Mu’jizat

15.1. Perbezaan Mu’jizat dan lrhas dengan Sihir
15.2. Perbezaan Mu’jizat dengan Karamah, Maunah dan lstidraj .

A. PERBEZAAN MU’JIZAT DENGAN SIHIR

Yang dikatakan sihir itu suatu perkara yang mencarik ‘adat yang boleh didatangkan oleh orang lain seumpamanya, kerana ia terjadi daripada beberapa sebab. Barangsiapa mengetahui sebab-sebabnya itu, maka perkara itu boleh berlaku padanya dan sihir itu berlaku di atas orang yang fasik yang bertujuan tipu daya atau kerana mendustakan rasul-rasul seperti barang yang berlaku bagi Musailamah Al-Kazzab pada satu masa ia berludah ke dalam satu perigi dengan tujuan supaya banyak airnya, maka tiba-tiba jadi kering airnya. Maka sihir ini pada hakikatnya tiada mencarikkan ‘adat hanya dihairankan berlaku pada mercka yang tiada mngetahui sebabnya sahaja.

Bersalahan mu’jizat, maka ia mencarikkan ‘adat pada hakikat, maka tidak boleh orang lain mendatangkan seumpamanya sekali-kali dan berlaku mu’jizat itu pada mereka yang mengaku jadi pesuruh Tuhan dan terbit ia daripada jiwa yang bersih dan zahir kebaikan dan pertunjukkannya.

B. PERBEZAAN MU’JIZAT DENGAN KARAMAH

Yang dikatakan karamah itu suatu perkara yang mencarikkan ‘adat yang terbit dan berlaku daripada wali-wali, maka karamah itu tiada dipersertakan dengan mengaku nabi atau rasul.

Bersalahan mu’jizat iaitu perkara yang menyalahi ‘adat yang berlaku daripada mereka yang mendakwa dirinya rasul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *