan.
  3. Kaunuhu‘Aliman.
  4. Kaunuhu Haiyyan.
  5. Kaunuhu Sami’an.
  6. Kaunuhu Bashiran.
  7. Kaunuhu Mutakalliman.

Maka sebab dinamakan Ma’nawiyyah kcrana ia melazimi (tetap mengikut akan sifat ma’ani).

Maka hakikatnya iaitu hal yang wajib bagi dzat selagi ada dzat dikeranakan dengan suatu kerana (kerana ada sifat ma’ani), maujud pada zihin tiada maujud pada kharij seperti apabila dikata hal keadaan Allah yang berkuasa, maka itulah dinamakan sifat Ma’nawiyyah iaitu hal keadaan yang tetap bagi dzat Allah Ta’ala yang dikeranakan oleh sifat Qudrat (kuasa). Qiaskanlah sifat-sifat yang lain hingga tujuh sifat Mwnuwiyyah itu, maka sifat Ma’nawiyyah itu natijah yang terbit daripada sifat Ma’ani’.

Adapun kehendak kerana padahal Ma ’nawiyyah itu bukan makna “kerana”kerana membcri faedah ilat bagi mua’lulnya sekira-kira ma’ani memberi bekas pada ma’nawiah tctapi yang dikehendaki di sini berlaziman iaitu lazim bcrdiri qudrat pada dzat itu bahawa dinamakan dzat itu qadiran.
Maka jadilah sifat Ma’ani illat malzunah dan silat Ma’nawiyyah itu ma’lul lazirn.

One thought on “Bahagian Sifat Dua Puluh”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *