Rukun Jual beli
Kita sedia rnaklum, jual beli merupakan suatu kontrak (akad). Setiap kontrak sudah tentu mempunyai rukun-rukun tersendiri supaya kontrak ini wujud. Rukun-rukun ini pula sudah tentu mempunyai syarat-syarat tersendiri supaya ia diterima sebagai sah dan seterusnya memberikan implikasi tertentu iaitu beberapa hukurn yang ditetapkan oleh Allah Taala. Kita akan bincangkan kesemua aspek ini dengan izin Allah Taala selepas ini. Terdapat tiga rukun dalam kontrak jual beli:
Rukun Pertama: Pihak yang Mengikat Kontrak
Mereka ialah penjual dan pembeli yang mengikat kontrak menurut persetujuan mereka berdua. Kedua-dua pihak ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Waras; iaitu baligh, berakal dan boleh menguruskan harta dengan baik.
Oleh itu, urusan jual beli yang dijalankan oleh kanak-kanak dan orang gila adalah tidak sah. Demikian juga dengan orang yang tidak dibenarkan menguruskan harta sendiri kerana ketidak warasannya iaitu tidak berkelayakan menguruskan harta. Contohnya, orang yang membelanjakan hartanya dalam perkara-perkara yang diharamkan, atau orang yang terlalu boros membelanjakan harta walaupun untuk rnemperolehi barangan yang harus, atau orang yang dianggap cuai dan tidak bijak serta tidak berpengalaman menguruskan harta.
Dalilnya ialah firman Allah:
Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian, jika kamu nampak daripada keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga harta mereka, maka serahkanlah kepada mereka harta mereka. (An-Nisa‘: 6)
Dalam ayat di atas, Allah Taala memerintahkan para penjaga agar menguji anak-anak yang berada di bawah jagaan mereka dengan cara menyuruh mereka menjalankan urusan jual beli setelah mereka cukup umur. Jika mereka dapat menguruskan harta tersebut dengan baik, mereka akan diberikan kebenaran untuk memperolehi semua harta mereka dan segala urusan mereka dianggap sah. Ini menunjukkan bahawa kewarasan adalah syarat untuk memperolehi harta dan menguruskannya. Urusan jual beli adalah urusan yang membabitkan harta, oleh itu kewarasan menjadi syarat dalam urusan ini.
Di samping itu, semua kanak-kanak dan mereka yang tidak siuman tidak berkelayakan untuk menguruskan harta mereka kerana mereka bukanlah mukallaf.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Pena telah diangkat (tidak dicatat)pada tiga orang. Orang gila yang kehilangan akalnya sehingga dia sembuh. Orang yang tidur sehingga dia sedar. Kanak-kanak sehingga dia bermimpi iaitu cukup umur’.1
Maksud pena telah diangkat ialah apa yang dilakukan tidak diambil kira. Oleh kerana kontrak membabitkan beberapa hukum, jadi orang yang tidak diambil kira segala tindakan mereka dianggap tidak berkelayakan melakukannya.
Maksudnya apabila seseorang menjual atau membeli, dia melakukannya dengan bebas dan dengan sepenuh hatinya serta meredai urusan yang ingin dijalankan.
Dalilnya ialah firman Allah Taala:
Kecuali dengan cara perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. (An-Nisa‘: 29)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya jual beli hanyalah sah dengan cara suka sama suka (di antara penjual dan pembeli) 2
Dengan ini jual beli hanya diterima dan dianggap sah apabila in dilakukan secara sukarela oleh kedua-dua pihak. Atas dasar ini’ jual beli oleh orang yang dipaksa adalah tidak sah kerana ia dilakukan tanpa kerelaan. Ini kerana kerelaan pada hakikatnya adalah seuatu yang tersirat. Dalam keadaan biasa, kerelaan ini boleh dilihat melalui percakapan dan perbuatan. Namun dalam keadaan terpaksa, percakapan yang dilahjrkan tidak dapat menjadi ukuran kepada kerelaan yang tersirat. Sebaliknya kerelaan ini boleh djpertikaikan atau boleh dianggap tiada sama sekali. Oleh itu. percakapan oleh orang yang dipaksa tidak boleh diambil kira dan jual beli tersebut tidak sah.
Selain orang yang dipaksa, jual beli yang dilakukan secara bergurau adalah tidak sah. Ia sama seperti orang yang dipaksa iaitu jual heli tidak dijalankan dengan kerelaannya dan dengan niatnya.
Walau bagaimanapun, jika paksaan tersebut dilakukan dengan sebab yang sah, jual beli orang yang dipaksa adalah sah. Contohnya, orang yang Sengaja melambat-lambatkan pembayaran hutang gedangkan dia memiliki barangan tetapi enggan menjualnya. Dalam keadaan ini, hakim berhak memaksa orang ini menjual barangan tersebut untuk tujuan menjelaskan hutangnya. Jual beli di sini sah kerana kerelaan Syarak telah menganti tempat kerelaan penjual.
3. Penjual dan pembeli adalah individu yang berlainan.
Maksudnya, mesti wujud dua pihak berlainan yang mengikat knntrak tersebut; penjual serta pembeli bukanlah orang yang sama. Ini kerana kepentingan kedua-dua pihak sentiasa berlainan. Penjual sentiasn mahukan harga yang lebih tinggi dengan kualiti barangan yang lebih rendah sementara pembeli pula sentiasa mahukan kualiti barangan yang lebih bflik dengan harga yang lebih rendah. Juga kerana jual beli membabitkan hukum mengambil barangan yang dibeli dan hukum memperolehi harga barangan yang dijual. Semua perkara ini membabitkan beberapa tanggungjawab yang mungkin akan saling bertentangan. Oleh itu, semua tanggungjawab ini tidak boleh dfletakkan hanya pada seorang individu.
Atas dasar ini, jika seseorang mewakilkan kepada orang lain untuk menjual barangannya, wakil yang dilantik tidak boleh menjual barangan tersebut kepada dirinya sendiri. Begitu juga jika seseorang mewakilkan kepada seseorang untuk rnembeli sesuatu barangan, sedangkan barangan tersebut ada pada wakil tersebut, dia tidak boleh membeli barangan tersebut daripada dirinya sendiri bagi pihak pewakil.
Begitu juga hukumnya jika seseorang menjadi wakil kepada dua individu, dia tidak boleh menggunakan Wang salah seorang pewakjl untuk membeli barangan pewakil seorang lagi kerana sebab yang sama. Juga kerana hak-hak dalam jual beli iaitu menyerahkan barangan, memperolehi harganya dan lain-lain berada di tangan wakil tersebut. Oleh kerana jual beli kadang-kadang memerlukan penilaian dan pertimbangan sebagai seorang penjual dan pembeli, maka tidak mungkin orang yang sama boleh memainkan kedua-dua peranan dalam satu masa.
Namun, hukum ini dikecualikan dalam kes jual beli yang dijalankan oleh penjaga iaitu bapa ke atas harta anaknya yang tidak berkemampuan rnenguruskan hartanya sendiri. Alasannya, seorang bapa tidak ditohmoh akan memperdayai anaknya sendiri kerana sifat belas kasihan terhadap anaknya yang ada padanya.
Demikian juga dengan jual beli seorang hakim (pemerintah) ke atas harta mereka yang tidak berkeupayaan yang berada di bawah jagaannya. Dalam hal ini dia boleh menjual harta salah seorang daripada mereka kepada salah seorang yang lain, kerana hak jagaan yang dimiliki oleh hakim (pemerintah) ini adalah umum. Juga kerana adakalanya dia terpaksa melakukan jual beli seperti itu.
4. Boleh melihat.
Oleh itu jual beli oleh orang buta tidak sah kerana wujudnya kejahilan yang ketara. Untuk tujuan jual beli, orang buta ini perlu mewakilkannya kepada orang lain untuk membeli atau untuk menjual bagi pihaknya.
Rukun Kedua: Sighah Kontrak
Sighah kontrak adalah ucapan yang dilahirkan oleh kedua-dua pihak yang mengikat kontrak dengan menyatakan kemahuan, kerelaan dan niat mereka untuk mengikat kontrak. Sepertimana yang dimaklumi, kerelaan adalah syarat sah kontrak jual beli.
Namun demikian, kerelaan adalah suatu yang tersirat. Kerelaan ini perlu dilahirkan melalui petanda yang dapat menggambarkan kerelaan tersebut. Ia dapat dilahirkan melalui tindakan kedua-dua pihak yang mengikat kontrak yang menunjukkan mereka bersetuju dalam urusan jual beli tersebut. Tindakan inilah yang dinamakan sebagai sighah kontrak.
Kontrak ini merangkumi penawaran (ijab) oleh penjual. Contohnya penjual berkata: Saya menjual baju ini kepada anda dengan harga sekian. Juga merangkumi persetujuan (qabul) oleh pembeli. Contohnya seperti kata pembeliz “Saya setuju,” atau “saya membelinya,” atau dengan ucapan yang seumpama dengannya.
Sighah terbahagi kepada sighah secara langsung (sarih) dan sighah tidak langsung (kinayah).
Sighah secara langsung (sarih) bermaksud setiap ungkapan yang secara jelas merujuk kepada jual beli. Contohnya: “Saya jual kepada anda,” atau “saya serahkan hak milik barang ini kepada anda.” Sementara pembeli pula berkata: “Saya beli,” atau “saya terima hak milik barang ini.” Sebagai tanda persetujuan, pembeli cukup dengan hanya berkata: “Saya setuju.”
Sighah secara tidak langsung (kinayah) pula bermaksud ungkapan yang boleh membawa maksud jual beli dan pada masa yang sama juga boleh membawa maksud yang lain. Contohnya seorang penjual berkata: “Saya jadikannya milik engkau dengan harga sekian,” atau berkata: “Ambillah dengan harga sekian,” atau: “Saya serahkan dengan harga sekian.” Pembeli pula menjawab: “Saya ambil,” atau “saya terirna.”
Ungkapan yang diucapkan secara langsung dianggap sah sebagai jual beli (jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan) sebaik sahaja ia diucapkan, tanpa perlu bergantung kepada niat. Sementara ungkapan secara tidak langsung pula tidak dianggap sebagai jual beli kecuali jika ia dilakukan dengan niat jual beli atau ada tanda-tanda yang merujuk kepada wujudnya proses jual beli.
Adakah jual beli boleh berlangsung dengan hanya hulur menghulur? Seperti, apabila penjual menghulurkan barangan dan pembeli menghulurkan Wang tanpa sepatah perkataan antara mereka, atau pun hanya seorang sahaja yang bersuara sementara seorang lagi hanya berdiam.
Pendapat yang masyhur dalam mazhab ialah kedua-dua pihak yang mengikat kontrak perlu melafazkan kontrak tersebut dan jual beli tidak sah hanya dengan hulur-menghulur. Beberapa orang fuqahak mazhab membolehkan jual beli dengan cara hulur-menghulur cuma bagi ‘barangan yang murah seperti sekati roti, seikat bawang atau sebagainya. Manakala jual beli secara hulur-menghulur ini tidak sah bagi barangan mewah atau barangan yang mempunyai nilai yang tinggi.
Walau bagaimanapun, ulama-ulama mazhab yang mutakhir seperti Imam al-Nawawi rhm. membenarkan apa jua jual beli yang dilakukan melalui cara ini jika cara ini telah menjadi amalan yang diguna pakai. Pendapat ini lebih memudahkan dan lebih peka kepada kemudahan orang ramai. Pendapat ini juga dapat mengelakkan masyarakat daripada terjebak dalam dosa dan aturan yang boleh membatalkan jual beli mereka. Apatah lagi pada hari ini jual beli secara hulur-menghulur telah diamalkan secara meluas. Pada hari ini jarang sekali kedua-dua pihak yang berjual beli mengucapkan penawaran dan persetujuan (ijab dan qabul).
Perbincangan di atas hanya membabitkan orang yang boleh bercakap. Bagi orang bisu, mereka hanya perlu menunjukkan isyarat yang mudah difahami dan biasa digunakan dalam keadaan seperti ini. Isyarat ini diterima bagi menggantikan ucapan yang perlu diucapkan atas dasar keperluan yang mendesak; Isyarat ini dapat menyatakan hajatnya sama seperti ucapan yang digunakan oleh orang yang boleh bercakap. Selain itu, tulisan juga termasuk dalam erti kata isyarat. Malah, ia lebih baik kerana tulisan memberikan bukti yang lebih kukuh bagi melambangkan hasrat atau keredaan.
Syarat Sighah Kontrak
Sighah kontrak ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Tidak wujud tempoh yang lama antara penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul) yang boleh menggambarkan pada adatnya penawaran tersebut tidak diterima.
Keadaan ini dinamakan sebagai kebersamaan tempat mengikat kontrak. Jika setelah penjual menawarkan jualan, berlaku diam yang berpanjangan atau wujud perbualan yang tiada kena mengena dengan kandungan kontrak walaupun untuk tempoh yang singkat, kemudian barulah pembeli menyatakan persetujuannya, kontrak tersebut tidak sah. Jika perbualan mengenai jual beli tersebut memakan masa yang panjang kemudian barulah dipersetujui, kontrak tersebut masih sah walaupun wujud tempoh masa yang lumu diantaranya.
2. Perlu wujud persamaan antara persetujuan oleh pembeli dan penawaran oleh penjual dalam semua sudut.
Jika penjual berkata: Saya jual kepada anda dengan harga RM100.00. Sementara pembeli pula berkata: Saya beli dengan harga RM50.00. Atau pun jika penjual berkata: Saya jual rumah ini kepada anda dengan harga RM30,000.00. Pembeli pula menjawab: Saya beli separuh rumah ini dengan harga RM15,000.00. Atau pun penjual berkata: Saya jual kepada anda dengan harga RM30,000.00 secara tunai. Pembeli pula menjawab: Saya beli dengan harga RM30,000.00 secara bertangguh. Kesemua jual beli ini tidak sah kerana Wujudnya ketidaksamaan antara persetujuan dan penawaran.
Walau bagaimanapun, jual beli ini boleh dianggap sah jika pihak penjual bersetuju dengan tawaran pembeli tadi. Ini bermakna tawaran pertama oleh penjual tidak terpakai. Sementara persetujuan pertama iaitu daripada pembeli tadi pula dianggap sebagai tawaran (ijab) dan persetujuan kedua iaitu daripada penjual dianggap sebagai persetujuan (qabul) kepada penawaran tadi.
3. Kesahihan jual beli tersebut tidak boleh dikaitkan dengan sebarang syarat atau dihadkan untuk tempoh tertentu.
Sighah kontrak mestilah menunjukkan kontrak telah sempurna dan pemilikan mestilah bersifat kekal. Jika pihak penjual berkata: Saya jual rumah ini kepada anda jika si fulan datang. Ataupun: Saya jual rumah ini kepada anda pada bulan sekian. Pernbeli pula membalas: Saya setuju. Kontrak ini tidak sah kerana dikaitkan dengan syarat tertentu. Kewujudan syarat ini menunjukkan kehendak penjual untuk menjual dan kehendak pembeli untuk membeli tidak jelas. Sedangkan seperti yang kita maklumi, persetujuan kedua-dua pihak adalah syarat sah jual beli.
Demikian juga jika penjual berkata: Saya jual kereta ini kepada anda selama setahun. Pembeli pula menjawab: Saya beli. Kontrak ini tidak sah kerana jual beli ini dihadkan untuk tempoh tertentu. Ini kerana pemilikan sesuatu barangan tidak boleh dihadkan pada jangka masa tertentu.
Larangan menetapkan tempoh atau syarat tertentu ini hanya membabitkan barangan yang dijual. Berbeza dengan pembayaran, jika penjuall ingin menjual sesuatu barangan dengan pembeli perlu menunaikan bayarannya pada awal bulan depan atau pada dua bulan berikutnya, jual beli ini sah kerana pembayaran di sini dianggap dalam bentuk hutang yang menjadi tanggungan pembeli. Ini bermakna, penetapan syarat dan tempoh bagi pembayaran boleh diterima, berbeza bagi barangan yang dijual.
Walau bagaimanapun, jika jual beli tersebut dijalankan secara barter, iaitu antara barangan dengan barangan, contohnya kereta dengan kereta atau rumah dengan rumah, urusan jual beli seperti ini juga tidak boleh dikaitkan dengan sebarang syarat.
Rukun Ketiga: Barang Jualan dan Harganya
Inilah yang dinamakan sebagai subjek kontrak (akad). Dalam kontrak jual beli, subjek kontrak merujuk kepada barangan yang dijual dan barangan yang dijadikan sebagai bayaran. Kedua-dua perkara ini perlu memenuhi beberapa syarat. Keterangannya adalah seperti berikut: ”
1. Barangan jualan hendaklah wujud ketika kontrak jual beli dimeterai.
Barangan yang tidak Wujud tidak boleh dijual. Contohnya, penjual yang mahu menjual buah-buahan yang bakal berbuah di pokok tertentu atau pun anak kambing yang bakal dikandung oleh ibunya. Termasuk dalam syarat ini barangan yang dikategorikan sebagai masih belum Wujud. Contohnya, penjual yang mahu menjual anak kambing yang sedang dikandung oleh ibunya atau susu yang masih berada pada kantung susu.
Dalil hukum ini ialah tindakan Nabi s.a.w. yang pernah melarang penjual menjual barangan yang tidak dimiliki.
Para penulis kitab Sunan meriwayatkan, Hakim bin Hizam r.a. berkata:
Saya telah berkata: “Wahai Rasulullah, seseorang lelaki datang kepadaku sambil bertanyaku tentangjual beli sesuatu, barang, sedangkan aku tidak mempunyai barang yang hendak aku jual kepadanya. Kemudian aku mem beli barang tersebut di pasar. ”Baginda bersabda: ”Jangan engkau jual barang yang tiada di sisimu. “1
Selain itu, jual beli dengan cara ini termasuk dalam kategori jual beli berisikoz (al-gharar) kerana barangan tersebut mungkin wujud dan mungkin juga tidak. Sedangkan Rasulullah s.a.w. melarang jual beli berisiko?
2. Barangan yang dijual mestilah dalam bentuk harta yang bernilai menurut syarak.
Syarat ini ditetapkan bagi barangan vjualan dan bayaran yang ditetapkan. Berdasarkan syarat ini, segala barangan yang dikategorikan sebagai najis dan haram oleh syarak tidak sah diperniagakan. Dengan itu barangan seperti arak, bangkai, darah, najis dan anjing adalah tidak sah untuk dijadikan sebagai barangan jualan dan bayaran.
Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.:
Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala. Lalu ada yang berkata: “Wahai Rasulullah, apa kata tuan tentang lemak bangkai? Sesungguhnya ia digunakan untuk mengecat kapal, disapukan pada kulit dan orang ramai menyalakan lampu dengannya? “Baginda menjawab: “Tidak, ia haram. ” Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semoga Allah memerangi (membinasakan) kaum Yahudi. Sesungguhnya apabila Allah mengharamkan lemak haiwan, mereka pun mencairkannya, kemudian menjualnya dan memakan hasil
jualannya. ”’
Lemak haiwan yang diharamkan kepada kaum Yahudi ialah lemak lembu dan kambing seperti yang dinyatakan oleh al-Quran dalam surah al-An‘am ayat 146.
Diriwayatkan daripada Abu Mas‘ud al-Anshori r.a.:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang daripada mengambil hasil jualan anjing?
Semua barangan lain yang najis dan haram bolehlah diqiaskan dengan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis di atas.
Termasuk dalam kategori ini ialah barangan yang terkena najis dan tidak boleh dibersihkan lagi seperti cuka, susu, minyak, mentega cair dan sebagainya.
Manakala barangan yang boleh dibersihkan selepas terkena najis boleh dijual atau boleh dijadikan sebagai bayaran kerana barangan ini dianggap sama seperti barangan yang suci.
3. Barangan jualan mestilah barangan yang bermanfaat menurut syarak dan uruf (kebiasaan orang ramai).
Maksudnya, pada adatnya, manfaat barangan tersebut menjadi tujuan jual beli dan dibenarkan oleh syarak. Dengan ini tidak sah menjual serangga berbisa atau haiwan yang tidak boleh dimanfaatkan atau manfaatnya tidak menjadi tujuan jual beli diadakan. Demikian juga dengan peralatan yang melalaikan yang manfaatnya tidak dibenarkan oleh syarak. Sebabnya, membayar sesuatu untuk mendapat sesuatu yang tidak bermanfaat adalah perbuatan yang membazir. Rasulullah s.a.w. sendiri melarang pembaziran3.
Namun demikian, menjual harimau untuk tujuan memburu, gajah untuk tujuan peperangan, monyet untuk tujuan mengawal hartu, lebah untuk tujuan mendapatkan madu dan seumpamanya adalah dibenarkan. Ia dibenarkan atas alasan semua binatang ini ada manfaatnya menurut adat dan dibenarkan oleh syarak. Di samping itu, tidak wujud sebarang larangan khusus kepada binatang-binatang ini sepertimana larangan yang ada pada anjing contohnya.
Semua barangan yang disebutkan di atas yang tidak dibenarkan untuk dijual, ia juga tidak dibenarkan untuk dijadikan sebagai bayaran.
Jika barangan yang dijual atau yang ingin dijadikan sebagai bayaran masih tidak boleh dimanfaatkan ketika proses jual beli tetapi boleh dimanfaatkan pada masa hadapan, contohnya anak kuda yang masih kecil, ia boleh dijual atau pun dijadikan sebagai bayaran.
4. Barangan tersebut hendaklah boleh diserahkan, daripada segi fizikal dan syarak.
Jika satu pihak gagal menyerahkan barangan yang ingin dijual atau barangan yang ingin dijadikan sebagai bayaran, dan barangan tersebut telah ditentukan ketika proses jual beli, kontrak tersebut tidak sah. Ini kerana pihak satu lagi tidak yakin dia akan beroleh timbal balik kepada apa yang diberikannya. Dengan ini apa yang diberikan itu dianggap pembaziran dan seperti yang dimaklumi, pembaziran adalah dilarang oleh syarak.
Dengan ini bermakna, tidak sah rnenjual kereta yang telah hilang atau burung yang masih bebas di udara atau ikan yang masih dalam sungai atau sebagainya kerana secara fizikal barangan ini tidak mampu diserahkan.
Barang yang dirampas juga tidak sah dijual jika barangan tersebut berada di tangan perampas. Kecuali jika pembeli adalah perampas sendiri. Atau pun pembeli mampu merampas semula barangan tersebut daripada perampas.
Menjual sebahagian barangan yang tidak boleh dibahagikan juga tidak sah kerana jualan ini akan menyebabkan nilai barangan tersebut hilang atau tidak boleh digunakan lagi. Contohnya buku, pedang, rumah kecil atau sebagainya. Sebabnya, menurut syarak barangan ini tidak mampu diserahkan kerana penyerahan ini menyebabkan barangan ini terpaksa dibahagi atau dipisahkan. Tindakan ini sudah tentu akan menurunkan nilai barangan tersebut. Selain itu, perbuatan ini juga membazir dan ia adalah perbuatan yang dilarang.
Namun jika barangan tersebut dijual tanpa dinyatakan bahagiannya secara jelas iaitu belian dilakukan dengan cara berkongsi barangan yang dijual, kontrak tersebut sah kerana pembeli tidak berhak menuntut barangan bersebut dibahagi-bahagikan. Dengan ini barangan tersebut boleh dimanfaatkan dengan cara saling berkongsi.
5. Pihak yang berkontrak mestilah orang yang mempunyai kuasa ke atas barangan yang ingin dijual beli sama ada kuasa sebagai seorang penjaga atau kuasa sebagai pemilik.
Dengan ini pemilik dibenarkan menjual barangan miliknya atau menggunakan barang tersebut untuk membeli sesuatu barangan kerana syarak mengesahkan kuasa hak miliknya. Demikian juga penjaga atau pemegang wasiat, mereka dibenarkan menjual barangan milik orang di bawah jagaan mereka atau menggunakan barangan tersebut untuk membuat belian.
Demikian juga dengan wakil, mereka dibenarkan menjual barangan pewakil atau membeli menggunakan barangan pewakil. Atas alasan mereka semua mempunyai kuasa terhadap harta tersebut, sama ada kuasa tersebut diberikan oleh syarak seperti penjaga dan pemegang wasiat atau pun kuasa tersebut diperolehi daripada pemilik sendjri seperti wakil. J ika barangan tersebut dijual atau diglmakan untuk membeli oleh orang yang tidak diberi kuasa (dalam istilah fuqahak dikenali sebagai fuduli iaitu orang yang tidak berkenaan), kontrak jual beli tersebut tidak sah.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.W.:
Tidak harus jual beli melainkan pada barang yang kamu miliki.’
Namun demikian, larangan ini dikecualikan jika barangan tersebut dijual oleh seseorang yang bukan pemilik pada asalnya, cuma dia adalah pewaris harta tersebut dan dia menyangka pemiliknya masih hidup. Walau bagaimanapun, kemudiannya pemilik asal tersebut terbukti telahpun mati ketika kontrak tersebut dimaterai. Dalam kes ini, jual beli tersebut dan segala proses yang berkaitan dengannya diterima sebagai sah. Alasannya, sangkaan
awal individu ini silap dan kemudian dia disahkan sebagai pemilik sebenar barangan tersebut ketika kontrak tersebut dimeterai dan dia bukan lagi fuduli (orang yang tidak berkenaan dengan harta tersebut). Perkara yang diambil kira dalam soal kontrak ini ialah kedudukan sebenar ketika kontrak dimeterai, bukan sekadar berdasarkan sangkaan semata-mata.
6′. Barangan tersebut mestilah dalam pengetahuan kedua-dua belah pihak.
Oleh yang demikian, menjual barangan atau membayar menggunakan barangan yang tidak djketahui oleh kedua-dua pihak atau oleh salah satu pihak adalah tidak sah. Tindakan ini biasanya akan menimbulkan pertelingkahan kerana wujudnya un sur risiko. Seperti yang dimaklumi, Nabi s.a.w. telah melarang jual beli berisiko (al-gharar). Oleh itu, tidak sah menjual barangan yang tidak diketahui oleh kedua-dua pihak atau oleh salah satu pihak.
Barangan tersebut juga tidak sah dijadikan sebagai bayaran.
Demikian juga tidak sah menjual atau dijadikan bayaran salah satu barangan yang ada tanpa dinyatakan yang mana satu. Juga tidak sah menjual sesuatu barangan tertentu dengan hanya meletakkan satu angka contohnya, 1,000 tanpa dijelaskan apakah nilai yang dimaksudkan dengan angka tersebut dan uruf (kebiasaan orang ramai) juga tidak menentukan apakah yang dimaksudkan dengan angka tersebut. Jika uruf dapat menjelaskan maksud tersebut, maka nilaian tersebut ditentukan oleh uruf. Contohnya, jika barangan tersebut dijual di Syria dan ditentukan harganya ialah 1,000, maka uruf setempat di situ menentukan bahawa yang dimaksudkan dengan 1,000 ialah 1,000 Lira Syria.
Juga, tidak sah menjual sesuatu barangan, atau sebuah rumah contohnya dengan harga yang sama yang dijual oleh seseorang yang lain, sedangkan kedua-dua pihak yang berkontrak tidak tahu berapakah harga jualan rumah tersebut.
Maklumat mengenai barangan yang dijual beli boleh diperolehi melalui cara-cara berikut :
1 . Jika barangan tersebut wujud dan dipamerkan, jual beli tersebut sah walaupun tidak dinyatakan kadar dan spesifikasinya.
Contohnya, penjual menjual sebuah kereta yang dipamerkan dengan dinyatakan harganya tetapi tidak dinyatakan jenis kereta tersebut. Demikian juga jika penjual menjual seguni gandum dengan harga 1,000 Lira Syria, tetapi tidak dinyatakan. sukatannya. Atau pun penjual menjual sesuatu barang yang dipamerkan dihadapannya dengan nilai matawang tertentu. Semua jual beli ini adalah sah kerana barangan tersebut boleh disaksikan dan ditunjukkan dengan jelas. Ia sudah cukup untuk pengetahuan pembeli.
2. Kedua-dua pihak melihat katalog sebelum kontrak jual beli dimeterai dengan masing-masing menyebut tentang spesifikasi dan deskrlpsi barangan tersebut. Tetapi dengan syarat barangan tersebut biasanya tidak akan berubah antara waktu meljhat dan waktu kontrak jual beli dimeterai. Contohnya baju, rumah atau sebagainya.
Jika pada kebiasaannya barangan tersebut akan berubah dalam tempoh tersebut, maka melihat katalog sahaja tidak memadai.
3. Melihat sebahagian barangan yang dijual beli jika bahagian tersebut sudah cukup menggarnbarkan bahagian yang lain. Contohnya melihat sebahagian daripada fabrik yang digunakan sudah cukup menggambarkan keseluruhan baju tersebut. Atau pun melihat sampel bagi barangan yang sama.
4. Melihat bahagian luar barangan yang dijual beli sahaja yang mana bahagian luar tersebut dianggap sebagai ‘penjaga’ kepada isi kandungannya. Contoh-nya tembikai, delima atau telur. Barangan-barangan seperti ini cukup dengan hanya melihat bahagian kulitnya sahaja. Begitu juga dengan buah kelapa dan buah badam yang telah masak, memadai dengan hanya melihat kulit luarnya sahaja kerana kulit buah-buah ini perlu dikekalkan untuk menjamin kesegarannya.
Jika buah-buahan tersebut jenis yang dimakan bersama kulit luarnya, memadailah dengan hanya melihat kulitnya untuk mengesahkan jual beli tersebut.
Jika pembayaran dibuat secara tertangguh, maklumat mengenai masa pembayaran juga termasuk dalam syarat mengetahui barangan yang dijualbeli. Oleh itu, jika masa pembayaran tidak diketahui dengan jelas, contohnya dinyatakan bayaran akan dibuat pada waktu menuai atau sehingga si fulan pulang daripada perjalanannya, jual beli itu tidak sah.
Demikian juga dengan maklumat tentang kaedah jaminan seperti gadaian dan penjamin dalam jual beli, jika kaedah tersebut diletakkan sebagai syarat dalam kontrak. Oleh itu, jika penjual menjual sesuatu barangan dengan syarat pembeli membawakan penjamin atau gadaian untuk bayaran tersebut tetapi tidak pula ditentukan siapakah penjamin atau apakah gadaian tersebut, kontrak tersebut tidak sah.
________________________________
1 [Abu Daud, Hudud, Bab orang gila yang mencuri atau dikenakan hudud, no. 4401]
2. Bebas membuat pilihan ketika mengikat kontrak.
1 [Riwayat Ibnu Majah, Perniagaan, Bab jual beli khiyar, no. 2185]
1 [Lihat Sunan Abu Daud. Jual beli dan sewa, Bab Ielaki yang menjual apa yang tiada padanya, no. 3530]
2 Jual beli berisiko (a/-gharar) ialahjual beli yang harga, atau barangan, atau tempoh, atau kemampuan untuk menyerahkan barang atau harga tidak diketahui. (pent. Lihat Mujam Lughah al-Fuqaha’)
3 [Muslim, Jual beli, Bab tidak sah jualan hasah (batu) dan jual beli yang mengandungi risiko, no. 1513]
1 [Riwayat al-Bukhari, Jual beli, Bab jual beli bangkai dan berhala, no. 2121; Muslim, Musaqah, Bab haram jual beli arak dan bangkai, daripada Jabir bin Abdullah r.a., no. 1581]
2 [Riwayat al-Bukhari, Jual beli, Bab hasil jualan anjing, no. 2122; Muslim, Musaqah, Bab pengharaman hasil jualan anjing, no. 1567]
3 [Riwayat al-Bukhari, lstiqradh, Bab hadis yang melarang membazirkan harta, no. 2277]
1 [Riwayat Abu Daud, Jual beli, Bab lelaki yang menjual barangan yang tiada padanya, no. 3503; Al-Tirmizi, al-Nasaie dan lbnu Majah]