UJUD

UJUB

Pengertian Ujub

  • Secara bahasa (etimologi) ujub berasal dari lafazعَجَبَ – عَجَبًا   yang berarti heran, kagum, takjub.
  • Menurut istilah:
  1. Syekh Ahmad Rifa’i: Membesarkan nikmat dan disandarkan kepadanya, disertai lupa menyandarkan nikmat tersebut kepada Pemberi nikmat.
  2. Menurut Ibnu al-Mubarok ‘ujub adalah engkau melihat pada dirimu terdapat kelebihan yang tidak ada pada orang lain.
  3. Ujub ialah ingatan atau rasaan si hamba (kononnya) keberhasilan amal solehnya adalah dengan sebab sesuatu atau dengan sebab manusia atau sebab dirinya sendiri, bukan dengan sebab Allah.

Imam al-Ghazali Hakekat ujub ialah membesar-besarkan amal soleh (kononnya dirasakan datang dari diri sendiri tanpa menyandarkannya kepada kurnia Allah)

Ujub berlaku dalam tiga perkara iaitu dari sebab dirinya, makhluk atau suatu benda.

Lawan Ujub ialah mengingati minnah (kurnian pemberian Allah)

 

KESAN  UJUB

  1. Mendinding dari mendapat taufik dan takyid (sokongan pertolongan) daripada Allah.
  2. Merosakkan amal soleh.

 

3 GOLONGAN MANUSIA  BERKAITAN UJUB

  1. Orang yang ujub dalam semua keadaan seperti golongan muktazilah dan qodariyah.
  2. Orang yang istiqamah mengingati minnah.
  3. Orang yang bercelaru (bercampur aduk) antara ujub dan mengingati minnah (orang awam)

 

10 PEROSAK AMAL MENGIKUT ABU BAKAR AL-WARRAQ

  1. Nifak lawannya ikhlas.
  2. Riya’ lawannya ikhlas.
  3. Riya’ syirik lawannya menunggalkan (ikhlas)
  4. Membangkit-bangkit pemberian lawannya Menyerahkan amal kpd Allah.
  5. Menyakiti orang lain lawannya membentengkan amal dengan tidak menyakiti orang.
  6. Menyesal melakukan amal baik lawannya memperkuatkan jiwa agar menyesal
  7. Ujub lawannya mengingati minnah.
  8. Mengeluh kecewa kerana terlepas peluang baik untuk melakukan amal soleh lawannya merebut peluang untuk perkara tersebut.
  9. Mempermudah-mudahkan nikmat Allah lawannya Mengagungkannya.
  10. Takut mendapat celaan manusia dalam melakukan kebaikan lawannya takut hanya kepada Allah.

 

PENGERTIAN ISTILAH IHBAT, THAWAB, TADH’IF DAN RAZANAH

  • IHBAT(batal pahala) ialah membatalkan manfaat dalam amal yang berlaku dengan perbuatan dan dengan sebab perbuatan atau terbatal gandaan pahala.
  • Thawab (pahala) adalah manfaat yang dituntut oleh  ain perbuatan itu sendiri, qarinah-qarinah (tuntutan) atau keadaan perbuatan.
  • Tadh’if (gandaan pahala) ialah penambahan pahala kepada pahala pokok.
  • Razanah (nilai berat amal) ialah penambahan nilai amal yang terhasil dengan tuntutan qarinah-qarinah (wajib, sunah, makruh atau haram) yang berlaku pada suatu keadaan dengan  keadaan lain. Contoh Ali sedekah RM 10 kepada Mahmud akan lebih bernilai jika di sedekahkan kepada ibu bapa.

 

4 ASAL RIYA’

1. Firman Allah:

riya

Ertinya : Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu (At-Talaaq 65:12).

2. Sesiapa yang mempunyai satu permata yang mahal seharga sejuta dinar kemudian dia jual dengan satu duit wang tembaga.

3. Jika seseorang itu mengetahui bahawa anda beramal kerana dia nescaya ia akan membenci dan memarahi anda.

4. Seseorang yang boleh menghasilakan sesuatu usaha yang membolehkan mendapat keredhaan seagung-agung maharaja di dunia, tiba-tiba dia menuntut dengan usahanya itu akan keredhaan orang yang tidak mempunyai jawatan di masyarakatnya.

 

3 ASAL UJUB

  1. Amal seseorang menjadi berharga apabila Allah menerima dan meredhainya.
  2. Allah yang menjadikan, memelihara dan mengurniakan segala sesuatu.
  3. Allah dengan rahmatnya memberikan anugerah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

 

3 PERKARA  PENTING DIPERHATIKAN DALAM AQABAH PEROSAK

  1. Aqabah ini amat halus iaitu perjalanannya dalam amal dapat dikesan oleh orang yang arif dan celik mata hatinya sahaja.
  2. Kerugiannya amat sangat iaitu boleh merosak ibadah dalam sekelip mata dan amal yang banyak menjadi tidak berharga.
  3. Bahayanya amat besar iaitu datang dari beberapa segi seperti kelemahan manusia itu sendiri, hawa nafsu, pengaruh dunia, makhluk dan waswas syaitan.

 

Antara nikmat yang Allah anugerahkan kepada hambanya yang taat:

  1. Kemampuan dan alat untuk membuat taat.
  2. Menghilangkan halangan dalam melakukan taat
  3. Mudah dan melakukan taat dengan penuh cinta.
  4. Memberi pahala yang besar dari amal yang sedikit
  5. Allah cinta, bersyukur dan memuji hamba-Nya yang taat kerana melakukan amal meskipun sedikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *