10.1. Ta’Iuq Qudrat
10.2. Ta’luq lradat
10.3. Ta’luq ‘|lmu
10.4. Ta’luq Sama’ dan Bashar
10.5. Ta’luq Kalam
Adalah sifat yang mempunyai ta’luq ialah enam sifat daripada sifat Ma’ani jua, iaitu:
- Qudrat.
- Iradat.
- ‘llmu.
- Sama’.
- Bashar.
- Kalam.
Kerana sifat-sifat yang tcrsebut itu selain daripada bcrdirinya pada dzat, ia melampaui kepada yang lain. Adapun sifat hayat, maka ia tiada berta’luq kerana hayat tidak melampaui kelain dari berdiri pada dzat, hanya ia menjadi syarat pada ‘aqal bagi sifat Ma’ani’.
Makna ta’luq, iaitu sifat itu menuntut serta melazimkan perkara yang lain yang bertambah atas berdirinya pada dzat, umpama sifat qudrat itu ia menuntut akan perkara yang lain iaitu menjadikan mumkin atau mengudamkan dia, kemudian daripada ia berdiri dcngan dzat. Dan makna mumkin itu iaitu perkara yang harus adanya dan tiadanya (yang boleh berubah-ubah) dan termasuk pada mumkin itu perkara mustahil ‘aradhi dan wajib ‘aradhi iaitu mumkin yang telah dita’luq oleh iradat Tuhan hendak dijadikan, maka wajib ia mencrima jadi dan mumkin yang dita’luq iradat tidak hendak dijadikan, maka iaitu mustahil ia menerima jadi.
Sebelum seorang masuk membahaskan perkara ta’luq ini, hendaklah ia mengetahui bahawa tiap-tiap sifat yang berta’luq itu mesti ada tiga perkara:
1. Tempat ta’luq.
2. Bahagian ta’luq.
3. Kelakuan ta’luq.
A. TA’LUQ QUDRAT
Maka qudrat berta’luq ia kepada segala mumkin (segala perkara yang baharu adanya dan tiadanya) dengan ta’luq ta’thir (memberi bekas pada mengadakan dan mentiadakan), maka tidak qudrat itu berta’luq kepada wajib hakiki dan mustahil hakiki tetapi berta’luq ia kepada wajib ‘aradhi dan mustahil ‘aradhi bagaimana sudah dinyatakan kerana keduanya itu termasuk di dalam bahagian mumkin juga.
Maka bahagian ta ’luq qudrat dengan j alan ijmal di sisi Abu Mansur A1-Mathuridi dua ta’luq:
- Ta’luq Saluhi Qadim. laitu patut pada azali Tuhan mengadakan mumkin atau mentiadakan dia, maka di dalam bahagian ini mumkin itu belum diadakan hanya kepatutan baginya jua pada mcngadakan atau mentiadakan.
- Ta’luq Tanjizi Hadith. Ertinya: Tunai yang baharu. laitu mengadakan mumkin atau mentiadakan dia dengan fi’il (perbuatan). Dan di sisi Imam Abu Al-I lasan Al-Asy’ari, qudrat ada tiga bahagian ta’luq, iaitu dua bahagi yang tcrscbut di atas itu tadi dan tambah lagi:
- Ta’luq Qabdhah. Ertinya: Di dalam genggaman. Maksudnya ialah dalam timbangan Tuhan dengan ma’na bahawasanya jika menghendaki ia nescaya dikekalkan atas adanya dan jika mcnghcndaki ia nescaya dikekalkannya atas tiadanya dengan qudrat kuasanya.
Adapun bahagian ta’luq qudrat ini jika dihuraikan dengan tafsil terbahagi kepada delapan bahagian pula.
- Ta’luq Saluhi Qadim. Patut dan layak pada azali Tuhan mengadakan Zaid masalan atau mentiadakan dia.
- Qabdhah Saluhi Qadim. Keadaan mumkin, seperti Zaid dahulu daripada adanya di dalam genggaman qudramya pada mengadakan atau pada mengekalkan atas tiadanya.
- Tanjizi Hadith. Diadakan oleh Tuhan akan Zaid dengan qudratnya.
- Qabdhah Tanjizi Hadith. laitu keadaan mumkin, seperti Zaid ketika adanya di dalam genggaman dan kekuasaan Tuhan pada mengekalkan adanya atau ditiadakannya dengan qudratnya.
- Tanjizi Hadith. Allah mentiadakan mumkin, seperti Zaid yang telah ada itu dengan qudratNya.
- Qabdhah Tanjizi Hadith. Keadaan mumkin, seperti Zaid yang telah tiada (mati itu) di dalam genggaman qudratNya dengan ma’na boleh dikekalkan atas tiadanya atau diadakannya (dihidupkannya semula) dengan qudratNya.
- Tanjizi Hadith. laitu mengadakan mumkin, seperti Zaid yang telah mati itu dengan qudratNya ketika bangkit dari kubur.
- Qabdhah Tanjizi Hadith. Iaitu keadaan mumkin, seperti Zaid yang telah bangkit dari kubur itu di dalam genggaman kekuasaanNya pada mengekalkan atau adanya atau ditiadakan dia dengan qudrat tetapi dengan memutuskan nazhar (pandangan) dari segi dalil syar’i kerana orang yang telah bangkit dari kubur itu tidak akan mati lagi pada syar’i tetapi pada ‘aqal harus ditilik pada kckuasaan Tuhan kerana kekalnya itu ‘aradhi jua.
Maka dengan mengetahui bahagian ta’luq yang di atas ini teranglah dengan jelasnya adalah manusia dari semenjak sebelum ada dan masa telah ada dan masa di dalam kubur sehingga masa bangkit hari qiamat duduk di dalam syurga atau neraka tidak lepas daripada genggaman dan kekuasaan Allah Ta’ala pada segala-galanya, apakala telah diketahui demikian adanya tetap sekali bangkit perasaan manusia menurut apa-apa perintah Tuhan supaya berbetulan ‘amalan dcngan kepercayaannya yang dikatakan sempurna iman kepada Tuhan.
B. TA’LUQ IRADAT
Adalah tempat ta’luq iradat tertentu kepada yang harus jua dan jalan ta’luqnya takhsis (menentukan), maka atas qaul yang terpilih, takhsis itulah ta’thir, tetapi pada pendapatan Syeikh Al-Jauhari Rahmatullahu Ta’ala bahawasanya takhsis itu ta’thir pada (membezakan) sesuatu tidak pada mengadakan sesuatu. Maka ta’thir pada qudrat dan takhsis pada iradat itu majazi ‘aqli jua, adapun pada hakikatnya dzat Tuhan.
Adapun bahagian ta’luqnya tiga bahagi:
1. Suluhi Qadim. laitu patut dan layak pada azali bagi menentukan mumkin dengan scgala yang harus atas mumkin daripada ada dan tiada dan mencntukan segala sifat, segala masa, segala tcmpat, segala pihak dan segala qadar atas mumkin, maka pada ta’luk ini Tuhan belum menentukan, hanya kepatutanjua pada menentukan segala perkara yang di atas ini.
Maka di dalam ketentuan inilah Tuhan tclah mematutkan seorang hamba semenjak dari mula-mula ditiupkan roh ke dalam jasadnya pada tentang umurnya, rezekinya dan segala-galanya.
2. Tanjizi Qadim. laitu tunai pada azali bagi menentukan mumkin dengan iradat akan setengah barang yang harus atas mumkin, iaitu mumkinat al-mutaqabilat (mumkin yang berlawanan) sebanyak enam perkara:
a. Ditentukan ada ganti daripada tiada.
b. Ditentukan satu tempat ganti daripada segala tempat.
c. Ditentukan satu pihak, ganti daripada segala pihak.
d. Ditentukan satu masa, ganti daripada segala masa.
e. Ditentukan satu sifat, ganti daripada segala sifat.
f. Ditentukan satu qadar ganti daripada segala qadar-qadar
3. Tanjizi Hadith tunai ketentuan itu zahir pada hari jadi mumkin dengan qudrat dan iradat. Maka ketentuan inilah terletaknya qadar nasib manusia yang akhir sekali di dalam segala kepentingan hidupnya sehingga ia mati panjang atau pendek umurnya, berbahagia dia atau celaka hidupnya, derhaka dan berbakti.
Maka di bawah ini dinyatakan rangka nasib kehidupan manusia dengan ditilik daripada qudrat dan iradat tuhan kerana di dalam perkara nasib ini terlalu banyak orang terkeliru dan tersalah bawa. Maka daripada pati pelajaran ‘ilmu tauhid di dalam perkara nasib pada bahagian ta’luq qudrat dan iradat Tuhan telah merangkakan ketentuan-ketentuan nasib itu pada Lauh Mahfuz yang merupakan empat macam:
- Ketentuan yang dinamakan suluhi qadim. Maka di dalam ketentuan ini Tuhan mematutkan jua bagi manusia di dalam perkara umurnya, rezekinya dan segala-segala halnya daripada ditiup roh sehingga mati.
- Ketentuan yang dinamakan tanjizi qadim. Maka di dalam ketentuan ini Tuhan telah menentukan bagi manusia di dalam pekara umurnya, rezekinya dan lain-lain hal daripada baik atau jahat, pandai atau bodoh, kaya atau miskin.
- Ketentuan yang dinamakan qabdhah (di dalam genggaman qudrat Tuhan) — pada meluluskan ketentuan yang telah ditentukan atau tiada diluluskan maksudnya adalah ketentuan ini ada di dalam timbangan Tuhan. Maka pada ketentuan inilah Allah Ta’ala menilik akan gcrak-geri manusia itu terhadap kepada usaha kemahuan dan pcrmohonannya kehadrat Tuhan keadaan manusia itu ada yang bersungguh-sungguh berusaha dan meminta supaya ditambah lagi rezekinya dan ada bersungguh menjaga kesihatan dengan berubat serta mohon panjang umur dan setengah pula manusia sudah memadai apa yang ada dan tidak ia bersungguh berusaha dan ada separuh tidak berusaha dan tiada berkemahuan.
- Ketentuan yang dinamakan tanjizi hadith (kelulusan baharu). Maka pada ketentuan inilah terletaknya qadar nasib manusia yang akhir sekali, kemudian daripada Tuhan telah menilik dan mengawasi akan gerak-geri hambaNya. Umpama Zaid pada saluhi qadim ia akan mendapat qadar yang patut daripada ketentuan Tuhan tentang rezekinya, umurnya dan lain-lain perkara, kemudian ditentukan pada azali pada rezekinya dan sebagainya. Maka di dalam masa qabdhah saluhi qadim, Tuhan menilik adalah Zaid boleh usaha dengan maksud supaya dapat rezeki yang lebih dan berd0’a-d0’a supaya dipanjangkan umurnya serta ia mengubah sikapnya daripada jahat kepada baik, manakala diterima permohonannya itu, maka ia beroleh sebagaimana yang dihajatnya, kalau mula ia mendapat $2.00 tetapi dengan sebab berlebih berusaha, maka ia mendapat $3.00 dan umurnya mendapat tambah dan halnya telah berubah kepada baik ialah dengan usaha dan kemahuannya, sebaliknya jika Tuhan berkehendak boleh pula dikurangkan dari apa yang telah ditentukan.
Demikianlah aliran fahaman di dalam perkara nasib yang dilarang kita melupakan dengan berserah bulat-bulat kepada Tuhan dan diperintah kita sekalian berd0’a untuk memperoleh nasib itu. Walhasil hendaklah disertakan dengan bermohon dan bertawakkal kepada Tuhan.
Maka sifat qudrat dan iradat tidak ta’luq kepada wajib hakiki dan mustahil hakiki kerana jika ta’luq pada yang wajib untuk mengadakan yang wajib hakiki, maka lazim tahsilul hasil dan jika ta’luq pada yang wajib untuk mentiadakan yang wajib, maka lazim ketika itu bertukar hakikat wajib kepada harus oleh sebab hakikat wajib tiada terima tiada.
Dan jika ta’luq pada yang mustahil untuk mentiadakan yang mustahil, maka lazim tahsilul hasil dan jika ta’luq pada yang mustahil pada mengadakan yang mustahil, maka lazim ketika itu bertukar hakikat mustahil kepada harus kerana hakikat mustahil tiada terima ada.
C. TA’LUQ ‘ILMU
Adalah ‘ilmu berta’luq ia kepada wajib, mustahil dan harus. Wajah ta’luqnya inkisyaf (terang dan meliputi tiap-tiap sesuatu) maka bahagian ta’luknya satu jua iaitu tanjizi qadim, ertinya tunai pada azali Tuhan mengetahui pada segala yang wajib iaitu diketahui dzatNya dan sifatNya dan mengetahui yang mustahil iaitu diketahui pada azali syarikul bari ini tiada bagiNya, dan mengetahui segala yang harus iaitu dikctahuinya segala yang harus yang telah ada dan yang lagi akan diadakan dan yang lagi akan ditiadakan. Maka tiada baginya ta’luq saluhi qadim dan tanjizi hadith kerana jika ada ta’luq saluhi qadim atau tanjizi hadith melazimkan Tuhan itu bersifat jahil.
Ketahui olehmu adalah ta’luq qudrat, iradat dan ‘ilmu, hal keadaannya beratur iaitu ta ’luq qudrat mengikut ta’luq iradat dan ta ’luq iradat mengikut ta’luq ‘ilmu.
D. TA’LUQ SAMA’ DAN BASHAR
Maka kedua-dua sifat itu tertentu ta’luq kepada yang maujud sama ada yang maujud itu wajib atau harus dengan syarat yang harus ini maujud kerana ada yang harus tidak maujud seperti mumkin di dalam ‘ilmu Tuhan yang tidak hendak dijadikan seperti beriman Abu Lahab, maka tidak ta’luq sama’ dan bashar kerana telah berta’luq ‘ilmu Tuhan bahawa Abu Lahab itu tiada beriman dan tidak ta’luq keduanya itu kepada yang mustahil kerana tiada maujud wajah ta’luqnya inkisyaf (terang dan meliputi tcrtentu pada yang ada jua).
Maka inkisyaf ‘ilmu tiada sama dengan inkisyaf sama’ dan bashar. Demikian juga inkisyaf sama’ tiada sama dengan inkisyaf bashar. Adapun hakikat tiada sama ini tidak dapat diketahui hanya tuhan jua yang mengetahui. Maka scbab tiada sama antara tiga sifat itu kerana jika sama inkisyaf pada ketiga-tiga sifat itu nescaya jadi tahsilul hasil.
Maka bahagian ta’luqnya tiga bahagian:
- Ta’luq Saluhi Qadim. laitu patut dan layak pada azali, Tuhan mendengar dan melihat akan perkara yang harus yang lagi akan diadakan.
- Ta’luq Tanjizi Qadim. laitu tunai pada azali Tuhan mendengar pada yang wajib iaitu seperti apa yang ia sendiri berkata dan melihat yang wajib iaitu ia melihat akan dzatNya dan sifatNya sendiri.
- Ta’luq Tanjizi Hadith tunai pada hari jadi benda yang baharu, Tuhan mendengar dan melihat akan yang harus yang tslah ada.
E. TA’LUQ KALAM
Adalah kalam berta’luq ia pada yang wajib, yang mustahil dan yang harus dengan ta’luq dalalah (menunjukkan) maka ia ta’luq tanjizi qadim jua, iaitu tunai pada azali Tuhan berkata pada yang wajib seperti firmanNya:
Ertinya: .. Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku (Surah Thaha: Ayat 14)
Dan berkata kepada yang mustahil seperti firmanNya menghikayatkan percakapan Nasrani, iaitu:
Ertinya: (kata orang Nasrani) bahawasanya Allah Ta’ala yang ketiga daripada tiga (Surah Al-Ma’idah: Ayat 73)
Dan berkata kepada yang harus seperti firmanNya
Ertinya: Allah Ta’ala menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu. (Surah Ash-Shafaat: Ayat 96)
Barang diketahui adalah ta’luq sifat yang enam yang tersebut itu dengan i’tibar tempat ia berta’laq terbahagi kepada dua bahagian:
- Berta’luq kcpada dzat Tuhan dan dzat yang lainnya, iaitu ‘ilmu, kalam, sama’ dan bashar.
- Berta’laq kepada dzat yang lain tidak pada dzat Tuhan iaitu qudrat dan iradat, kcmudian sifat dua puluh dengan nisbah bagi ta’luq itu empat bahagi:
a. Tiada berta’laq dengan sesuatu iaitu sifat Nafsiyyah, Salbiyyah, Ma’nawiyyah dan sifat Hayat kerana sifat-sifat itu tidak menuntut perkara yang lebih dari berdiri pada dzatNya.
b. Berta’luq kepada mumkin jua iaitu qudrat dan iradat.
c. Berta’laq kepada segala yang maujud jua, iaitu sama’ dan bashar.
d. Berta’laq kepada yang wajib, mustahil dan yang harus, iaitu; sifat ‘ilmu dan kalam.
Maka nyatalah yang terlcbih umum sifat ta’luq ialah ‘ilmu dan kalam dan yang terlebih khas ialah qudrat dan iradat. Dan yang antara umum dan khusus ialah ta’luq sifat sama’ dan bashar.